Your Magic Blog: RAHSIA CAHAYA

Tuesday, 8 January 2019

RAHSIA CAHAYA



RAHSIA CAHAYA 001

Saya suka memerhati, dan suka bereksperimen.

Saya dapati..... Kalau kita tidur pagi sampai matahari naik, cakra jantung dan cakra kerongkong kita akan gagal menyerap frekuensi cahaya hijau-biru dari alam semesta yang kuat memancar pada waktu subuh.


Akibatnya kita jadi anti sosial, malas berkomunikasi, malas bercakap, suka buruk sangka, mudah marah dan benci orang lain, suka sedih dan kecewa. Rezeki jadi sempit kerana kita tidak terhubung dengan sesama manusia yang merupakan ejen-ejen penyampai rezeki Tuhan.

Tidur selepas asar pula membuat cakra seks dan cakra dasar gagal menyerap frekuensi cahaya jingga dan merah dari alam.

Akibatnya ia merosakkan kestabilan emosi, jadi pemurung, suka rasa bersalah, suka ragu, merosakkan buah pinggang dan sistem seksual, mengganggu aliran dan kepekatan darah, fungsi hormon dan lain-lain kesihatan fizikal dan emosi.

Alam sudah begitu teratur. Kita tinggal selaras dengan alam supaya lebih sihat, happy dan bahagia.

Selamat pagi teman-teman 😊✌️

#AURAHEALINGARTS

... Love no Limit ...


***


RAHSIA CAHAYA 002

Ada yang bertanya... Kenapa saya tulis harus bangun awal pagi untuk membuat cakra jantung dan cakra kerongkong menyerap cahaya hijau-biru?

Baik.


Ini pencerahan seterusnya. Mungkin belum ada di tulis di mana-mana buku.

Cakra ada frekuensi tersendiri. Begitu juga cahaya.

Cakra dasar, sakral dan pusat adalah cakra frekuensi beta. Untuk membuat ia masing-masing menyerap cahaya merah, jingga dan kuning, kita mesti dalam keadaan yang jaga dan aktif. Kalau tidur tidak boleh.

Waktu siang alam berada pada frekuensi beta. Kita harus selaraskan diri dengan berjaga dan aktif.

Sebab tu dilarang tidur ketika matahari naik agar cakra pusat menyerap cahaya kuning, dan dilarang tidur lepas asar hingga maghrib agar cakra sakral dapat menyerap cahaya jingga, dan cakra dasar menyerap cahaya merah. Seharusnya pada masa inilah aktiviti paling aktif setiap hari dilakukan.

Terus cakra jantung dan cakra kerongkong, ini cakra frekuensi alfa-theta. Alam jadi alfa-theta di awal pagi. Kita harus berada pada kondisi jaga dan tenang.

Kalau kita bangun jam 4-6 pagi, masa ini kita dalam kondisi yang kita berjaga dan mengantuk, ini kondisi alfa-theta. Waktu ini paling sesuai kedua cakra ini menyerap cahaya hijau-biru.

Lalu, cakra ajna dan mahkota. Dua cakra ini adalah cakra frekuensi delta. Gelombang otak delta adalah 0-3 hz. Kondisi ini yang terjadi ketika kita tidur nyenyak.

Alam berada di delta sekitar jam 9-1 malam. Kita harus tidur agar kedua cakra ini menyerap cahaya biru gelap dan ungu.

Cahaya-cahaya ini bukan saja mempengaruhi level fikiran dan perasaan (aspek batin), malah ia juga mempengaruhi daya penghasilan dan kerja hormon, kesihatan fizikal, serta kemampuan aliran rezeki seseorang (aspek fizikal).

Lalu bagaimana orang-orang yang berjaga lewat malam, lalu tidur panjang sampai siang?

Pasti banyak kesan buruk pada aspek fizikal, mental, intelektual, spiritual dan finansialnya kerana terjadi kecelaruan energi pada cakra-cakranya.

Begitu pentingnya kan belajar ilmu aura-energi?



... Love no Limit ...



***


RAHSIA CAHAYA 003

Senaraikan ‘aspek duniawi’ anda. Cuba lihat melalui fekuensi dan vibrasi energi. Maka anda akan melihat bahawa ‘aspek duniawi’ di dimensi energi adalah majoriti terbina daripada cahaya-cahaya merah, jingga dan kuning.

Kita manusia terhubung dengan ‘aspek dunia’ melalui 3 cakra bawah. Maka 3 cakra dipanggil 3 cakra dunia.


Cakra dasar mengawal frekuensi merah, unsur tanah yang padat. Kesihatan fizikal, ketertarikan seksual, dan kelimpahan harta material, dikawal oleh cakra ini.

Cakra sakral mengawal urusan kemasyhuran dan populariti anda di dunia ini.

Manakala cakra pusat memberikan anda daya kekuasaan dan pengaruh terhadap orang lain, kumpulan atau organisasi.

Hati-hati kalau anda latihan rohani atau spiritual. Kalau sistem latihan anda mengabaikan 3 cakra bawah ini, anda akan bermasalah dengan aspek duniawi anda kerana cakra-cakra bawah tidak dapat ‘generate’ cahaya yang diperlukan untuk mencipta aspek duniawi anda.

Boost 3 cakra duniawi anda sehingga ia kuat memancarkan cahayanya masing-masing agar semua aspek duniawi anda makin joss gandoss.

Ada banyak cara. Daripada cara latihan, memakai bantuan gemstones, kristal, dan lain-lain.

Cara paling mudah... Gunakan Minyak Raja Kayu Bulu Perindu. Ia sudah di design khas untuk menguatkan 3 cakra duniawi. Sebab tu kesannya cepat dan ajaib.



Boleh percaya dan boleh tidak percaya. Teknologi canggih tamadun dulu menggunakan teknologi cahaya.

... Love no Limit ...




No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...