Salam kasih saying buat anda semua. Beberapa hari lepas saya
ada menulis berkenaan mengumpat dan kesannya kepada aura kita. Kali ini seperti
ang dijanjikan, saya akan menulis berkenaan kaedah mencuri Aura rezeki secara
halal. Hehehe
Sebelum kita masuk ke dalam inti seterusnya, izinkan saya
bercerita sedikit mengenai Vampire Psikik. Orang yang biasanya suka melihat orang Berjaya
jatuh dan mengalami musibah, adalah orang yang mempunyai cirri-ciri VP? Info panjang
mengenai VP ini boleh anda baca di SINI.
Mereka mendapat semangat, motivasi, kebahagiaan dan kepuasan
dari segi mental, tenaga dan emosi apabila dikhabarkan kehancuran orang-orang
yang melebihi dirinya, apalagi jika
berita itu membabitkan musuhnya.
Seperti yang telah kita katakan pada penulisan sebelumnya,
DI SINI, kita ketahui bahawa orang yang kita perkatakan itu, “samada rosak
binasa akibat energy negative yang diterimanya, atau kita perlahan-lahan
menjadi seperti orang yang kita umpat”.
Naah. Kita ambil konteks kedua dalam isu kali ini. Kita
perlahan-lahan menjadi seperti orang yang kita perkatakan. Dalam hukum sains
kuantum, mengatakan bahawa “Realiti hanya terbentuk apabila ia diberikan
perhatian”. Sebuah kerusi yang belum
wujud, hanya akan perlahan-lahan terbentuk ke dunia ini jika perhatian padanya
diberikan sepenuhnya.
Maksudnya, sesuatu itu perlu dipertahankan dalam ingatan,
memori, atau imajinasi, untuk dijadikan visi sebelum ia benar-benar menjadi
kerusi di alam nyata. Bayangan-bayangan ini, jika ditambah dengan emosi, akan
semakin ditambah kekuatannya yang akan mempengaruhi alam semesta dan isinya
supaya bergerak menjadikan ia satu kenyataan.
Di dalam kelas AURA GOLDEN WAVE yang diadakan di Qalam Ilahi
Wellness Center, mengajarkan para pesertanya supaya “memancarkan dan
menggetarkan emosi positif” ke alam semesta, samada melalui fikiran positif,
sedekah jariah, menyebarkan kebaikkan, dan memaafkan diri serta orang lain.
Apa kaitannya dengan mengumpat? Mengumpat secara harfiahnya,
mempunyai getaran energy yang sama seperti kita memancarkan energy ke alam semesta.
Cuma di dalam kelas, anda akan diajarkan cara “Mengumpat” yang lebih efektif
untuk menyebarkan cinta kaish dan menggunakannya untuk kebaikkan.
Tahukah anda, bahawa ada cara “mengumpat” yang lebih efektif
dan besar tenaga posiitifnya, yang dapat digunakan untuk menaikkan mentality anda
kepada kebaikkan dan kekayaan?
Selama ini, kita sayangnya sudah terlalu banyak disuap dengan
doktrin yang SALAH dan MEROSAKKAN terutamanya dengan kefahaman tentang wang,
gaya dan kesenangan. Majoriti kita masih berpegang pada kefahaman “Money is the
root of all evil”. Kita jadi takut untuk mahu berusaha mengumpul wang dan jadi
kaya, konon dengan alasan akan jadi tamak haloba.
Lalu pada masa yang sama, kita gunakan sentiment tersebut
pada orang kaya, dengan mengatakan bahawa semua orang yang kaya itu mendapat
HARTA ISTIDRAJ, lalu merasa untuk masuk syurga, seseorang itu perlu miskin dan
menderita.
Tetapi berfantasi mahukan kekayaan di syurga kelak. Ada dua
isitlah yang kita berikan pada orang sebegini. Pertama, dia sebenarnya munafik
yang sebenarnya cemburu kepada kejayaan orang. Kedua, dia termakan doktrin
salah yang difahami juga dengan cara yang salah. Kata orang di Labuan, “Mun
dangki, menurut” (Kalau dengki, ikutlah sekali). Orang kah yang sombong, atau
sebenarnya kita yang hasad?
Tanpa membuang masa, mari kita pergi kepada cara bagaimana
mahu mengumpat supaya rezeki orang terjangkit kepada kita. Saya jamin, andai
anda BENAR-BENAR MAHU BERUBAH, TANPA MAHU MENJATUHKAN SESIAPA, anda pasti berjaya
dan merasakan perubahan yang ketara dalam hidup anda.
AWAS, KAEDAH INI BUKANLAH UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI MENTAL
KECUNDANG DAN BURUK SANGKA.
Kaedah ini hanyalah sedikit saja dari seluruh perkongsian
kelas AURA GOLDEN WAVE, namun sudah cukup untuk melihatkan anda perubahan yang
ketara dalam hidup anda.
ENERGY LEVERAGE.
Tidak dinafikan, dalam hidup ini kita memerlukan satu
diantara yang lain. Dan walaupun anda tidak mempunyai kawan dengan orang yang
kaya, anda tetap masih bisa “Mengambil” aura kekayaan mereka untuk membantu
aura anda meningkat seperti mereka.
KAEDAH PERTAMA
Katakanlah hal yang baik-baik. Kalau dulu, dan hari ini anda
masih sibuk menganyam ketupat di kedai kopi, atau dalam sesi mesyurat tingkap
berceritakan perihal keburukan orang, apakata anda ubah topic pula. Kalau dulu focus
pada cerita keburukkan, kali ini focus pula pada kebaikkan, kekayaan, mahupun pencapaian
orang yang anda umpat.
Tidak dinafikan, ia masih dalam skala mengumpat. Namun
seperti yang saya katakan tadi, kali ini focus anda hanyalah kebaikkan mereka. Bila
yang baik anda pancarkan, maka yang baik juga anda akan terima. Sampaikanlah
yang baik-baik walaupun satu ayat, bukan begitukah pesan Rasulullah?
Anda masih tetap boleh terus mengumpat, tetapi carilah topic
yang fokusnya pada kekayaan, kemuliaan, dan kebaikkan. Ceritalah perihal kereta
sport mereka, ceritalah hal rumah mereka, dan ceritalah hal simpanan duit
mereka, LALU SUDAHI DENGAN RASA SYUKUR dan doakan semoga kekayaan mereka
semakin bertambah. Ingat, energy yang bertekanan besar, akan mencari kawasan
tekanan rendah untuk diisi. Kan?
Lepaskan diri dari belengu fikiran yang negativ. Ada orang
yang setiap kali bangun pagi, perkara yang pertama dalam fikirannya adalah
mengenai kesusahan, keperitan, dan kepayahan terutamanya dalam proses mencari
wang. FAKTANYA, walaupun anda menangis bergolek-golek sekalipun, masalah yang
datang akan tetap juga SAMA kan?
Saya perhatikan di zaman sekarang, ramai orang yang kononnya
alim dan menjaga sembahyang, tetapi hidupnya masih juga begitu-gitu, bahkan ada
yang lebih teruk dari itu. Harap maklum, bahawa yang salah itu BUKAN pada
ibadah dan solatnya, tetapi pada peribadi itu sendiri.
Amalkanlah selalu, MEDITASI, TAFAKKUR atau lebih elok lagi
bagi yang Muslim, PUTUSKAN diri anda dari dunia, pekerjaan, masalah dan apa
saja yang anda fikirkan ketika SOLAT. Ambil
masa untuk berada dalam keheningan yang dalam, paling kurang 10 minit sehari.
PALING KURANG.
Kita setiap hari mengumpul
tenaga negative dalam tubuh, baik dari pekerjaan, interaksi, dan
hubungan sesama makhluk. Dan cara yang terbaik membuang energy negative ini,
dan meneutralkan tubuh supaya kembali pada tenaga yang optimum, kita haruslah
selalu KEMBALI PADA TITIK NOL, iaitu Quantum Zero Point Field, Lebih lanjut
klik SINI.
KAEDAH KETIGA
Merasakan bahawa kejayaan dan kegembiraan orang, adalah
kejayaan dan kegembiraan kita juga. Hanya ketika anda mengubah mental, dan mula
mendekati mental-mental orang yang berjaya, barulah anda akan mengadaptasi cara
fikir orang yang berjaya juga.
Nampak orang selfie ketika cuti-cuit, maka gembira dan
syukurilah. Seolah-olah anda yang sedang berada di gambar itu. Nampak orang
makan sedap, syukurilah dan rasakan bahawa anda juga sedang menikmati makanan
itu bersama-sama.
Kaedah ketiga ini agak terhad dan sukar dijelaskan dalam
bentuk tulisan. Jadi tidak banyak yang dapat saya jelaskan di sini. Kerana hanya
dalam kursus sahaja ia dapat diemfasiskan secara detail.
KAEDAH KEEMPAT
Manjakanlah diri anda. SEKALI SEKALA, dress to impress, eat with
leisure, dan belilah suatu benda mahal yang boleh anda banggakan pada diri
sendiri. Anda jadikan ia sebagai anchor
minda, untuk memecahkan MENTAL BLOCKING yang selama ini menutup anda dalam
kemiskinan yang dibuat-buat.
Memanjakan diri, bukanlah bermaksud anda MEMBAZIR dan BOROS.
Di dalam konsep Leveraging energy, Kalau dulu anda melihat orang yang masuk di
butik mewah itu semua orang kaya yang sombong, apakata kali ini anda sendiri
mencuba masuk ke daam sana, lalu rasakan kemewahan itu.
TRICK nya di sini adalah, rasakan seolah-olah kekayaan yang
syarikat besar itu miliki, adalah sebahagian dari perusahaan anda. Kuncinya di
sini adalah EMOSI yang kita rasakan, dan pancarkan. Kerana Aura kekayaan itu,
akan membantu menarik aura anda menjadi sebahagian dari medan kuasanya.
Bukankah anda dan seluruh dunia ini juga sebenarnya juga
saling bersambung? Interconnectedness di dalam jaluran atom, proton energy dan
vibrasi. Di mana semakin anda merasakan kebahagiaan itu, anda akan semakin
tersambung dengan kebahagiaan yang lebih
besar. Yang membezakannya cuma frekuensi dan channel mana yang kita pilih,
gembira kah, atau sedih kah?
KAEDAH KELIMA
Syukur dan sedekah. Ketika anda MERASA semua sudah cukup
dalam hidup, rasanya tiada apa lagi yang anda akan runsingkan. Dalam rumus
sedekah, ketika anda memberi satu, alam semesta akan memulangkan kepada anda 10
kali ganda apa yang anda infakkan itu.
Ahh, ini terlalu cliché. Namun tidak dinafikan masih banyak
yang sering tersalah anggap cara bersyukur dan sedekah. Kadang-kadang kita
terlalu melihat yang jauh, ketika hendak melakukan kebaikkan. Ramai kita yang
menangis-nangis melihat penderitaan kana-kanak Plaestine, Syiria dan lain-lain.
Tapi pada satu tahap, kita abaikan jiran kita, ibubapa kita, bahkan adik
beradik kita sendiri.
Lalu kita bersyukur konon telah melakukan sedekah. Tidaklah
salah bersedekah ke sana. Cuma dalam konteks sedekah, bukankah bagus jika kita
dahulukan dulu orang yang lebih hampir dengan diri kita? Ahh, Kita tidak akan
bercerita panjang perihal ini. Ahahah
Sekian dahulu perkongsian kali ini yang tidak seberapa.
Tenang sahaja, apa yang anda cari dalam hidup, akan datang juga menemui diri
anda, cepat atau lambat. Dan jika anda mensyukuri nikmat sabar itu sendiri,
anda akan semakin faham kenapa dahulu anda begitu dan begini.
Sebarkanlah tulisan ini, semoga ia mampu memberikan manfaat
dan dorongan motivasi yang diperlukan dalam skill untuk mengharungi hidup
sehari-hari. Buat masa ini, Kelas Aura Golden Wave belum ada dijadualkan dalam
masa terdekat. Namun anda bolehlah melihat di SINI untuk kelas rawatan dan
khidmat lain.
Sekian wassalam, dan salam cinta kasih dari kami untuk anda. Sharing-sharing lah artikel ini tanda sayang.
~ From QI With Love.
No comments:
Post a Comment