Your Magic Blog: Jin, Sihir, Hormon. Siapa yang lebih Jahat?

Monday, 25 April 2016

Jin, Sihir, Hormon. Siapa yang lebih Jahat?


Salam sayang buat anda semua. Moga riang ria di hari Isnin ini. Hehehe....

Dahulu, ketika mula-mula memasuki alam rawatan alternatif level paranormal, saya sendiri juga pernah stuck di level jumud. Pantang ada pesakit atau klient yang mengadu tidur malamnya terganggu, saya akan menerawang ke alam ghaib lalu menjurus apa saja jenis jin yang "terlihat" berada hampir pada rumah klient saya.

Namun alangkah peliknya......Selang seminggu, atau sebulan, kejadian yang sama pada diri klient pasti akan berulang semula, berkali-kali dengan modus operandi yang sama. Aduuuh, ini Jin keras kepala tahap gaban sungguh. Hahaha.

Pernah saya mengubati klient histeria, balik-balik disalurkan energy, balik-balik menampar lantai (Konon itu petua menghalau jin la tu, terpengaruh dengan koleksi buku seram yang berlambak di almari rumah saya), tetapi to no avail, lepas habis di rawat 2-3 jam, esok lusa dia kerasukkan balik.

Pendek kata, aksi jurus-jurus jin, membakar hantu liar, dan menangkap saka dalam botol adalah aksi utama dalam spesifikasi  kerja yang saya tunjukkan dalam resume perbomohan saya. Sampailah satu tahap, di mana saya berasa sungguh kecewa dan hampir-hampir give up menjadi perawat dan malas mengamalkan ilmu-ilmu rawatan, kerana pesakit dan klient saya tidak menemui kesembuhan total, dan disebabkan senario dunia rawatan yang saya tempuhi tidak sama 200% dengan mana-mana buku yang saya baca selama ini.

Ketika inilah, saya bertemu dengan RAJA JIN yang terbesar, paling besar mengalahkan gunung Kinabalu. Jin yang bernama HORMONE IMBALANCE, atau nama murtadnya "Gangguan Hormon dalam sistem tubuh badan".

Ketika ini saya diserang dengan anxiety attack, dan terpaksa menggunakan berbagai-bagai jurus untuk menghalang anak-anak jin dari memasuki badan saya. Penuh ilusi, delusi, dan sangka-sangka yang kritikal.

Sampailah satu masa, pusat rawatan Qalam Ilahi Wellness Center mengadakan kelas mengenai Tenaga dalam untuk kesihatan fizikal, dan beberapa kelas asas spiritual mengenal diri, disanalah saya sendiri mula memahami apa kaitan hormon pada diri, kerasukkan, aktivasi tenaga dalam, dan trigger yang menyebabkan seseorang mengalami bipolar dissorder.

Tulisan ini tidak akan menghina mana-mana kaedah, atau memburuk-burukkan sistem rawatan yang lain, CUKUP SEKADAR untuk membuka wawasan dan meningatkan kesedaran bahawa bukan semua sensasi itu berasal dari jin.

Sebelum kita masuk kepada gabungan kisah-kisah rawatan krew QIWC, izinkan dahulu saya berkongsi pada anda serba sedikit mengenai hormon dalam badan utk memudahkan anda mengenali "Jin-jin" yang ada dalam badan anda nanti.

HARAP MAKLUM, informasi yang diberikan di sini hanya bersifat sebagai PERKONGSIAN RINGKAS, sekadar untuk penyampaian info yang mudah dan pantas dalam proses membuka wawasan anda supaya BERMINAT untuk mengetahui dunia rawatan di luar batas alam jin semata-mata. Anda boleh gunakan Google dan wikipedia untuk mengetahui secara tepat lokasi-lokasi kelenjar hormon ini ya.



MELATONIN
Adalah hormon yang mengawal tidur dan mengaktifkan sistem Auto-repair dalam sel badan ketika kita sedang tidur. Kajian sains membuktikan bahawa ia menghasilkan anti oksida yang menjadikan tubuh awet muda. Berlakunya gangguan pada hormon ini akan membuatkan anda mudah lupa, insomnia (Susah tidur malam), gangguan tumbesaran pada kanak-kanak, dan menimbulkan Anxiety dan depressi.

Pernah terasa-rasa bahawa anda sedang diperhatikan oleh entiti di sudut-sudut rumah, namun peliknya walaupun sudah dibacakan berbagai-bagai ayat suci dan berkeping-keping CD mp3 ayat suci, makhluk itu tidak juga mahu pergi? Ahhh ternyata JIN itu berada di dalam kepala anda sendiri, LITERRALY, betul-betul dalam kepala.rupanya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, usahakan untuk tidur dalam gelap selama beberapa ketika. Kerana hormon ini hanya aktif ketika ada berada dalam gelap, seperti anjuran Rasulullah SAW untuk mematikan lampu dan api ketika tidur. Untuk penyelesaian yang lebih optimum, sila dapatkan rawatan alternatif aura tanpa membabitkan kisah-kisah yang menakutkan untuk sokongan psikologi.

SEROTONIN
 Hormon yang bertindak menghasilkan KEBAHAGIAAN, Mencernakan makanan, dan mengawal tidur. Hormon ini adalah teman baik dan shabat rapat kepada Melatonin.  Ia dihasilkan di perut, dan disebarkan ke dalam darah yang memasuki otak dan mengaktifkan efek pada Melatonin yang menghasilkan efek kebahagiaan. Seperti kata para sufi..

"Perut adalah sumber segala penyakit"

Ya ini sungguh benar sekali, kerana di sinilah segalanya disebarkan baik kegembiraan mahupun kesedihan. Banyak klient yang hairan dan pelik, kenapa saya sering menyuruh mereka makan coklat hitam selama seminggu selepas sesi rawatan bersama saya. Inilah alasan saya sebenarnya, kerana coklat hitam mempunyai enzim L-Tryptophan, yang akan ditukar kepada serotonin untuk kebahagiaan dirinya sendiri.

Cuba tanyakan pada anak-anak gadis yang sering kerasukkan, Ini adalah soalan trick yang saya pelajari terus dari GM Umar Paranorms ketika menginterogasi klient untuk mengenalpasti "jenis" jin yang ada dalam badan mereka. Hehehehe .

"Adik/kakak/makcik selalu mengalami masalah gastrik kan? perut selalu jadi keras? Terasa mahu muntah, tapi tiada apa-apa yang keluar dari perut? Ahh, ada jin itu tandanya. Hahahahaha. Sesi seterusnya disambung dengan kaedah psykologi untuk "membuka" benteng pertahanan mentalnya supaya dia melepaskan ikatan emosional yang dipendam jauh di dalam sudut hati, sehingga menjadi penyakit mental dan fizikal.

Melatonin dan Serotonin juga adalah JIN TERKUAT yang susah untuk disembelih, kerana gabungan mereka bedua ini, andai si pesakit atau perawat mengalami GANGGUAN KEKURANGAN entiti ini, akan menjadikan mereka sukar disembuhkan, bahkan akan berlaku denial, penolakkan akibat ego dan sistem mekanisma pertahanan yang cuba "menyelamatkan" tubuh dengan membuatkan penderitanya "Menghindari" orang lain dan bersangka-sangka bahawa dirinya tidak sakit, tetapi diserang oleh jin atau bomoh yang cemburu kepadanya.

Been there, done that, living with it. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini sendiri. Semua benda yang dibuat tidak kena, semua aktiviti yang dibuat jadi salah, semua kerja yang dilakukan terasa seolah-olah menyiksa diri sendiri. Sampai satu tahap menangis tersedu sendiri-sendiri depan laptop dan PC, konon terasa-rasa roh kita sedang dibawa lari oleh jin di satu tempat sunyi yang tersembunyi, padahalnya.........Hehehhe.

Cara terbaik untuk menghalau dan memusnahkan jin ini, adalah dengan melakukan aktiviti berikut supaya berlaku peningkatan hormon Melatonin dan Serotonin dalam badan.
- Senaman
- Menjalankan riadah dan aktiviti luar
- Banyakkan ketawa.
- Banyakkan mengambil makanan anti-oksida (Coklat Black Forest paling bagus)
- Memperbanyakkan aktiviti yang meningkatkan adrenalin dalam tubuh.

Buat adik-adik diluar sana yang sering dirasuk jin, saya sangat galakkan memakan coklat hitam sebagai alternatif andai tidak dapat melakukan aktiviti riadah dan senaman sementara waktu.

ADRENALIN
Jin kedua yang paling penting dalam badan. Hormon ini bertindak mengaktifkan sistem Fight-Or-Flight dalam badan, iaitu sistem mekanisma pertahanan yang membuatkan kita berlawan atau lari bagi memanjangkan zuriat di bumi ini. Hormon ini juga adalah kawan baik bagi kedua-dua hormon diatas. Hormon ini walaubagaimanapun, haruslah seimbang kerana ia akan membuatkan badan kita bekerja secara terus menerus tanpa rehat jika ia berlebihan muncul dalam sel badan. Apalagi jika membabitkan aktiviti otak, yang membuatkan seseorang berfikir secara berlebihan tanpa rehat sehingga menjadikan ia sakit mental, terkena serangan jantung, berlaku kekejangan otot dan sawan.

Pernah lihat satu kaedah yang menepuk-nepuk bahu atau belakang badan seseorang, yang tiba-tiba menyebabkan dia kerasukkan atau mengalamiperasaan seakan-akan wujud "sesuatu dalam badannya?
Ada satu kaedah HACK di mana, dengan melakukan aksi diatas, akan menstimulasi saraf di perut yang menghasilkan hormon adrenalin secara drastik, di mana si klient akan merasa-rasa sensasi pada tubuh yang membuatkan ia berpeluh-peluh, terasa ada benda berjalan-jalan dalam kulit, tulang belakang atau tubuh, atau telapak tangan dan kaki mejadi sejuk, perut terasa memulas-mulas, fikiran tiba-tiba menjalar ke sana kemari, dan bila di"aktif"kan dengan arahan-arahan dari sugesti tertentu, maka si klient dengan mudah akan histeria kerana ketakutan melampau hasil dari sugesti itu.

Eksperimen ini sudah kami lakukan berulangkali, dengan hanya menepuk-nepuk, atau memukul belakang klient dengan kayu secara lembut atau pada skala kesakitan tertentu, SARAF TERTENTU yang bersambung dengan kelenjar adrenal secara drastik akan memperbanyak pengeluaran hormon adrenalin. Kerana klient ketika itu tidak bergerak, dan dalam kondisi rileks, maka sensasi hasil dari pengeluaran adrenallin akan memberikan kesan yang menakutkan kerana dia tidak pernah mengalaminya selama ini.

Berbeza jika dia memang sedang melakukan senaman, kerana stimulasi ini sudah diset dengan arahan mental untuk melakukan sprinting lompat kijang bergalah 500 meter tanpa henti. Jika dalam keadaan duduk, mentalnya tidak tahu apa yang harus dibuat, maka elemen sugesti dan arahan vokal dari si tukang "urut" tadi lah yang menjadi pedoman bagi dirinya sebagai jurupandu.

Apalagi jika dalam kaedah itu ditambah dengan elemen agama, yang mebuatkan si klient merasa TAKUT dan BERDOSA untuk mengingkari segala arahannya, maka semakin mudah ia terikut dengan elemen sugesti yang ditambah pada kaedah ini.
Secara DASARNYA, tiada apa-apa yang salah pada kaedah ini. Kerana untuk pesakit tertentu, ada kaedah stimuli yang perlu dilakukan keatasnya jika dia memang mengalami sumbatan pada urat tubuh yang memerlukan usaha fizikal. Cuuumaaa, menyapu rata dan mendoktirnkan klient dengan kefahaman bahawa sakitnya itu berpunca dari jin padahalnya bukan, agak terlalu tipikal dan mainstream, kerana pesakit akan kekal terperangkap tidak mahu berubah-ubah mentalitinya dan terus jumud.

DOPAMIN
Hormon ini hampir sama seperti melatonin, cuma ia lebih emfasis pada kesedapan yang berulang-ulang. Seperti aktiviti seks, inginkan makanan tertentu, membuatkan kita jatuh cinta, dan lain-lain yang berulang-ulang. Makin hari makin sayang istilahnya. Hahaha. Tidak banyak yang dapat diperkatakan, melainkan ia adalah hormon yang menyebabkan kita merasa enak, nyaman dan mempunyai kemahuan untuk merasa sesuatu.

Gangguan padanya akan menyebabkan kita ketagihan, atau kehilangan nafsu. Biasanya kes yang melibatkan gila seks, gila harta, gila duit, gilakan dunia dan isi-isinya jika ia wujud berlebihan dalam badan, ataupun terasa cepat bosan. Bosan bosan bosan dan bosan berterusan yang menyebabkan anak muda terjerumus dalam dunia emo, atau aktiviti narkotik untuk mendapatkan dopamin berterusan yang biasanya didapati dari pengambilan bahan terlarang.

Umumnya, kekurangan Dopamin akan memicu kes-kes histeria yang biasanya terjadi di asrama-asrama berdekatan. Pemicunya adalah disebabkan tekanan yang keterlaluan, paksaan melampau, kawalan ketat berterusan, dan aktiviti protokol yang terlampau kosong bercirikan komunis agama. Dalam sesetengah kes, aktiviti histeria beramai-ramai akan membuatkan si klient merasa dirinya mendapat perhatian (Tanpa sedar), dan disebabkan ini, diantara 100 pelajar yang kerasukkan, hanya 1-2 saja pelajar yang benar-benar kerasukkan ada jin dalamnnya.

Bagaimana caranya kami mahu menguruskan kes histeria beramai-ramai sebegini? Dipersilakan sesama kita mengadakan sesi silaturrahim untuk bertukar-tukar idea dan pendapat, kerana agak tidak sesuai untuk dikongsikan di sini atas berbagai sebab yang tidak dapat dijelaskan.

KORTISOL
Hormon stress yang menyebabkan anda jadi, mmmm stress. Ahahaha. Namun bukan semestinya dalam konteks buruk. Hormon ini berkawan rapat dengan Dopamin, untuk menggerakkan tubuh dan fikiran supaya mencari "KESEDAPAN" dalam hidup. Ia berguna dalam proses membuang stress itu sendiri, melalui istilah Fight fire with fire.
Hormon inilah yang akan membuatkan anda rajin mendatangi Perawat atau farmasi berulang-ulang untuk meminta "Perhatian" dari segi emosional, dan ia juga membuatkan anda rasa bahagia "menyakitkan" diri anda dalam gym dan kelas balet dengan tujuan yang sama.
Inilah yang sering membuatkan kanak-kanak sering kencing malam, suka bercakap sendiri-sendiri, atau tantrum berlebihan selain disebabkan masalah psikologi.

OXYTOSIN
Peluklah I tanda sayang~!!!. Demikian kata saya dalam hati, sambil duduk seorang diri minum kopi di hujung minggu, depan laptop tanpa teman. Wuahahahaha.Inilah sebenarnya hormon CINTA KASIH yang sangat diperlukan oleh manusia, baik melalui hubungan pasangan ataupun kekeluargaan. Anak anda sering kerasukkan di asrama? Adakah dia kekurangan pelukkan, dari boifrennya kah, atau dari anda sebagai ibubapanya kah? Hahaha.For both cases, sentuhan atau ekspersi rasa kasih dari seseorang adalah sangat-sangat penting dalam melihat adakah anak anda atau klient anda berada di tahap kegembiraan yang optimum. Adakah masalahnya disebabkan jin yang merogolnya tiap malam, ataukah sebenarnya dia sedang "Meminta" kasih sayang secara psikologinya melalui mimpi dan gangguan yang dialami.

ESTROGEN, PROGESTERON, TESTOSTERON
Kanak-kanak yang belum akhil baligh, sangat sangat sangaaat jarang bermimpi atau kononnya dirogol jin. Bukan kerana mereka tidak membuang tuala wanita atau rambut yang berkumpul di lubang singki, tetapi kerana mereka belum ada craving dari sudut seksual.
Dan andainya ada kanak-kanak yang bermimpi berulang kali akan hal demikian, ada dua senario kemunginan yang terjadi.

Pertama- Anda melakukan aktiviti malam Jumaat terlalu awal atau terlalu terbuka.

Kedua- Anak anda mengalami gangguan seksual tanpa anda sedari.

Banyak kes dirogol jin yang kami handle, sebenarnya adalah disebabkan sex drive yang selama ini tersembunyi, dikeluarkan oleh tubuh secara cryptic, melalui mimpi-mimpi, perasaan-perasaan ghairah yang timbul tiba-tiba, suka dibelai, suka perhatian dari lawan sejenis, diakibatkan oleh anggapan masyarakat bahawa SEKS itu adalah satu aktiviti hina, jijik dan kotor. Dan kerana hal ini DISAPU RATA sebagai satu jalan utama cara kerja Syaitan menyesatkan manusia, maka minda bawah sedar pesakit merasakan bahawa dirinya sedang "Dicabul" oleh satu kuasa halus yang cuba mempengaruhi dirinya.

Perasaan bernafsu itu bagus sebenarnya, cuma cara melempiaskannya itu yang ada berbagai cabang. Disebabkan DOGMA masyarakat zaman sekarang lebih mengutamakan sekolah, kerja, sijil, dan kekangan masa untuk BERJAYA dahulu barulah berkahwin, ditambah dengan ibubapa yang sentiasa sibuk, maka banyak anak-anak yang terbiar tanpa kasih sayang, tersalah-sangka kan seks sebagai satu simbol cinta yang memberi ketagihan, sampai histeria-histeria.

Sedikit bonus mengenai estrogen pada wanita, gangguan kronik pada hormon ini juga lah yang akan membuatkan para wanita mengalami masalah yang dipanggil MEROYAN, atau istilah orang Labuan, Be-Uri.
Inilah yang paling ditakuti oleh lelaki bujang dan berkahwin pada wanita yang mengalami masalah ini. Pesakit akan mengalami mood swing yang membuatkan dia seolah-olah dirasuk oleh berbagai jenis Jin dan kembaran wali songo.
Sebagai perawat yang profesional, usah membuang masa bertengkar dengan pesakit yang mengalami berbagai-bagai watak jin dan wali yang muncul pada dirinya, KECUALI anda sedang membuat adegan dramatik dan psykologi bonding kepada keluarga pesakit.

PEPTID / GHRELIN
Hormon yang betanggung jawab mengawal rasa LAPAR dan KENYANG. Anda mempunyai klient yang mengadu dia sering lapar, tetapi tidak mahu gemuk-gemuk dan menyangka-nyangka dirinya ada SAKA, setelah membaca dan mencuba kaedah mengenal Jin dalam internet?
Atau dia memang sedia gemuk (Macam saya) balik-balik makan banyak tetapi tidak pernah kena darah tinggi malahan dituduh memelihara saka?

Seperti yang saya rasakan ketika ini, bahawa kisah-kisah seram yang saya baca dari berbagai koleksi buku seram di almari rumah, ternyata jauh berbeza 200% dari situasi rawatan sebenar. Sebelum saya mendapatkan kaedah "3 Law of Saka Management" dari guru saya, saya sering bertanyakan pola makan klient yang merasa dirinya ada saka, baik saka betul atau saka palsu. Namun kini tidak perlu lagi, cukup dengan mengenalkan Kopi Mineral, Madu Lebah, atau mengambil suplemen tertentu, masalah pola makan klient kini tidak lagi menjadi masalah buat dirinya.

Walaubagaimanapun, sesi MENCABUT SAKA akan tetap dijalankan untuk melepaskan ikatan mentalnya dengan saka ori dan saka virtualnya juga.
Ingin tahu tentang saka, silakan klik link ini.

INSULIN
Pernah menghadapi klient yang balik-balik pengsan, yang kerjanya 10 kali sehari pengsan saja? Naaah itu tidak semestinya disebabkan dia terkena sihir tiap-tiap minggu dari bomoh atau dukun berhampiran. Insulin adalah hormon yang bertanggunjawab mengawal kandungan tenaga dalam darah. Dalam kes ini, pesakit yang lemah semangat biasanya mengalami gangguan insulin dalam badan. Sebarang spike (Renjatan emosi) dalam kandungan insulin dalam darah, ketika terkejut akan mebuatkan sistem badan terhenti seketika yang membuatkan mangsa kejutan itu pengsan.

Amalkan memakan makanan yang tinggi protein untuk mengawal masalah ini dari berpanjangan. Dan pelajarilah ilmu psikologi, atau masuklah ke gym untuk meningkatkan tahap insulin dalam badan supaya anda tidak perlu lagi pengsan ketika menerima SUGESTI yang menakutkan dari kisah seram, kata-kata jiran, atau bahan bacaan dari internet.
Sekian mengenai hormon secara ringkasnya.

Sedikit hal lagi mengenai gangguan emosi yang sering disalah anggap sebagai gangguan jin, pastikan juga klient tidak mempunyai masalah buah pinggang atau mengambil ubat-ubat tertentu. Ini kerana, dalam banyak kes, gangguan buah pinggang sering menjadi asbab dan dalang utama penampakkan hantu, bayangan jin, dan gangguan emosi.

Ketika buah pinggang terlalu banyak menerima gangguan kimia, ia akan berhenti dari memproses toksik, kotoran dan kimia yang akan menyebabkan HALUSINASI, dan MASALAH MENTAL EMOSI pada pesakit. Sebab itulah sangat-sangat disarankan pada perawat untuk mengamalkan latihan tenaga dalam.

"Lalu bagaimana dengan sihir? Kenapakah saya merasa sakit, sedangkan saya menjaga kesihatan dengan baik dan teratur?" Tanya seorang klient. Seperti yang telah saya tuliskan pada artikel lalu, Di Sini..
SEANDAINYA..Klient atau pesakit anda memang benar-benar disihir atau dirasuk jin, ya cara kerjanya juga tidaklah terlalu berbeza. Kerana ENTITI SIHIR dan JIN itu sendiri adalah seperti gumpalan elektromagnetik Negatif yang menyimpan unsur pelerai kromosom. (Bahasa saintifik kononnya)

Sihir umumnya mempunyai gerak kerja seperti virus sebenar, yang melekat pada tubuh manusia. Memancarkan "arahan-arahan" kepada kod genetik untuk tujuan memusnahkan, merosakkan, atau melemahkan pesakit, bergantung pada harga santet yang dibayar. Jin juga seperti kita ketahui, mempunyai unsur sama seperti Kuman, virus dan bakteria yang sama-sama dikenali sebagai "Makhluk Halus"

Malah tidak keberatan juga, JIKA saya katakan bahawa istilah KUMAN pada zaman dahulu belum wujud, maka Al-Quran menggunakan perkataan Syaitan secara jamak untuk menyatakan wujudnya makhluk perosak yang mampu membuatkan manusia itu sakit, kerana ia juga berjalan di dalam badan anak adam seperti (Bersama) darah.

Well, zaman itu istilah WIFI, Bluetooth dan Internet juga belum ada kan? Tolong jangan kecam saya. Dan anda bebas mempertahankan pendapat anda sendiri mengenai Jin dan Syaitan, kerana ini hanya sekadar pendapat saya sendiri yang kurang ilmu agama.

Pengalaman saya sendiri dan ramai lagi krew QIWC menguruskan berbagai kes kerasukkan, dan salah sangka akibat masalah hormon ternyata memberikan impak hebat dalam kefahaman dan membuka mata dalam mengenalpasti masalah klient yang tidak terbatas hanya pada kisah jin dan dunia paranormal semata-mata.

Ada klient yang mengalami masalah Gout, namun berkeras minta dibuang jin pada kakinya hanya kerana dikatakan kakinya sakit disebabkan ada anak jin melekat dikakinya dilihat oleh seorang alim, peliknya si alim tadi konon tidak mampu membuang jin itu kerana jin itu kuat walaupun sudah dibacakan ayat rukyah berulang kali.

Ada klient yang berpura-pura kerasukkan semata-mata mahukan cuti dari asrama kerana rindu pada ibubapa, atau kerana tekanan akibat dibuli oleh rakan seasrama atau mahu mengelak dari guru gersang yang suka mengambil kesempatan pada anak murid.

Ada klient yang sampai terkena anxiety attack, menderita kerana dikatakan bahawa dirinya disihir oleh teman lelaki, padahalnya hubungan mereka baik-baik saja, kerana tuduhan melulu keatas jin yang konon diinterogasi berdasarkan cerita mulut ketika kerasukkan.

Ada klient sampai dipulaukan satu ofis kerana dituduh sesuka hati oleh jin yang konon menumpang di mejanya kerana menyihir boss, ketika diterawang oleh bomoh order dari Hongkong, padahalnya boss nya sakit jantung disebabkan tiada cuti dan tiada rehat.

Ada klient, yang hanya meminta untuk diberikan sokongan dan konformasi bahawa dirinya itu ada jin, ada sihir dan ada saka, tapi peliknya bila dikatakan tiada saka atau jin pada dirinya, dia merasa kecewa dan sedih pula, malahan benar-benar pula mahukan dirinya ada saka, supaya boleh diubati oleh perawat. Hmmmmmmmmmmmm ganjil sungguh.

Dan banyak lagi kisah pelik-pelik yang lebih pelik dari buku Seram sendiri, yang tidak pernah dijangkau oleh akal kami.
Pendek kata, senang cerita, BUKAN SEMUA masalah yang dihadapi oleh manusia-manusia yang sakit itu disebabkan oleh Jin, malahan fenomena-fenomena yang disangkakan msitik itu juga sudah banyak yang dapat dijelaskan melalui penerangan saintifik sendiri.


Ahh ternyata ilmu manusia itu masih banyak yang terbatas, hanya ilmu Allah sahaja yang tidak mempunyai batas. Kami hanya mampu membantu anda yang bermasalah melalui kefahaman yang juga terbatas, namun Insyaallah akan kami usahakan untuk membantu anda sebaik mungkin atas izin Allah juga.
Jika anda berminat untuk mengikuti kelas rawatan atau mahu menerima terapi dalam menguruskan masalah peribadi anda, dipersilakan klik SINI untuk sebarang info mengenai kaedah kami.

Albert Einstein pernah berkata, "Ada dua benda yang tidak mempunyai batas dan limit, pertama Alam semesta yang semakin berkembang, kedua kebodohan manusia itu sendiri yang sentiasa merasakan hanya dirinya saja yang paling betul.
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat untuk anda, silakanlah mengongsikan artikel ini kepada teman-teman anda yang masih menderita akibat salah faham atas pertuduhan jin. Semoga anda memperolehi pencerahan.

Salam sayang dari kami, dan salam perkenalan dari saya Master Cupi dari Wilayah Persekutuan Labuan.

~ From QI with Love.

1 comment:

  1. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...