Pernahkah anda mengalami satu peristiwa penampakkan sosok ghaib, tetapi hanya anda seorang saja yang melihatnya? Ataukah kawan anda seorang, atau beramai-ramai nampak, tetapi anda seorang terkial-kial mencari apa yang dilihat oleh mereka?
Ataukah, ketika anda mengalami proses pembukaan Mata ketiga, anda hanya nampak hantu di sana sini, sedangkan teman seperguruan anda hanya nampak warna-warni yang bersinar di sana sini? Tidakkah anda pernah berfikir sebabnya, atau cuba berfikir melalui persepsi dan pandangan yang berbeza dari biasa?
Tipikal sedari kecil, saya membesar dengan doktrin yang mengatakan bahawa semua yang dinampak di alam ghaib, adalah jin semata-mata. Dan andainya anda nampak benda-benda yang cantik, itu semua adalah jin yang menyamar.
Agak melucukan, bila semua yang buruk dilihat pada pandangan mata alam ghaib, majoriti orang menyangka bahawa itulah HAKIKAT KEBENARAN bagi alam ghaib. Memang tidak saya nafikan, bahawa statement ini sangatlah benar, JIKA apa yang anda fokus dan pertahankan dalam mata ghaib anda hanyalah bernuansakan jin, jin dan jin sahaja.
Di dalam teori Kuantum Metafiazik, berdasarkan sistem Energy, Vibrasi dan Frekuensi, alam semesta ini mempunyai berbagai-bagai lapisan dimensi. Dimensi ini bahkan terletak lebih tinggi dan lebih kuat dari alam jin itu sendiri.
Alam pada setiap dimensi ini, biasanya terdiri dari beberapa kateogri.
Alam dimensi peribadi - Berbeza dan berlapis-lapis tapi hanya valid bagi peribadi sendiri. Alam ini biasanya diakses ketika seseorang mencari kesedaran diri, penjelasan bagi masalah peribadi, mengenal potensi diri, mengenal nafsu dan ego, dan banyak lagi yang tujuannya adalah fokus untuk diri sendiri sahaja. Boleh juga dikatakan sebagai alam untuk mengenal Maqam Nafsu.
Alam dimensi memori - Alam yang biasanya diakses oleh orang yang mempunyai kebolehan Psikometri. Alam ini terdiri dari memori palsu, memori sebenar, dan memori yang sengaja dimanipulasi untuk tujuan tertentu bagi mencipta propaganda. Apa itu memori palsu? Arahan-arahan minda yang dipancarkan berterusan atau diceritakan berulang-ulang sehingga dipercayai oleh ramai orang, sehingga membentuk satu rakaman "video" dan "program keyakinan" pada orang yang sudah menerima inisiatif kawalan minda. (Propaganda New World Order - Tidak akan diceritakan pada tulisan ini, hehehe)
Alam dimensi memori rosak - Biasa dipanggil sebagai "alam roh sesat". Pada dimensi inilah anda yang peka pada getaran energy, dan mudah melihat penampakkan orang yang sudah meninggal dunia, akan melihat banyak memori-memori yang biasanya digelar oleh orang kita sebagai hantu, dari orang yang meninggal kerana kemalangan, sakit kuat yang teruk, banyak dendam, dan urusan yang belum selesai.
Orang tua-tua zaman dahulu memanggil mereka dengan roh yang terseksa, sedangkan para agamawan pula berkeras menyangkal bahawa itu bukanlah roh. Saya tidak berpihak pada mana-mana pendapat, kerana saya melihat penampakkan ini sebagai sebuah memori memandangkan ia tidak melanggar kepercayaan agama, lebih saintifik dan lebih mudah diuruskan melalui sistem frekuensi dari sudut kuantum metafizik.
Memori-memori ini mempunyai sedikit sifat asal mereka, cukup untuk menjelaskan masalah mereka yang dilakukan berulang-ulang, seperti mencari tubuh badan yang hilang di kawasan mereka mati, mencari-cari ahli keluarganya di rumah lama, dan berbagai lagi penampakkan tipikal dari kisah seram anda biasa dengar.
Alam memori kepercayaan - Alam yang paling tricky dan paling banyak mempengaruhi kisah-kisah hantu di seluruh dunia. Di mana, kepercayaan orang ramai, yang disebarkan berulang-ulang, lalu dipercayai baik secara sedar mahupun sekadar lintasan kata, akan mencipta satu gelombang besar di kawasan yang dimaksudkan, lalu menimbulkan FENOMENA KEWUJUDAN MAKHLUK GHAIB di kawasan, department, atau kampung yang dijadikan target cerita tersebut.
Satu contoh lagi yang biasa didengar, pada kes-kes scanning dalam aksi perbomohan atau tilikkan menggunakan ayat suci oleh para perawat yang GEMAR MENUDUH SECARA RAMBANG hanya berdasarkan cerita mulut dan kisah satu sisi dari sisi pesakit semata-mata. Kerana si pesakit "Mempercayai" dirinya disihir oleh orang yang dibencinya, maka keyakinan itu menimbulkan satu rakaman memori palsu, yang biasanya disalah anggap dan dipercayai bulat-bulat oleh perawat yang kurang pengalaman dan jumud bertahan hanya mengakui ilmunya saja yang paling benar. (Akan dihuraikan pada penulisan lan yang lebih teliti)
Alam memori fantasi - Alam ini biasanya diakses ketika seseorang memerlukan rileksasi mental, seperti yang diajarkan oleh sistem Hipnosis Tradisional, (Sistem baharu tidak saya ketahui, dan belum mempunyai update untuk sistem ini lagi) atau terapi melepaskan emosi seperti yang dilakukan oleh beberapa ahli terapi mental.
Alam Memori Semesta (Akashic Record) - Alam dimana tersimpannya berbagai-bagai ilmu, berbagai ilham, berbagai kebijaksanaan. Di sini lah datangnya ilham dan jawapan bagi semua permasalahan, kaedah bagi setiap aplikasi, dan idea-idea yang diproses berganti-ganti dari setiap zaman. Saya tidak berani menulis panjang mengenai dimensi ini, kerana banyak minda belum bersedia menerimanya untuk pengetahuan umum.
Alam Jin- Alam paling rendah, namun banyak dimomok-momokkan dan diperhebatkan kisahnya. Dahulu, saya pernah berdebat dengan beberapa orang, mengenai Jin dan Manusia di zaman Nabi Sulaiman. Saya tidaklah mahu menuliskan lagi di sini kisah perdebatan itu, cukup sekadar saya katakan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai "Teknologi" yang mengemfasiskan kaedah frekuensi, untuk menyamakan gelombang tubuh manusia dan tubuh jin, melalui "Tongkat" nya, yang disalurkan melalui MUKJIZAT baginda.
Opss, cukup saja disini dahulu, kerana tulisan ini tidak mahu mengundang sebarang perdebatan, maka kita putuskan kisah ini. Cukup saja kita emfasiskan bahawa jin itu mendapat "Kuasa" nya melalui tubuh manusia itu sendiri. Bagaimana pula kaum jin ini mendapat kuasa dari kita? Ahhh kisah ini hanya akan dikongsi pada tulisan lain kali.
Dan banyak lagi jenis-jenis alam, namun cukup saja dulu buat kali ini. Jadi kita pergi terus pada inti tajuk utama.
Sifat utama minda manusia itu adalah, ia akan cuba menzahirkan dalam penglihatan anda, apa yang ingin anda lihat berdasarkan kemahuan yang dipendam atas keyakinan dalam hati. Ia mempunyai lapisan-lapisan yang sangat banyak, dan disebabkan itu, ada ketikanya anda melihat apa yang hanya anda "niat" kan tanpa disedari melalui minda bawah sedar, yang berbeza-beza dari keyakinan teman anda.
Jadi, sekiranya anda ingin membuka mata ghaib, ataupun ingin menjelajah menggunakan kesedaran anda melalui sistem relaksasi, meditasi, meragasukma atau astral projection, yang melangkaui alam fizikal, pada dimensi ini, adalah sangat penting untuk anda membina struktur fikiran, minda, emosi dan fikiran yang baik, ikhlas dan jujur untuk diri anda sendiri, mahupun orang sekeliling.
Ini sangat penting, kerana hanya minda yang tenang, damai, bahagia dan tidak dipengaruhi oleh sebarang emosi yang negatif akan bertahan dalam kesedaran akal yang sihat. Minda yang rosak, kotor dan gemar memanipulasi orang untuk kepentingan diri, hanya akan membuat hidup sengsara dan sudah pastinya alam-alam yang akan diakses, baik menggunakan kaedah ilmu ataupun psikologi, akan dipenuhi oleh kegelapan yang diwakili oleh kesengsaraan, kesakitan dan hilangnya pedoman.
Harap maklum bahawa bukan semua kegelapan itu diwakli oleh kejahatan. Kerana pada asasnya, gelap itulah yang membawa anda dari satu alam, ke alam yang lain, sebelum anda memasuki alam kematian yang lebih gelap dari segala dimensi. Namun, adakah alam kematian itu benar-benar gelap? Hehehe.
Ketika anda menutup mata anda, apa yang anda nampak hanyalah kegelapan. Dunia akan hilang, dan hanya kesedaran serta ego anda saja lagi yang tinggal, menjadi penanda bahawa tubuh dan akal anda masih bersambung pada dunia ini. Ketika minda anda menjadi stabil, pandangan mata yang tertutup di dalam diam pegun yang mencapai kondisi meditatif, akan melihat visi-visi yang ditentukan oleh peribadi fikiran kita.
Tahukah anda, bahawa imajinasi itu sangat kuat dari realiti sendiri? Orang-orang yang mengalami gangguan mental, tahap imajinasi mereka sangat kuat, hingga mempengaruhi kehidupan mereka. Anda tidak dilarang berfantasi untuk kebaikkan, malah sangat digalakkan jika anda mempelajari Mind Power untuk mengenali potensi akal dan minda anda yang sangat kuat.
Berbeza penampakkan itu sebenarnya tidaklah bermaksud mata seseorang itu lebih superior dari mata yang lain. Mata ghaib seseorang itu dipengaruhi oleh persepsi, kepercayaan dari kecil, cerita-cerita orang sekampung, dan keluasan mindanya.
Saya sendiri, ketika menerima inisiasi pembukaan mata ketiga, mula-mula agak terkejut kerana tidak melihat hantu seperti pontianak, genderuwo, jerangkung atau hantu tinggi seperti teman-teman seguru yang lain. Walaupun sudah discan berulang kali oleh berbagai guru, teman dan bomoh, semua mengakui bahawa MK3 (Mata ketiga) saya sudah terbuka luas.
Dipendekkan cerita, rupa-rupanya bukanlah kerana saya BERDOSA DAN SESAT seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang suci yang skeptik, mengatakan bahawa jiwa saya kotor KERANA tidak mampu melihat jin. Tetapi ia dipengaruhi oleh kepercayaan dan kebiasaan cara fikir diluar level alam jin yang tipikal, membuatkan saya tidak berada selaras dengan frekuensi mental teman-teman lain yang melihat pocong mengejar kereta kami dari belakang ketika sesi paranormal.
Ketika frekuensi mental masing-masing sudah selaras, sinkron dan seirama, maka barulah masing-masing bisa melihat dan mengakses apa yang dilihat oleh teman anda. Ini juga sama dengan teori ketika anda melakukan tarian, latihan seni mempertahankan diri, mengeluarkan idea yang diterima oleh semua, dan ketika perbarisan.
Jika anda ingin melatih sinkronisasi, belajar menari atau melakukan latihan bersama-sama adalah sangat digalakkan. Yang membezakan dan menyusahkan anda mencapai sinkronisasi biasanya diakibatkan oleh ego ilmu, tahap kepercayaan dan keyakinan, ragu-ragu, takut berlebihan, ghairah berlebihan dan perselisihan faham.
Sebenarnya, tulisan ini bukanlah dimaksudkan untuk tujuan paranormal, tetapi kerana inti spiritualnya tidak banyak yang dapat didedahkan dalam tulisan, bimbang bisa menggegar keimanan yang diperolehi dari momokkan jin dan kisah seram yang berakar umbi dalam mental masyarakat kita, maka saya rendahkan vibrasi tulisan ini lebih kepada level paranormal.
Oleh itu, bagi teman-teman yang sudah membuka, membersihkan dan mengamalkan zikir penembus ke alam jin, hehehehe, nasihat saya usahlah sedih, risau dan murung jika anda tidak mampu melihat jin seperti teman-teman anda. Kerana penampakkan jin itu, bukanlah penanda bahawa mata batin anda kotor atau bersih, melainkan ia hanyalah sekadar isu sinkronisiti dan tahap level serta dominan otak anda semata-mata.
Usahlah membuang masa melakukan solat taubat 20 rakaat tiap-tiap malam semata-mata hanya untuk melihat jin dan masuk ke alam nya yang rendah dan tidak mendatangkan keuntungan itu, sebaliknya lakukanlah amalan anda dengan tenang dan hati yang gembira, maka akan Allah SWT akan bukakan pula alam yang lebih tinggi, mulia, dan membahagiakan buat anda.
Ketika sesuatu cerita palsu diulang-ulang, lalu dipercayai dan diyakini dengan penuh keimanan, maka ia akan menjadi satu kebenaran bagi individu yang memegangnya sebagai petunjuk mahupun pedoman. Secara asasnya, kita tidak mampu untuk menganalisa semua hakikat di dunia ini, namun tetaplah berpegang pada agama, dan sikap kebaikkan yang mendatangkan kebaikkan pada semua makhluk.
Sekian tulisan malam ini. Semoga anda semua berbahagia sambil menyebarkan tulisan ini. Jika anda berminat mengetahui ilmu-ilmu mengenal diri, bagi membuka kesedaran dan melebarkan kefahaman, bolehlah melihat link ini, untuk rujukan.
http://www.paranormsmagic.com/p/kursus.html
~ From QI With Love.
No comments:
Post a Comment