Your Magic Blog: Pengalaman Meditasi

Friday, 5 July 2019

Pengalaman Meditasi



Ketika meditasi atau berzikir,

Duduk bersandar dan duduk tegak tanpa bersandar, terasa benar ada kelainan.
Kalau duduk tanpa bersandar, terasa ada energi menjalar seperti mengisi ruang-ruang kosong di sekitar belakang.

Ehh... Terasa padat berisi, ada kelegaan dan ada flow energi yang agak aneh.
Awalnya saya tidak tahu apa bendanya dan apa gunanya.
Agak lama baru saya sedari, di belakang itu adalah akar-akar bagi medan energi yang memancarkan aspek-aspek keperluan hidup seperti cinta dan perhubungan, rezeki, semangat dan daya juang, dan banyak lagi.

Ruas-ruas tulang belakang khasnya adalah kekuatan rahsia manusia.
Anda yang sedang banyak masalah, pasti anda suka bersandar. Kenapa? Kerana minda bawah sedar anda 'sedar' bahawa di belakang itu ada banyak beban berat, kosong dari energi, kosong dari daya kekuatan. Sebab itu anda mencari tempat bersandar secara automatik. Cari kerusi atau dinding untuk bersandar.

Maka ada ungkapan.... Jangan bersandar kepada yang lain. Bersandarlah hanya kepada Tuhan.

Cubalah.
Meditasti atau zikir dengan menegakkan belakang. Biar energi mengisi akar-akar medan tenaga di sekitar belakang anda.
Anda akan dapati aspek-aspek dalam hidup anda akan perlahan-lahan semakin kuat dan stabil.
... Love no Limit ...

- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...