Your Magic Blog: AJAIB DAN TIDAK AJAIB

Friday, 26 July 2019

AJAIB DAN TIDAK AJAIB



Keajaiban itu ada kadarnya.

Perubahan perlukan mindset, sikap dan persekitaran yang menyokong.

Persekitaran maksudnya: network, tanggungan, dan situasi ekonomi lingkungan.

Sometimes orang share kemampuannya mencapai, menjual atau menzahirkan wang sekian ribu, puluh ribu, ratus ribu, sekian juta ringgit atau sekian billion ringgit.

Orang yang sudah biasa berpendapatan ribu, maka mindset, sikap dan persekitarannya sudah bersedia menyokong dia untuk berpendapatan puluh ribu. Hanya perlu sedikit penyelarasan saja lagi.

Orang yang sudah berpendapatan puluh ribu, maka mindset, sikap dan persekitarannya sudah bersedia menyokong dia untuk menghasilkan ratus ribu.

Orang yang berpendapatan ratus ribu, maka mindset, sikap dan persekitarannya sudah cukup kuat untuk menyokong dia berpenghasilan level jutaan.

Orang bisnes pasti tahu keadaan ini.

Bagi orang-orang yang pendapatannya sudah biasa di level ribu sebulan, maka penghasilan level ratus ribu sebulan adalah sangat ajaib.

Bagi orang yang sudah biasa berpendapatan di level puluh ribu sebulan, maka penghasilan ratus ribu adalah biasa dan tidaklah ajaib. Mereka sudah nampak dan ada daya, sumber dan link untuk mencapainya.

Satu hal yang menarik adalah,

Seseorang yang biasanya mendapat wang level ribu sebulan, tiba-tiba dapat wang ratusan ribu atau juta, pasti dia akan dapat kejutan luar biasa. Ini memang sebuah kejaiban kerana terjadi loncatan energi luar biasa. Tidak ikut turutan biasa.

Misalnya menang loteri.

Tapi..... Umumnya, wang itu akan cepat sangat habis, dan akhirnya tinggal ribu atau ratus sahaja, atau pokai sama sekali.

Mengapa?

Kerana mindset, sikap dan persekitarannya belum bersedia menampung penghasilan wang ratusan ribu atau juta tadi.

Andai kita letak gelas di atas lantai, lalu kita siram dengan satu kolam air, berapakah air yang boleh ditampung oleh gelas itu? Satu gelas saja. Pasti 😂

Begitulah agihan kekayaan Tuhan di alam ini. Kita akan dapat jumlah yang sesuai dengan bekas yang kita telah persiapkan.

Iaitu mindset, sikap dan persekitaran kita.

Anda minta jutaan ringgit, tapi belum juga Tuhan bagi. Mengapa?

Kerana mindset, sikap dan persekitaran anda belum bersedia menampung jumlah tersebut. Bekas atau bejana rezeki anda baru bersedia menampung level ribuan.

Kalau anda lihat ada orang mendapat limpahan ratus ribu atau jutaan ringgit, percayalah bahawa mindset, sikap dan persekitarannya telah bersedia kerana dari awal sudah ditempa.

Orang yang lahir kaya, atau selalu bersama orang kaya lebih mudah kaya kerana mindset, sikap dan persekitrannya sangat menyokong.

Keajaiban itu memang boleh dicapai. Tapi persiapkan diri selayaknya untuk menerimanya.

Kapal besar akan landing, kalau airportnya muat.

Silakan share.

... Love no Limit ...
-Master Umar Paranorms

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...