Salam Cinta dan Kasih setulus hati :)
Anda tahu sahabat?
Cinta adalah alasan teragung Tuhan menciptakan alam semesta ini dan seluruh isinya. Kerana cintanya Tuhan terhadap sifat-sifatNya yang Maha Sempurna, maka Dia menzahirkan alam sebagai pantulan sifat-sifatNya. Oleh kerana itu, jika kita melihat alam dengan pandangan mata hati, akan terlihat jelas lah sifat-sifatNya.
Sayangnya, kita hanya selalu melihat menggunakan kedua mata kasar ini sehingga gagal melihat sifat-sifatNya yang begitu indah sempurna.
CintaNya meliputi seluruh ciptaanNya. Seluruh alam ini adalah jejak-jejak cintaNya. Ke mana pun anda menghadapkan wajah, hati, fikiran atau perhatian, di sana ada jejak-jejak cintaNya.
Ini memberikan pengertian bahawa...... Energi cinta kasih itu meliputi segala-galanya, menyelimuti segala-galanya, menguasai segala-galanya! Energi cinta kasih itu mengungguli dan melebihi segala energy!
Dalam ilmu Energi, seperti mana selalu saya katakan kepada para pelajar di dalam kelas-kelas bahawa, pusat energi cinta kasih manusia pusatnya di Cakra Jantung. Lebih tinggi lagi pusat energi cinta kasih ilahi di Cakra Mahkota.
Pusat tenaga ini menggetarkan energy cinta yang begitu halus. Sesiapa yang terbuka baik dan besar Cakra Jantungnya, akan sangat halus dan sensitif perasaanya, sangat mudah untuk merasa simpati terhadap orang lain, lembut hatinya, mudah melihat kebaikan di mana-mana.
Medan auranya besar, energinya memancar dengan frekuensi yang sangat tinggi dan halus. Dirinya menjadi sangat manusiawi, perasaanya sentiasa damai, tidak lagi mudah dipengaruhi emosi-emosi yang menyusahkan.
Ok.... Jadi apa kebaikannya energy cinta kasih? Di mana ajaibnya???
Kemampuan mengakses ke frekuensi energy cinta kasih, akan membuat seseorang terhubung secara 'transcendence' kepada seluruh isi alam ini. Umpanya begini... Ketika memasukkan jari telunjuk anda ke dalam air laut di tepi pantai, maka anda telah terhubung dengan seluruh ikan-ikan dan semua makhluk di seluruh lautan kerana seluruh air lautan itu terhubung tanpa putus dan meliputi semua kehidupan di dalamnya.
Cuma... Pada level fizikal seperti itu, tiada apa yang boleh membuat anda mempengaruhi lautan dan isinya.
Akan tetapi.... Pada level energy, getaran, vibrasi, anda mempengaruhi segalanya!
Kalau air laut tadi, ia menghubungkan anda, air lautan dan semua kehidupan di dalamnya secara fizikal, maka energy, getaran dan vibrasi pula menghubungkan anda dengan lebih dalam dan sangat erat kepada seluruh isi alam.
Hubungan seperti ini akan dapat anda rasai ketika anda berada pada level meditasi yang dalam. Pernah merasakan perkara ni? Hehe mudah-mudahan sudah pernah....
Energi cinta kasih adalah rahsia untuk hidup lebih ajaib!
Pancarkanlah energy cinta kasih tulus dari hati anda kepada semua makhluk di sekeliling anda. Rutinlah menyalurkan energy cinta kasih kepada semua makhluk di seluruh alam.
Amalan ini akan membuat energi anda akrab dan mesra dengan semua makhluk. Orang lain atau makhluk lain akan merasa kenal dengan anda, akan berbuat baik kepada anda, akan melayan anda sebaik-baiknya. Kenapa ya? Kerana minda bawah sedar setiap orang saling terhubung di satu dimensi yang lebih tinggi yang dikenali dengan Universal Mind. Setiap minda orang ada 'connection' ke sini. Oleh kerana anda sering mengakses dimensi ini dan menyalurkan energi cinta kasih, maka anda menjadi 'dikenali' oleh naluri-naluri orang lain... Macam merepek ya bunyinya? Tidak percaya juga tak mengapa hehe
Apa lagi?
Sering saya sentuh perkara ini samada di tulisan-tulisan saya di blog ini apatah lagi di kelas-kelas Aura yang saya adakan, iaitu... Orang-orang yang selalu memancarkan energi cinta kasih akan berada di satu level yang 'untouchable' kepada sihir-sihir, black magic, pelet, santet, pugai, santau dan sekelasnya.
Apakah saya tidak percaya sihir? Hahaa... Mana mungkin saya tidak percaya, sedangkan itu bahagian daripada kajian bahkan hal yang saya hadapi selalu ketika melakukan rawatan kepada pesakit-pesakit saya.
Sihir itu wujud! Benar ada orang-orang yang mampu memanipulasi energi untuk tujuan-tujuan mengambil keutungan daripada kerugian orang lain!
Tetapi...... Alam ini ada sistem. Apa sistem yang terkain dalam perkara ini?
Iaitu......................
Frekuensi yang tinggi menguasai frekuensi yang rendah. Sebaliknya, frekuensi yang rendah tidak mampu menyentuh frekuensi yang tinggi.
Sihir, santet, santau, pelet, pugai dan sekelasnya berada pada level frekuensi yang rendah. Setara dengan frekuensi marah, takut, kecewa, hasrat berlebihan, egois, malu dan lain-lain getaran energi yang dikategorikan oleh Dr. David R. Hawkins sebagai getaran energi frekuensi rendah dalam kumpulan Force.
Manakala getaran energi yang beliau kategorikan sebagai getaran energi frekuensi tinggi dalam kumpulan Power seperti berani, yakin, optimis dan yang lebih super lagi seperti syukur, gembira dan cinta kasih. Makanya saya katakan di atas bahawa, orang-orang yang konsisten begetar di frekuensi energi cinta kasih, yang hatinya selalu memancarkan energi cinta kasih, adalah orang-orang yang 'untouchable' oleh getaran sihir dan golongannya.
Malah... Jiwa-jiwa yang penuh cinta kasih tidak tersentuh oleh kesengsaraan, kesedihan dan kemelaratan. Kenapa? Kerana energi cinta kasih adalah magnet yang menarik macam-macam rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.
Energi Cinta Kasih adalah pemberian paling besar dan mulia yang boleh anda bahagikan kepada sesama makhluk. Energi cinta kasih yang anda bahagikan akan meringankan beban-beban karma anda, memudahkan evolusi kesedaran spiritual anda.
Mari kita belajar beberapa Teknik Energi Cinta Kasih:
1. Memancarkan Energi Cinta Kasih
"Saya sedang memancarkan energi cinta kasih dari dasar hati saya yang terdalam dengan sepenuh ketulusan kepada semua makhluk di seluruh alam semesta. Terjadilah atas izin dan kuasa Allah/Tuhan semesta alam".
Hanya perlu ucapkan dengan tenang dan santai, lalu lakukan aktiviti anda seperti biasa. Ulang setiap kali ada kesempatan.
2. Menyalurkan Energi Cinta Kasih
Dalam keadaan duduk dengan tenang dan santai, Tapak tangan letak di atas paha menghadap ke atas siap menyalurkan energi,
Atau,
Posisi berbaring terlentang dengan tenang dan santai, kedua tangan di sisi badan, tapak tangan menghadap ke atas.
Ucapkan afirmasi ini,
"Saya sedang menyalurkan energi cinta kasih yang paling tulus dan luhur dari dasar hati saya yang terdalam kepada semua makhluk di alam semesta, khusus untuk kedua orang tua saya sehingga ke leluhur/moyang saya yang paling awal, semua ahli keluarga, orang-orang yang saya kasihi dan semua makhluk tuhan di alam ini. Berbahagialah semuanya. Terjadilah atas izind dan kuasa Allah/Tuhan semesta alam"
Lakukan selalu....
Biar aura anda bersinar cerah cemerlang. Seperti juga kehidupan anda, semakin baik dan semakin membaik, bahagia, sihat, sejahtera, makmur dan harmoni.
Salam kasih saying tulus dari dasar hati.
~ from Qi with Love
No comments:
Post a Comment