Your Magic Blog: Cakra Ibu Bapa

Monday, 15 July 2019

Cakra Ibu Bapa



Ibu mewakili cakra mahkota si anak. Ayah mewakili cakra dasar si anak.

Cakra mahkota adalah lambang syurgawi, cakra dasar adalah lambang duniawi. Kalau ibu murka, maka rosaklah seluruh cakra si anak. Kalau bapa murka, maka sempitlah urusan kehidupan duniawi si anak.

Banyak ibu bapa tidak faham akan hal ini. Mereka marah bahkan menyumpah anaknya. Medan aura anak tiada pendiding dari energi kemarahan apatah lagi sumpahan ibu bapa.

Banyak kes di mana anak ‘rosak’ oleh kemarahan dan sumpahan ibu bapa. Kemudian si anak disalahkan konon jahat atau kurang ajar. Dimarah dan disumpah lagi, makin ‘rosak’ si anak dan dia disalahkan terus menerus tanpa si ibu bapa tahu bahawa mereka pencetus penyumbang utama ‘merosakkan’ si anak.

Sengaja atau tidak sengaja, kemarahan dan sumpahan ibu bapa tetaplah menghasilkan energi yang sangat kuat.

Kalaulah kita termarah atau tersumpah pada anak, hapuskan energi tersebut dengan cara mendoakan kebaikan anak dengan sepenuh hati.

Kalaupun sudah terlanjur marah atau tersumpah selama ini, kontra atau lawanlah dengan doa kebaikan sepenuh cinta kasih buat anak agar penderitaan mereka jadi ringan atau hapus sama sekali.

Moga bermanfaat.

Tulisan-tulisan saya sentiasa free to share.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...