Your Magic Blog: MASALAH HUBUNGAN DENGAN AYAHMU, TAKKAN BAHAGIA HIDUPMU

Saturday, 15 June 2019

MASALAH HUBUNGAN DENGAN AYAHMU, TAKKAN BAHAGIA HIDUPMU

Bayangkan bahawa seluruh isi alam ini adalah gelombang energi sahaja.
Maka akan terlihat bahawa ada hubungan energi khas antara ayah anda dan cakra dasar di bawah tulang sulbi anda.

Cakra dasar adalah pembekal energi kepada tubuh fizikal anda, darah, jantung, tulang, urat, otot dan kulit.



Cakra dasar memberikan anda kekuatan energi seksual, serta kesihatan pada sistem peranakan anda.
Secara mental, energi dari cakra dasar membuat anda hidup penuh semangat juang, keghairahan berkarya dan bekerja, dan keberanian menghadapi semua kemungkinan masa depan.
Malas, rasa putus asa tiada harapan, ketakutan dan depresi adalah kesan energi cakra dasar yang tidak lancar dan tidak seimbang.

Jika hubungan anda dengan ayah anda bermasalah, misalnya ada energi negatif yang menghalang kemesraan dan kasih sayang antara anda dan ayah, maka akan wujud masalah energi pada cakra dasar anda.

Adanya masalah pada cakra dasar anda, akan mengakibatkan masalah pada kesihatan fizikal anda khasnya masalah pada darah, jantung, tulang, sendi-sendi, urat, peranakan, dan kekuatan seksual anda.

Secara mental, anda hilang semangat hidup, malas berusaha, miskin melarat, takut dan depresi.
Sempena Hari Bapa pada 16 jun ini, perbaikilah hubungan anda dengan ayah anda.
Memendam perasaan marah, dendam, jengkel dan kecewa pada ayah hanya akan merosakkan diri anda sendiri.

Faham ya?
Alhamdulillah....
Dapat pencerahan daripada pos ini?
Jika ya, silakan share.

Sharing kebaikan itu satu amal yang mulia.

#LELAKIBERKUASAKUDA
... Love no Limit ...

- Master Umar Paranorms

2 comments:

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...