Aktiviti mengumpat tidak dinafikan sangat-sangat menyeronokkan, apalagi jika membabitkan orang yang kita benci dikalangan musuh kita. Kita merasa bahagia, kerana membuka dan melakukan autopsi pada tubuh-tubuh mangsa umpatan kita, mengemfasiskan setiap lapis keburukkan dan kesilapan yang kita miliki, disamping itu, kita telah berjaya menaikkan status dan level kebaikkan diri kita sendiri pada audiens yang telah kita sampaikan fakta umpatan tadi.
Tetapi tahukah anda, sebenarnya ketika kita sibuk menilai, memburuk-burukkan, membuka aib dan menceritakan segala kisah rumah tangga dan dapur orang, kita sebenarnya sedang mencemari medan aura kita sendiri terhadap keburukkan yang timbul juga oleh diri kita sendiri?
Ketika kita mengumpat, kita sedang MEMBERIKAN PERHATIAN kepada orang yang kita umpat. Ketika sesi umpatan sedang berlangsung, tanpa kita sedari sebenarnya kita sedang membina satu rangkaian, jaringan, dan network dari diri kita kepada yang diumpat.
Dalam proses ini, biasanya kita dengan senang hati, gembira dan merasa puas, menokok tambah perencah dalam sesi umpatan kita yang akan menghasilkan DUA efek yang biasanya sering terjadi.
EFEK PERTAMA
- Mangsa umpatan kita, jika dia mempunyai medan aura yang lemah dan mental PENDERITA, maka kita sebenarnya sedang melancarkan SIHIR dan ENERGY PEROSAK kepada dirinya. Dan semakin lama dan sering dia diumpat, medan auranya akan menjadi makin nipis yang membuat hidup nya makin sengsara.
EFEK KEDUA
- Sekiranya mangsa umpatan tadi mempunyai mental SANG JUARA, atau sekiranya dia mempelajari ilmu benteng diri yang tidak dikawal oleh emosi, maka segala keburukkan dirinya, benar atau tidak benar, akan bergerak mengikut hukum sains yang menyatakan bahawa "Tenaga yang mempunyai tekanan tinggi akan memenuhi kawasan bertekanan rendah".
Dalam kes ini, kita andaikan bahawa umpatan-umpatan yang dikirim tadi, mepunyai energy yang bertekanan tinggi. Kerana yang diumpat tadi juga mempunyai tekanan tinggi, maka tenaga yang berkumpul ini akan mencari pula ruang-ruang kosong untuk dipenuhi, iaitu si pengumpat tadi.
Ada yang bertanya, "Tuan, kalau si pengumpat tadi juga orang yang berilmu juga, bagaimana?" FAKTA, org yang berilmu, jika dia rajin, gemar dan mempunyai hobi mengumpat, dia TETAP mempunyai MENTAL KECUNDANG, walaupun dia sudah mengakui pernah belajar ilmu dari Nabi Khidir sekalipun.
FAKTA, hanya orang-orang yang LOOSER sahaja yang masih kekal suka menyebarkan keburukkan orang lain dalam umpatan dan membawa-bawa orang lain untuk mengumpat. Maka, secara energynya, dia masihlah seorang yang mempunyai tekanan energy yang lemah dari segi jiwa, kerohanian dan ilmunya sendiri.
Maka tidak hiaranlah, pada kebanyakkan orang yang suka mengumpat, biasanya akan ketara betul dilihat, semua benda-benda yang diumpatnya itu akan TERZAHIR dalam kehidupan dirinya sendiri, CEPAT ATAU LAMBAT.
Ketika kita memerhatikan seseorang secara mental, (Dalam kes ini, mengumpat) sebenarnya kita sedang menempatkan diri yang diumpat itu dalam medan energy kita sendiri. Dan pada kebanyakkan kes, segala yang kita umpakan itu akan kembali semula kepada diri kita, kerana energy melihat ada dua bekas kosong yang bertekanan rendah berada pada diri kita sendiri.
Satu adalah bayangan diri si mangsa umpat. Kerana emfasis dan bayangan ini dipertahankan dalam mental kita, maka secara energynya kita sudah mencipta sosok gantian yang melambangkan diri yang diumpat.
Kedua adalah diri kita sendiri yang kehabisan energy, kerana telah menggunakan sepenuhnya tenaga emosi untuk melancarkan umpatan tadi, dan menawan hati audiens yang mendengar kisah umpatan anda.
Ketika kita mengumpat, cakra jantung kita akan berkelip-kelip (Macam Ultraman yang kehabisan kuasa). Cakra leher kita akan menjadi gelap, cakra mahkota kita akan tertutup, dan cakra ilahi akan terputus dari kesedaran kita. Cakra Mata ketiga pula akan semakin terbuka tanpa tapisan, namun sayangnya ia akan diambil oleh emosi dan ego, lalu kehilangan fungsi tapisannya yang membuatkan seseorang tiba-tiba menjadi bijak dalam menambah rempah ratus dalam kata-katanya tanpa mengira ia betul atau tidak.
Chakra pusat akan memancar semakin terang, namun sayangnya kerana sesi mengumpat tiada aktiviti pengisian tenaga dalam, maka tubuh akan menjadi penat dan inilah sebab utama yang membuatkan tubuh anda menjadi wadah bertekanan rendah.
Pada jangkamasa yang pendek, aktivit mengumpat tidak dinafikan memang akan membantu menguatkan chakra Seks, namun dalam aktiviti yang berpanjangn, akan mengganggu sistem hormon dalam badan, kerana chakra seks yang tercemar akan sentiasa membuatkan anda ketagih mahukan perhatian dan ketagih untuk melihat orang lain menderita.
Dalam agama sendiri ada mengatakan, "Mengumpat itu sama seperti memakan bangkai saudara agama mu sendiri", Begitu juga dalam pepatah orang barat menyebut, "You are what you eat". Ketika anda sering mengumpat, anda secara tidak langsung sedang meng-adjust dan melakukan fine-tuning kepada aura anda untuk menjadi sama seperti orang yang anda umpat.
Bukan kerana sifatnya memang sama seperti yang anda umpatkan, tetapi kerana gambaran mental yang anda ciptakan itulah, menjadi panduan kepada "DOA" yang sedang anda pancarkan ke alam semesta, yang akan ditempa kepada tubuh eterik yang mengawal dunia 5 dimensi anda. Klik sini untuk info lebih lanjut mengenai tubuh halus anda.
Ini seterusnya menjadikan anda seorang Vampire Psikik. Kerana kehilangan sambungan dari cakra ilahi, maka anda memerlukan tenaga dari aura orang yang menderita, dan anda lebih senang menerima suntikan dopamin dari berita kesengsaraan musuh anda.
Setakat ini, saya tidak dapat memberikan signifikan yang ketara berkaitan dengan cakra dasar, melainkan sering melihat orang-orang yang ahli dalam aktiviti mengumpat biasanya ada sakit darah tinggi, senang pengsan, ada kencing manis, kurang darah, menghidap skizofrenia atau sakit pada hati (Hati yang sebenar).
WALAUBAGAIMANAPUN, mohon jangan sekali-kali anda menuduh jiran atau ahli kluarga anda yang mempunyai penyakit sebegini dengan tuduhan kaki pengumpat. Mohon difahami ya, penyakit ini biasanya saya jumpa pada klient secara umum. Apalagi jika anda tiada bukti kukuh, kerana itu juga akan menjadikan anda sebagai seorang kaki umpat, yang akan menerima pertukaran energy yang sama.
Okey, habis sesi tulisan mengenai mengumpat. Ada yang sempat bertanya, "Kalau mengumpat membolehkan kita melakukan pertukaran tenaga, adakah boleh juga terjadi sesi pertukaran tenaga jika kita bercerita mengenai hal-hal kebaikkan tentang diri seseorang kepada diri kita?"
Jawapan saya, SUDAH TENTU BOLEH. Hehehehe. Insyaallah bab seterusnya kita akan tulis bagaimana memindahkan energy kebaikkan dari orang kaya supaya menjangkiti diri kita. Hehehe. Andainya tulisan ini memberikan manfaat buat anda, silakanlah berkongsi ia kepada handai taulan. Semoga anda tercerahkan dan berbahagia selalu. Anda juga boleh membaca tulisan lebih lanjut mengenai larangan mengumpat pada link di bawah.
Sekian salam sayang dari kami. Saya Master Cupi, giving you all the love. Amin.
~ From QI with Love.
No comments:
Post a Comment