Your Magic Blog: A•N•X•I•E•T•Y

Monday, 8 July 2019

A•N•X•I•E•T•Y




Anxiety itu penyakit yang pelik.
Ia penyakit yang sangat teruk dan menyeksakan, bagi yang mengalaminya.

Mereka boleh merasa takut, risau, gelisah, terasa masa depan gelap, tiada harapan, menangis tiba-tiba, badan kejang tiba-tiba, dan macam-macam lagi keadaan yang cukup menyeksa.

Seksa entomku, bilang orang Semporna.

Tadi ada pesakit dari Keningau, seorang guru muzik sekolah rendah. Baru seminggu beliau perasan simptom-sinptom di atas tadi.

Awalnya beliau pergi berurut, sebab badan rasa tidak selesa. Tukang urut bagitahu ada jin dalam badannya, konon mahu kenal-kenalan dengan dia.

Seorang pesakit anxiety, kalau di bagitahu hal berkaitan jin, maka dia akan jadi lebih panik lagi. Saraf-sarafnya jammed.

Suaminya hubungi saya beberapa hari lepas, minta pencerahan akan kondisi isterinya, dan soal jin yang dibagitahu oleh tukang urut tadi.

Saya pun jelaskan apa adanya. Saya kata, kalau ada masa datanglah ke Qi Center, insya Allah kita tolong consult dan heal.

Tengh hari tadi mereka datang. Nampak si isteri diam saja. Kelihatan begitu redup auranya. Kulit dan mata tidak bermaya.

Tadi katanya, ketika nak bertolak ke sini tangannya jammed. Memang begitu, orang yang kena anxiety ni kalau kita kata mahu bawa dia ke hospital atau jumpa perawat, menyeranglah dia punya panik.

Masa kami cerita-cerita dia tiba-tiba menangis. Saya bagitahu, menangislah. Itu bagus. Puan sedang menangis di tempat yang betul.

Orang anxiety ni memang kasihan sangat. Dia berada di neraka dia sendiri. Neraka ciptaan dalaman dia sendiri.



Biasanya orang jadi takut, risau dan gelabah oleh sebab faktor luar. Ada orang atau peristiwa dari luar yang memicu perasaan itu.

Orang anxiety, dia boleh rasa takut, sedih, gelabah dan huru-hara tanpa ada pemicu dari luar. Tidakkah hairan jadinya kalau begitu?

Anda pernah rasa?
Atau sedang rasa?

Orang yang kena anxiety ni ramai sangat ketika ini. Ia tidah pilih orang, pangkat, status sosial, pendapatan bulanan, dan sebagainya. Dia menyerang sesiapa saja yang ‘cukup syarat’.

Saya simpati sangat melihat mereka. Anak-anak mereka yang masih kecil, pasangan mereka, kerja mereka, semua kena efek.

Pesakit tadi, kakak saya yang rawat, Chief Healing Officer Qi Center, Puan Hasmina Teratai Putih.

Selepas satu sesi Aura Healing, katanya sudah lega. Kami syorkan dia jalani 7 sesi Aura Healing. InsyAllah akan pulih dan semakin baik

Sakit anxiety ni, kalau rawat cara gangguan jin, takkan bagi kesan apapa. Malah semakin teruk. Ini based pengalaman.

Anda yang ada gejala-gejala anxtiety tu, carilah bantuan segera. Jangan biarkan kondisi anda semakin teruk.

Kami di Qi Center berusaha menolong orang-orang yang menghidap anxiety. Alhamdulillah sudah ramai yang sembuh.

Rabu ini, kakak saya Puan Hasmina akan mengadakan rawatan Aura Healing khas untuk wanita selama 7 hari berturut secara eksklusif.

Rawatan ini sangatlah sesuai untuk para wanita. From ladies to ladies. Sesama wanitalah yang paling memahami sesama wanita.

Baiki aura anda untuk baiki diri, personaliti, dan semua aspek hidup anda.

... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...