Your Magic Blog: Kenapa Ilmu Ghaib Sinonim Dengan Kejahatan?

Wednesday, 18 May 2016

Kenapa Ilmu Ghaib Sinonim Dengan Kejahatan?

Jawapannya mudah, kerana orang baik sendiri enggan mempelajari ilmu-ilmu benteng diri atau mempelajari ilmu kesedaran jiwa untuk membersihkan aura dan psikologi diri sendiri, untuk menyebarkan kebaikkan sesama makkhluk.

Assalamualaikum saya ucapkan buat pembaca semua. Hehehe. Jawapan sengaja dibagi awal untuk mengelak cliche yang terlalu panjang. Dan tanpa dapat disangkal lagi, memang itulah yang menjadi punca kenapa semakin ramai orang baik yang menderita dan teraniaya.

Saban hari, ada saja berita kecelakaan, musibah dan menyedihkan kita dengar terjadi pada orang yang tidak berdosa dan tidak bersalah. Dibunuh, dirompak, dirogol, disamun, dan disihir tiap-tiap kali kita baca dalam surat khabar mahupun majalah misteri bulanan.

MASALAHNYA, Orang-orang yang merasa dirinya baik, sering menghabiskan masa duka dan kecewanya dengan balik-balik MINTA SCAN, balik-balik MINTA TILIK, dan balik-balik MINTA LIHAT SIAPA YANG SIHIR DIRINYA, konon atas sentimen kebaikkan.

Sayang sekali, bahawa orang yang baik sering dihantui dengan beberapa sentimen, yang menghalang diri mereka untuk mempelajari ilmu benteng dan penyembuhan diri, lalu terbiarlah mereka dalam ketakutan yang tidak berasas di dalam paranoid yang penuh sangka-sangka.

Sentimen ini suda sering kali saya dengar, dan sering juga dipertikaikan oleh orang-orang yang mengakui dirinya itu baik. Di bawah, saya senaraikan beberapa sentimen umum yang sering dijadikan alasan kenapa orang baik enggan mempelajari ilmu "GHAIB".

IA MENGGUNAKAN KUASA SYAITAN

 Ilmu-ilmu yang membabitkan aura, tenaga dalam, Qigong, Prana, NLP, Middle Brain Activation dan Kuantum Metafizik kini sudahpun tersenarai dalam kaedah ilmu ENERGY, VIBRASI dan FREKUENSI yang kini sudah pun diterima oleh para pengkaji kuantum, saintis astronomi, dan ahli fizik, walaupun ia dianggap sebagai Pseudo-Science. (Sains yang belum diterima secara rasmi oleh persatuan saintis rasmi seluruh dunia)

Anda DIJAMIN sama sekali tidak perlu menukar agama, menyembelih kambing hitam, menjual roh atau anak anda kepada syaitan dan melakukan aktiviti mandi darah depan unggun api. Ilmu energy, aura, hipnosis, kuantum metafizik, Neuro Linguistik Programing, dan Middle Brain Activation langsung tidak membabitkan jin, hantu dan syaitan dalam pengamalannya.

Agak mengecewakan jika zaman kini, MP3 Rukyah, ABC Air Zam-Zam, Radio Al-Quran, Air Yasin 40 yang dijual pada harga RM80, pen yang pandai mengaji Al-Quran, dan Tasbih digital yang boleh berzikir sendiri dianggap suatu keajaiban moden dan bebas jin, namun terus digunakan untuk melindungi diri dari JIN, yang sebenarnya hanya menjadi bahan pelaris utama untuk me-laku-kan produk semata-mata, lalu menghukum ilmu yang berbeza dari groupnya semua ada jin.



Orang Barat sudah melakukan berbagai-bagai ujikaji dalam mengenalkan konsep getaran tenaga, vibrasi dan frekuensi dari alam semesta, mencipta berbagai-bagai alat penyembuhan berkonsepkan ilmu energy dan bio-aura, tetapi kita masih lagi hingga kini bertakbir-takbir depan TV melihat National Geografi, lalu mengklaim bahawa kita sudah tahu semuanya dari Al-Quran, tapi masih sibuk mengharamkan sesama sendiri kerana berbeza kefahaman dan dalil.

IA MELAWAN HUKUM TUHAN


Kalau seseorang beranggapan bahawa mempelajari ilmu benteng diri itu melawan kuasa Tuhan Bukankah musibah itu satu ketentuan dari Tuhan? Tidakkah itu menjadi satu HIPOKRIT dan MENENTANG pula kehendak Tuhan, meminta delay dan imuniti dari kecelakaan, ketika anda sedang menangis menghentak-hentak kaki dan menjerit meminta tolong, sedangkan ia satu kejadian azali dan alami yang berada dalam wilayah kuasa Tuhan kepada anda?

Jadi, adakah dengan mempelajari ilmu pendinding diri itu melawan kuasa Tuhan? Kalau anda beranggapan bahawa anda bebas dari kematian dan kecelakaan 100%, ya memang saya akui bahawa mempelajari ilmu benteng diri itu adalah satu sifat yang melawan hukum Tuhan. Hehehe Saya gunakan ayat PARADOX di sini untuk mengaburi minda anda.

Akan tetapi, bukankah kita disuruh berikhtiar? Dan ikhtiar bagi melindungi diri dari kejahatan para musuh itu, baik secara fizikal dan spiritual adalah sangat-sangat digalakan. Ilmu tenaga dalam, aura, Qigong dan ilmu penyembuhan Bio-Aura metafizik itu SEBENARNYA SANGAT_SANGATLAH SAINTIFIK jika dijelaskan bagi mereka yang tidak jumud dan mahu mempelajarinya .

Dan sangat ditekankan, bahawa sebelum memulakan sebarang latihan dan pengamalan, setiap peserta disuruh berdoa mengikut agama masing-masing dan memohon supaya dirinya diberikan perlindungan oleh Tuhan Yang Maha ESA, maka tidak berlaku sebarang perlanggaran hukum dan menolak kuas Tuhan dalam pengamalan ilmu metafizik, kecuali jika gurunya memang penyebar amalan sesat.

Dan jika anda berkeras boleh makan PANADOL menggunakan dalil ia saintifik dan tidak menggunakan bantuan jin, maka kami juga boleh menjelaskan KONSEP ILMU GETARAN KUANTUM secara saintifik kepada anda. (Akan dijelaskan dalam kelas dan kursus yang diberikan kepada anda pada pautan di bawah)


TAKUT DIGANGGU JIN

Ini sebenarnya hanyalah momokkan yang TIDAK BERASAS, dan berasal dari kepercayaan-kepercayaan KUNO yang biasa anda dapati dalam buku-buku seram, kisah seram bawaan mulut ke mulut, propaganda para bomoh dan doktrin dari perawat yang menggunakan agama sebagai topeng mereka untuk melakukan bisnes masing-masing.

TIDAK DINAFIKAN, jika anda mempelajari ilmu untuk merawat pesakit yang bermasalah dengan saka, sihir, dan psikologi, anda akan berhadapan dengan sentimen-sentimen dan kondisi yang digambarkan penuh dangan dramatisasi dan lakonan para jin.

AKAN TETAPI, saya sendiri memberi jaminan kepada anda, bahawa sehingga kini, semua anggota Qalam Ilahi Wellness Center yang RASMI dan mahu membuka minda dan bersilaturrahim kepada semua jenis perawat, masih sihat walafiat, tanpa diganggu mana-mana jin dan bebas dari gangguan bomoh jahat yang mahu mencuba ilmu mereka.

MAKSUDNYA, bukanlah kerana ilmu yang kami ajarkan sangat hebat, dan sungguh kuat mengalahkan Superman. Tetapi kerana anda akan kami jelaskan tentang bagaimana CARA KERJA SIHIR DAN CARA KERJA JIN, melalui konsep, teori dan amali ENERGY, VIBRASI, dan FREKUENSI.

MALAS MAHU BERLATIH

Ini adalah ALASAN terbanyak dan utama yang kami terima dari klient yang tiap-tiap minggu kerasukkan jin, kena sihir, dan disantau berulang kali, KONONNYA oleh bomoh yang sama, dan didiagnosis didatangi saka dari waris nenek moyangnya yang tidak pandai habis walaupun sudah tiap-tiap minggu disembelih.

Dan ayat tipikal yang sering diberi kepada kami, menyandang tempat teratas sekali, adalah begini..
"Alah tuan, daripada saya buang masa latih tenaga dalam, meditasi / tafakkur, senaman nafas, atau latihan fokus mental, lebih baik saya amalkan zikir benteng jin 1000 kali dan buat solat taubat 20 rakaat. Ada juga malaikat yang akan lindungi saya dari gangguan jin."

IRONIKNYA, hampir 70% orang yang mengeluarkan statement ini kepada saya, tiap-tiap minggu akan minta dirukyah supaya saka beliau dapat dibuang berulang kali. Dan jika seorang ustaz tidak cukup, dia akan berjumpa lagi dengan ustaz lain, lalu berganti pula kepada bomoh dan akhirnya kepada perawat lain lagi, tidak habis-habis.

TIDAK SAINTIFIK

Hmmmmmmmmmmmmmm. Mass Energy Equivalence, EMC Squared, E = MC2. Okey lah. Bab ini saya tidak ada huraian panjang. Anda tentu saja boleh membawa Pepper Spray, Stun Gun, dan Taser di mana-mana saja anda berada. Dan pastikan anda menyimpan nombor telefon balai polis berdekatan untuk kemudahan anda sendiri. Berhati-hati lah selalu, dan sayangi jiran anda.



Dahulu, ketika saya mula-mula memasuki alam rawatan, saya sangat khuatir jika klient atau pesakit yang datang kepada saya tidak dapat disembuhkan. Akan tetapi, seiringnya masa dan pengalaman, saya dapati bahawa, bukan semua orang yang sakit itu mahu diubati. Dan bukan semua orang yang menderita itu mahu sembuh. 

Berbalik kepada ISU asal. Banyaknya ilmu-ilmu yang digunakan untuk kejahatan dan orang yang baik menjadi mangsanya, walaupun ada yang berkata itu sudah takdir, tetapi menangis merintih-rintih, bukanlah salah sang pelaku kejahatan itu sendiri. (Walaupun memang mereka yang melakukan kejahatan tersebut)

Hiudp ini adalah pilihan. Dan manusia itu bebas memilih, untuk menjadi mangsa kah, atau menjadi seorang yang mempunyai kuasa kah? Kenapa salahkan orang jahat mempunyai kuasa, jika orang yang baik sendiri tidak mahu mendapatkan kuasa tersebut untuk perlindungan dan digunakan ke jalan yang lebih baik?

Sekian dulu tulisan kali ini, bagi menjawap persoalan beberapa orang teman yang bertanyakan isu amalan ilmu dikalangan penjahat. Semoga persoalan anda juga terjawab dengan penulisan ini. Silakan kongsi jika anda merasakan ia bermanfaat.

Sekian wassalam.
~ From QI With Love.

2 comments:

  1. Saya sendiri pernah ditanya, "ni ilmu Allah atau ilmu syaitan?"

    Wow! Pertanyaan ini membuat saya terfikir, rupanya ada yang mempercayai syaitan tanpa sedar.

    ReplyDelete
  2. Saya sendiri pernah ditanya, "ni ilmu Allah atau ilmu syaitan?"

    Wow! Pertanyaan ini membuat saya terfikir, rupanya ada yang mempercayai syaitan tanpa sedar.

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...