Your Magic Blog: BATAS BAWAH SEDAR MENGENAI WANG

Saturday, 14 May 2016

BATAS BAWAH SEDAR MENGENAI WANG



Pernah kah anda mengeluh, dan masih mengeluh, (Jujurlah, hehehe)ketika mendapati bahawa semakin besar pendapatan anda, atau ketika mempunyai kelebihan wang dalam simpanan, tanpa disedari semakin banyak perbelanjaan keluar tanpa dapat dikawal hilang begitu sahaja tanpa dapat dilihat hasilnya?

Apalagi buat mereka yang sering mengeluh saban hari, mengenai duit yang tidak pernah cukup, baik untuk belanja harian walaupun kononnya mempunyai duit simpanan, akan selalu terjadi senario-senario yang akan memaksa mereka supaya membelanjakan dan mengeluarkan duit simpanan tanpa disedari.

Kata-kata dan kelakuan yang berulang-ulang, apalagi bila ditambahkan dengan emosi tertentu yang diluahkan dengan penuh kesyahduan, keyakinan dan penegasan, akan menjadi PROGRAM bawah sedar yang menjadi keyakinan.

Keyakinan yang sekaligus ternyata akan menjadi realiti tanpa disedari dalam kehidupan. Program ini, rupa-rupanya ternyata adalah sebahagian dari keindahan dan keajaiban manusia yang terpendam, yang sudah lama wujud dalam diri semenjak kita diciptakan lagi.

Sayangnya, kita sedari kecil sudah terlalu banyak disuap dengan keyakinan berbeza dan palsu yang menyusahkan diri kita sendiri dalam kehidupan. Dan ternyata bahawa kita selama ini membesar hingga tua tanpa disedari mempergunakan kekuatan ajaib yang terpendam ini, dengan cara yang salah melalui fikiran yang salah.

kerana itulah, orang yang gemar sekali mengeluh, baik dihadapan rakan, keluarga, saudara mara mahupun di dalam bilik termenung seorang diri, walau sebanyak mana ia mendapat rezeki dan duit yang berlebihan, akan ada saja situasi-situasi malang atau kejadian yang menjadikan dirinya boros tanpa sengaja membuatkan duitnya melayang-layang terbang umpama kupu-kupu keluar dari dompet.



Hahahahaha. Tulisan ini bukan ditujukan kepada pembaca saja, bahkan juga buat diri saya sendiri. Kerana PROGRAM ini sudah lama tertanam, diaktifkan dan dilancarkan oleh memori bawah sedar kita yang SENTIASA MERASA TIDAK CUKUP, maka servo mekanisma tubuh akan bergerak membuatkan diri kita kembali semula kepada situasi awal di mana kita merasa "Nyaman" untuk terus berkeluh kesah bersama Kak Esah.

Percaya atau tidak, ketika kita melepaskan keluhan, dihadapan orang yang prihatin, mengambil berat, dan mengangguk-angguk mengiyakan dan menyetujui semua keluhan kita, ada satu perasaan "SUKA dan SENANG" yang membuatkan diri kita terasa dihargai. Lalu program ini menganggap bahawa emosi dan tuturkata sebegini, adalah satu kemestian yang mesti dipertahankan untuk memastikan diri (Ego state) kita terus wujud di dunia ini.

Inilah yang dipanggil sebagai "Kecanduan penderitaan". Mental kita merasa "ketagih" untuk terus menderita supaya diri kita dapat menerima perhatian, pengesahan dan belaian dari kelompok tertentu, TANPA KITA SEDAR. Kerana sistem ini sudah tertanam dalam minda bawah sedar, maka tubuh secara kimia akan menyelaraskan segala hormon, dan memanipulasi emosi, yang seterusnya mengawal tubuh, untuk memberikan tindakan di luar kawalan berlapiskan ego, bagi memastikan program (Doa / Kata-kata / Keluhan) itu terus terjadi berulang-ulang.

TAHUKAH ANDA?
Bahawa manusia itu mempunyai batas bawah sedar yang sering menetapkan batas atau nilai tertentu bagi setiap kelakuan kita? Dan dalam maksud tulisan kali ini, kita lebih fokus kepada batas bawah sedar kewangan kita dalam perbelanjaan.

Jika seseorang itu mempunyai batas bawah sedar sebanyak rm50 ringgit, contohnya, berapa banyak duit pun yang didapatinya dalam bulan itu atau dari setiap perusahaan, maka akan ada saja terjadi perkara yang membuatkan dia mengeluarkan duit berulang-ulang sehingga tinggal rm50 sahaja di dalam poket atau simpanan.

Dan umumnya, ketika duit sudah tinggal rm50 ringgit itulah, dia akan segera mengulangi keluhan berterusannya yang dijalankan bertahun-tahun di kedai kopi berdekatan sambil didengari oleh anggota warung diiringi dengan tangisan dan tepuk tangan kerana kasihan kepada dirinya, yang menagih simpati dan pujukan dari orang ramai.



Percayalah, bahawa itulah punca dan sebabnya kenapa anda sehingga kini masih lagi terus dilanda sengsara tanpa putus walaupun sudah menang nombor ekor berulang kali, menang lumba kuda berkali-kali, menang cabutan bertuan tiap kali, namun anda lebih gemar mengamfasiskan "KEKURANGAN" berbanding merasa SYUKUR dan GEMBIRA atas KELEBIHAN REZEKI yang anda terima.

Ramai orang, yang ketika menerima gaji di awal bulan, perkara pertama yang difikirkannya adalah "Hutang, hutang, hutang dan hutang" lalu mengira-ngira perbelanjaan mengemfasiskan "Berapa banyak duit yang habis dibelanjakan", bukan pula tersenyum riang atau ketawa bahagia.

Saya faham pada PROGRAM MENTAL sebegini memang sangat sukar untuk dibuang, atau diubah apalagi jika membabitkan nafsu, ego, kemahuan dan keinginan yang membuak-buak untuk merasa sayang pada duit yang didapati hasil titik peluh bulanan atau perusahaan. Im not the one to judge.

Ada pula, yang batas bawah sedarnya, Rm 0, iaitu mental penghutang. Hanya dengan berhutang saja, barulah dia mampu untuk membayar hutangnya, yang didapati dari hutang, dari hutang melalui hutang lain. Naaah, ini yang paling merbahaya sekali.

Apa saja yang dilakukan, hanya dengan berhutang barulah dia mampu bertenang. Dan rezekinya walau sebanyak mana pun, akan habis kepada hutang, yang membuatkan dia berhutang semula untuk menutup hutang lain. 

Tetapi pada pada kebanyakkan orang kaya, anda dapat perhatikan bahawa semakin boros dia berbelanja, akan semakin banyak rezeki yang diperolehinya, akan semakin besar perusahaannya, dan bertambah sahamnya. Bagi orang bermental kaya yang positif dan kreatif fikirannya, maka batas bagi rezekinya juga semakin besar.

Seperti penulisan yang lalu, orang kaya sering bercerita dan mengamfasiskan kekayaan dan kegembiraanya dalam menjalani kekayaan itu sendiri. Perhatikan pada bos-bos yang sering runsing memikirkan hutang kompeni, memotong bajet sana sini, akhirnya mempunyai banyak masalah dalam perusahaan itu sendiri, berbanding bos-bos yang lebih banyak bercerita mengenai keuntungan, ghairah memperkenalkan produknya, dan emfasis pada kejayaan walau bersaing dengan berbagai kompeni yang lebih besar darinya.

Batas bawah sedar itu dapat kita simpulkan sebagai satu "Drive", satu kekuatan yang mendorong minda, tubuh dan emosi untuk terus bergerak meraih impian dalam mencipta memori dan arahan dalam minda bawah sedar kita.

PERANGKAP UTAMA DALAM PROSES MERAKAM BATAS BAWAH SEDAR

Naaah, sering kita dengar dalam ceramah, mahupun dari mulut makcik-makcik yang suka menganyam ketupat beramai-ramai, melontarkan pertuduhan serong yang selalunya sering di "BALUT" dengan nama dan visi keagamaan. "Ahhh, itu semua harta Istidraj. Mereka orang kaya itu semua sombong, dan pasti satu hari nanti akan dirampas kembali harta mereka oleh Tuhan".

"Duit itu sumber kejahatan nak, biarlah kita miskin di dunia, yang penting kita kaya di akhirat" sambil meludah di lantai, melihat jirannya memakai spek mata hitam berselfie memandu kereta barunya keliling kampung.

ORANG YANG SOMBONG, ATAU KITA YANG SEBENARNYA HASAD DENGKI?

Tidak salah mempamerkan kekayaan, tidak salah makan di restoran mewah, malahan tidak salah mahu melancong sambil penuhkan wall FB anda dengan 1580 gambar di Hawai sambil minum air kelapa laut Afrika. Selagi anda BERNIAT mahu mengamfasiskan dan menghargai diri anda sendiri atas usaha dan kejayaan yang anda kecapi.



Bahkan jika anda sudah kaya, senang, dan mewah, bukankah melakukan ibadah sedekah, memberi makan anak yatim, dan mengerjakan umrah akan menjadi lebih MUDAH, tidak begitu? Saya perhatikan, majoriti orang yang sering menuturkan sentimen ancaman keagamaan sebegitu, batas bawah sedar kewangan mereka lah yang paling buruk, sehingga mereka terpaksa meminta-minta, menangis dan merayu untuk berhutang demi menyara hidup sendiri.

Orang yang masih gemar berhasad dengki, memburuk-burukkan orang kaya hanya bermodalkan sentimen ISTIDRAJ, sebenarnya adalah kera sumbang yang mempunyai fikiran negatif yang suka mengadu-ngadu di warung meminta perhatian dan menagih simpati pada orang yang semental dan senegatif dirinya.

JELAS SEKALI bahawa dia hanya menghabiskan seumur hidup untuk MENGELUH, MEMINTA SIMPATI, BERBURUK SANGKA tanpa pernah kenal pada orang kaya yang baik hati. Dan seandainya pun jika dia mengenali orang kaya, fikirannya hanya mahu NAFSU BUAS nya itu dipenuhi semata-mata oleh rezeki orang tanpa usaha dirinya sendiri.

Contoh biasa yang dilihat, pada orang yang sering berhutang pada seorang orang kaya, berkali kali hingga sampai satu tahap, permintaannya untuk berhutang ditolak, maka KELUARLAH segala sumpah, seranah, makian, malah sanggup dia mendoakan orang yang selama ini membantunya supaya ditimpa kemiskinan seperti dirinya.

Naaaah, orang sebeginilah yang batas bawah sedarnya berada lebih rendah dari kosong sen. Malahan, dia menuduh pula orang kaya yang tidak mahu memberi hutang padanya, seorang yang sombong dan pentingkan diri sendiri, padahalnya dia LUPA, bahawa dia sendiri sombong dan pentingkan diri sendiri, kerana KEMAHUANNYA tidak dipenuhi hingga memarahi orang yang tidak memberikannya perhatian.

SAYA PENTINGKAN DIRI, KERANA TIDAK MAHU MEMENUHI KEPERLUAN DIRI PERIBADI ANDA?

Inilah SALAH FAHAM utama masyarakat kita yang sudah lama terakam dan berakar umbi dalam mental bawah sedar, berkat dari pengaruh wayang dan drama yang sering menayangkan kesedihan dan mengamfasiskan kesusahan bagi membuktikan diri seseorang itu BAIK, dan kunci utama MASUK SYURGA kerana hidup susah dan dianiaya orang.



Adakah anda mahu menarik aura kekayaan dari orang, lalu menjadikan diri anda secara perlahan-lahan menjadi orang yang KAYA (Banyak definisinya), BAHAGIA, dan GEMBIRA? Mahukah anda mengubah mentaliti dari seorang yang sentiasa kehabisan duit tanpa kawalan, menjadi seorang yang sentiasa mendapat duit tanpa kawalan pula? Anda boleh rujuk di sini untuk bacaan tambahan, atau ikuti langkah mudah di bawah ini.

Mulai hari ini, ubahlah cara anda melihat duit. Kerana duit itu juga adalah makhluk, walaupun tidak bernyawa, tetapi ia masih terdiri dari energy yang bergetar pada frekuensi berbentuk duit, yang diterima oleh minda kita sebagai alat ganti untuk melakukan pertukaran benda dan khidmat. Hormatilah duit sebagai benda yang suci, yang mampu membawa anda kepada jalan-jalan yang baik dan memperbaiki kehidupan kepada kebaikkan.

UTAMAKAN SYUKUR, lalu gembira dan pertahankan emosi ini, selama 10 minit (Minimum) sambil ditambah dengan kata-kata yang baik, atau doa di dalam hati. Jika anda mahu menghebahkan kegembiraan ini, pastikan dahulu bahawa teman atau orang yang anda ingin ceritakan perihal duit, kekayaan dan kebahagiaan anda itu adalah seorang yang bermental kaya juga.

Kerana faktanya, akan ada saja orang yang bermental buruk, suka memburuk-burukkan anda, dan menakuti anda dengan momokan duit, yang menekankan bahaya banyak duit dan menggambar-gambarkan dosa tentang duit, di mana SEBENARNYA dia sedang cemburu dan iri hati kerana anda sedang melompat anak tangga dan meninggalkan dia tanpa teman untuk sama-sama menderita dan mengadu nasib.

Jika anda mahu, anda boleh saja "Bercerita" kepada Tuhan selepas sembahyang dan berdoa. Kenapa ketika anda susah, doa dan kata-kata anda panjang berjela-jela mengadu nasib pada Tuhan di atas tikar sejadah, diiringi dengan sembahyang hajat 20 rakaat demi mahukan bantuan, TETAPI ketika dapat duit yang banyak atau keuntungan yang besar, doa anda di atas sejadah hanya sekadar, "Syukur alhamdulillah" lepas tu terus bangun dan hilang selama seminggu.

BERSEDEKAH, adalah cara terampuh untuk menarik kekayaan dan menabung untuk harta anda di hari akhirat kelak. Sedekah di sini, tidak perlu berjuta-juta, dan jauh sampai ke Eskimo. Cukup setiap minggu, dengan perasaan yang bahagia, walau sedikit, asalkan hati anda senang, melakukan sedekah kepada mana-mana orang, masjid, atau kanak-kanak di kawasan kejiranan anda.

Kita sering tersalah langkah, dalam memberi sedekah. Sering orang memberikan sedekah yang besar, hinggakan perutnya terasa "Memulas" berpura-pura untuk meyakinkan bahawa Allah akan membalas sedekahnya, sedangkan "EMOSI dan VIBRASI" yang anda pancarkan ke alam semesta berbeza 100 kali ganda dari gelombang IKHLAS.

Sedekah sedikit, yang dirahsiakan, dalam keadaan  diri dan emosi merasa bahagia, senang hati, dan suka kerana sudah melakukan kebaikkan adalah 10 kali ganda lebih KUAT berbanding sedekah paksaan yang dibuat-buat dalam nilai yang besar. Apa-apa pun, Wallahualam Bishawab.

Adapun tujuan saya menulis hal batah bawah sedar ini, bukanlah bermaksud saya sudah pun berjaya mempunyai perusahaan seperti Bill Gates, Steve Jobs, atau Steve Ma, tetapi untuk menyedarkan diri sendiri akan hal batas bawah sedar kewangan yang sering jadi isu dalam kehidupan saya.

Mudah-mudahan, walaupun tidak membawa kepada perubahan hidup yang tiba-tiba saja drastik menjadi kaya, sekurang-kurangnya kita masih mampu bersyukur kerana berjodoh untuk diberikan kesedaran bagi mengubah mentaliti dari miskin akibat SALAH FAHAM, kepada kebahagiaan dan kekayaan berdasarkan KESEDARAN.



TAHUKAH ANDA JUGA, bahawa kekayaan dan kebahagiaan itu jika hanya sekadar dijalankan atas sandaran kekuatan fizikal semata-mata, perjalanan anda tidak akan jauh, kerana kekuatan manusia itu, walaupun sangat kuat, tetapi tetap mempunyai batas. Hanya satu sahaja kuasa yang tidak mempunyai batas di seluruh alam ini, iaitu Yang Maha ESA.

Di dalam Ebook Acupineology, dijelaskan bahawa kejayaan manusia itu dipengaruhi oleh NASIB, setelah dia bertawakkal dalam menjalankan perusahaan atau pekerjaan, dan nasib ini pula dipengaruhi oleh berapa besar ENERGY YANG TERSIMPAN DALAM TABUNG TENAGA di dalam tubuh manusia. 

Bertuah atau malangnya nasib seseorang, dapat dipengaruhi dengan supply energy yang berterusan dalam hidup kita sehari-hari. Maka berbahagialah mereka yang mempunyai jodoh untuk dipertemukan dengan ilmu sebegini. Semoga anda menjadi sebahagiaan dari MEDAN TENAGA KEBAHAGIAAN ini dan diberi peluang untuk mempelajarinya.

Sekian wasssalam, dan salam cinta kasih buat anda semua. Dipersilakan berbahagi artikel ini kepada sahabat handai anda, semoga ada yang mampu mendapat kejayaan di jalan kebaikkan. Amin.

~ From QI With Love.

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...