Salam sejahtera yang penuh cinta kasih kepada anda semua.
What if I told you.....Hehehe.
Dalam banyak-banyak topik yang sering ditanya, dibincang dan diusahakan, terutamanya dari teman-teman seangkatan yang kental dengan ilmu-ilmu berbaur nusantara, ternyata topik yang berkaitan dengan orgone, psionic, dan tachyon menimbulkan reaksi pelbagai.
Walaupun sama-sama berkecimpung dalam dunia "GHAIB", ilmu yang membabitkan nama "orang putih" ternyata dipandang ringan atau dianggap berbahaya untuk diamalkan oleh orang nusantara.
Biasanya, ilmu yang bukan dari kawasan setempat ini dianggap tercemar.
Tidak efektif dan tidak hebat, tetapi ironiknya akan dituduh memiliki jin.
Menyesatkan, dan terlalu fantasi. Hehehe
Itu adalah statement jujur yang saya terima dari orang yang sudah balik-balik berurusan dengan alam jin.
Tidak apa, seperti yang kita ketahui.
ALAM SEMESTA AKAN SENTIASA MENYEMBUNYIKAN ILMUNYA, DAN HANYA LAYAK DITERIMA OLEH ORANG YANG BERJODOH DENGAN SALURANNYA.
Sangat-sangat difahami dan tiada paksaan untuk mana-mana pihak untuk menerima kefahaman ilmu yang bukan levelnya atau belum sampai rezekinya.
Sebenarnya, tidaklah jauh berbeza kefahaman ilmu nusantara, dengan ilmu ghaib kajian barat. Walaupun sebutan dan kefahaman itu berbeza, tapi bila ditelusuri, di perhalusi dan dikaji dengan ikhlas, akan kita dapati bahawa kedua-duanya juga menggunakan daya kerja dari prinsip yang sama.
Energy----Frekuensi-----Vibrasi
Orgone, Tahcyon, Psionic.....
Adalah tiga jenis bahan asas yang diperlukan dalam proses "mengubah situasi", samada untuk kesembuhan, membuang energy negatif, menjauhkan musuh, dinding diri, pemanis, dan lain-lain.
Orgone umumnya didapati dalam bentuk peket dan ready to go. Biasa dipanggil azimat oleh orang kita. Orang barat biasa menggunakan kristal, magnet, aksesori buatan sendiri yang biasanya dicampur dengan silikon dan tembaga, atau benda-benda bertuah.
Orang nusantara biasanya membawa bungkusan kuning, yasin kecil, salib kecil, patung buddha mini, atau cincin yang dimaharkan.
Ia ditujukan khas kepada diri si pemakai dan bukan untuk tujuan perubatan alternatif.
Tachyon umumnya didapati dalam bentuk consumable, dan non-consumable. Tanpa kita sedari, sebenarnya semua penapis air yang menggunakan jenama "Bio-aura" sebenarnya adalah tachyon. Hanya perlu diaktifkan elemen penyembuhannya oleh "Kata-kata" yang mengandungi niat atau doa yang baik sahaja lagi untuk dimanfaatkan untuk tubuh badan.
Air yasin, holly water, blessed water, sirih pengantin, nasi kangkang dan keris, adalah contoh tachyon yang biasa digunakan dalam proses mengubah hati atau taraf kesihatan seseorang.
Psionic pula, melingkungi skop yang lebih luas dan besar. Biasanya untuk kegunaan bisnes, rezeki, dan keharmonian.
Gambar wali songo, mandala, ayat suci yang digantung, gambar holly trinity, poster sandal Nabi, dan poster pemuka agama masing-masing, adalah contoh psionic ringkas, yang berfungsi meningkatkan keyakinan, kepercayaan, kekuatan ajaib atau placebo effect.
Contoh psionic dari barat, sebenarnya lebih merangkumi kajian rocket science dan quantum fizik. Loket skalar, dan sticker bio-energy adalah jenis azimat moden, yang dicipta dari stiker nano-bioteknologi.
(Dan sayangnya, kini banyak terjual secara PALSU.
Stiker sebenar dan yang palsu tidak dapat dibezakan secara fizikal dari mata kasar, kerana zahirnya dilihat sama. Dan hanya boleh diuji melalui makmal X-ray yang berkaitan dengan teknologi quantum sahaja.)
Dan kita biasanya selalu mendengar teknologi-teknologi propaganda yang selalu keluar pada blog, wayang, dan cerita jiran kan?
What if I say again......Heheheh.
Half of the technology yang memancarkan sinaran dan gelombang yang digunakan untuk mengawal minda manusia, atau bahan kimia yang digunakan oleh sesetengah pengilang supaya mengubah DNA manusia secara perlahan-lahan menjadi hamba konsumerisme, memang wujud dan sudah lama digunakan sebelum era perang dunia kedua lagi?
Hahahaha kita tidak mahu menulis apa-apa mengenai propaganda di sini. Cukup untuk menerangkan bahawa...
JIKA ORANG JAHAT BOLEH MEMPERGUNAKAN ILMU SEBEGINI UNTUK BERBUAT KEJAHATAN, KENAPA ORANG YANG BAIK, TIDAK MAHU MENGGUNAKAN DAN MEMPELAJARINYA UNTUK MELAKUKAN KEBAIKKAN PULA?
Adakah kita masih selesa suka dan gembira untuk menjadi mangsa kejahatan orang, sedangkan anda sendiri lalai untuk mempelajari ilmu yang mendatangkan kebaikkan bagi diri, keluarga, rakan dan kenalan?
Jika anda masih was-was dan tertanya-tanya adakah anda boleh mempelajari ilmu energy dan aura yang membawa kepada kebaikkan, anda boleh merujuk kepada tulisan sini untuk menjawap persoalan anda..
http://www.paranormsmagic.com/2016/04/adakah-semua-orang-dapat-mempelajari.html
Asasnya, semua ilmu adalah BAIK, hanya manusia yang mewarnakannya dengan budaya setempat dan perilakunya sendiri dalam pengamalan sebarang ilmu.
You are the man behind the gun, you are the one who wield the sword.
Seorang polis dan penyamun pasti berbeza kan, walaupun keduanya memegang pistol?
Tukang jual daging di pasar dan pembunuh pasti berbeza kan, walaupun keduanya sama-sama pegang pisau?
Kalau semua yang berbaur keilmuan dianggap jahat hanya kerana ia berbunyi menakutkan, rasanya agak salah dan keterlaluan jika kita menyama-ratakan semua pemandu di jalan raya adalah pembunuh hanya kerana mendengar cerita kelmarin ada kereta Ferarri melanggar lari orang di jalan.
Ada yang bertanya, kalau semua ilmu boleh diguna secara saksama dengan berbekalkan kefahamaman bahawa semuanya berasal dari Allah, lalu mana yang lebih hebat untuk digunakan untuk diri atau klient?
Hakikatnya, tiada mana-mana kaedah yang lebih melebihi diantara satu dengan yang lain.
Semuanya dipengaruhi oleh kondisi psikology, kepercayaan, keyakinan, passion dan berapa besar pengaruh ketakjuban atau keikhlasan yang muncul dari dalam diri seseorang ketika dia memberikan perhatian terhadap amalan atau servis yang dilakukan.
Disebabkan klient di Qalam Ilahi datang dari berbagai jenis kaum, agama, dan negara, maka skop dan jenis rawatan juga terpaksa dipelbagaikan kerana setiap manusia itu mempunyai kepercayaan yang beragam bentuknya, tanpa perlu mengganggu sistem kepercayaan agama masing-masing.
Pada penulisan lalu, yang ditulis oleh guru saya (Saya adalah wakil yang dilantik untuk berkongsi ilmu di blog ini) di pautan ini....
http://www.paranormsmagic.com/2015/10/bermain-frekuensi-energi.html
Kami sudah mencuba beberapa kajian rawak kepada target-target tertentu, dan kini sudah ada beberapa pihak yang meminta servis ini secara rasmi, berdasarkan hasil yang sukses berpandukan "Situasi" yang terjadi diakhir ujian.
(Kesan dan sukses adalah sepenuhnya terjadi diatas kejadian alam semulajadi, berdasarkan situasi tanpa disangka yang dianggap kebetulan oleh orang kebanyakkan)
Antara kes yang dikaji adalah....
1- Target di "tanam"kan dengan konfigurasi psionic tanpa diketahuinya.
Beliau adalah seorang yang mengalami masalah hutang dengan along, dan kerap meminta-minta dari jiran untuk meneruskan hidup.
Hajat yang ditanam adalah, keselamatan, memilki wibawa, wajah mengeluarkan pesona, rezeki bertambah dan kehormatan.
efek terjadi dalam tempoh masa 3 minggu, dan dari khabar temannya, mengatakan beliau tiba-tiba sahaja dikasihani, sering diberikan makanan, malah disegani tanpa sebab yang jelas. Berkenaan duit, walaupun maslaah hutangnya tidak selesai, tetapi menurut temannya, orang sering menghulur duit kepadanya, dan bos juga sudah jarang memarahi dia, sedangkan teman sekerja yang lain masih menerima makian yang sama dari bos.
Kerana "Diberikan" susunan psionik tanpa pengetahuannya, dan tanpa melalui kesedaran dan keinginan sendiri untuk berjaya, beliau tiba-tiba sahaja naik kepala, malah berani mengugut orang lain supaya memberikan duit kepadanya pula. Dan kawan-kawannya menyangka dia mengamalkan ilmu penunduk kerana along-along dan pemiutang yang menuntut hutang darinya pasti akan dapat masalah yang membuatkan dia sempat lari, walaupun sudah dikepung, dan ada yang tiba-tiba memaafkan dia konon kasihan, dan ada pula yang terpaksa main kirim pesan dari kawan kepada kawan kerana takut melihat wajahnya.
Setelah ujian sukses, melihat kesan psionik ini, dan melihat betapa durjana dirinya tidak mahu bersyukur atas bantuan Tuhan yang tidak disangka-sangka malah semakin sombong dan takbur, maka konfigurasi ini "dipecahkan" lalu kembalilah seluruh kesedarannya kepada level asal dirinya.
P/S- Kerana dia sendiri tiada unsur kesedaran untuk meningkatkan tahap spiritual, kebaikkan, dan menyebarkan kebaikan, maka psionik ini tidak memberikan manfaat yang kekal dan optimum untuk dirinya.
2- Ada satu kes, melibatkan kecurian kereta, dan diminta sendiri oleh keluarga mangsa untuk mendapatkan semula kereta itu, tanpa pengetahuan mangsa sendiri, (Kes ini melibatkan karma, kifarah, dan keras kepala dari mangsa sendiri yang tidak mahu kalah ego)
Dipendekkan cerita, bermula dari sebiji kereta yang hilang, 9 bulan kemudian hasil dari persetujuan bersama untuk membuat psionik dan amalan tertentu, dia kini mendapat 3 buah kereta baru semula, yang lebih baik dari kereta yang hilang.
Bermula dari mendapatkan kereta second-hand pertama, ditambah lagi dengan second-hand kedua, dan diakhiri dengan sebuah kereta baru, sembilan bulan selepas itu, ketiga-tiganya pada tahun yang sama.
4 Bulan selepas membeli kereta baru, keretanya yang dicuri itu dijumpai semula, dan kerana insurannya sudah diklaim, maka terpaksalah ia dijual pada bengkel untuk dijadikan kereta mengangkat sayur. Hahahah
Alhamdulillah TRUE STORY. (Hanya part angkat sayur saja ditokok tambah)
Dalam pembikinan psionik kes kedua ini, si klient sudah bersedia pasrah dan ikhlas menerima masalah yang terjadi, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Tuhan untuk usahanya dari berbagai sudut.
Ada beberapa lagi kes major yang terlalu rahsia dan memerlukan kefahaman khusus untuk memahami gerak kerja psionik ini tanpa membabitkan pemujaan jin, perjanjian dengan syaitan atau membelakangkan ibadah agama.
Kesimpulannya, tidak kira apa jenis ilmu, dari mana datangnya, siapa pun gurunya, semuanya HANYA BERGUNA JIKA SITUASI DAN KEPERLUANNYA SESUAI MENGIKUT KEADAAN.
Dan di dalam proses membantu sesama manusia, banyak laluan, cabang dan proses yang pelbagai untuk membantu menyelesaikan masalah tanpa perlu stuck dan kekal pada satu pendapat semata-mata.
Sekian, sampai sini saja dulu isi tulisan kali ini. Insyaallah akan banyak lagi kisah yang akan dikongsikan nanti. Jika anda rasakan artikel ini mendatangkan manfaat atau menjawap persoalan anda, maka silakan share dan ceritakan kepada jiran dan makcik anda agar ia berguna.
Salam cinta kasih dari tulus dari dasar hati yang terdalam.
~ From QI With Love
No comments:
Post a Comment