Google Image |
Barangkali, kita akan lebih bahagia kalau kita hanya sibuk mengurus dan memperbaiki hati kita sendiri.
Daripada kita sibuk mengurus dan memperkatakan salah silap orang lain...
Bila orang lain buat salah, itu tanda ada penyakit di hatinya sehingga perbuatannya pun jadi salah.
Kerana perbuatan salah orang lain, kita pula ikut-ikutan sakit hati, bermakna kita juga ada penyakit hati...
Masalah akan selesai jika kita lebih mengurus dan merawat hati kita.
Mudah-mudahan dengan hati kita yang semakin baik memancarkan aura positif dan kasih sayang, maka hati orang lain ikut berubah.
Jadilah pencetus bagi perubahan manusia lain.
Kebencianmu tidak akan pernah memberbaiki manusia yang sudah memang sedia salah.
Kebencian mu hanya akan lebih membakar mereka dan menghanguskan diri mu sendiri...
Kau pilih,
Ciptalah kesusahan dengan membenci,
Atau,
Ciptalah keajaiban dengan lebih mencintai...
Ramadan telah berlalu. Mudahan kita telah berjaya melepas kotoran-kotoran hati, dan bersedia dipeluk rahmat tuhan.
Maafkan semua musuh mu, cintai semua sesama mu.
Aku, Kau, Dia dan Mereka semua sama.
Silakan share.
... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms
No comments:
Post a Comment