Your Magic Blog: Apa yang perawat perlu lakukan ketika disihir?

Saturday, 23 April 2016

Apa yang perawat perlu lakukan ketika disihir?


Semoga semua anda berbahagia hari ini, dimurahkan rezeki dipanjangkan umur. Artikel kali ini saya ingin berkongsi sedikit kisah mengenai apa yang perawat biasa lakukan ketka berhadapan dengan sihir yang dikirim. Isi cerita diambil berdasarkan kisah dan pengalaman dari kefahaman awal ketika kami berjinak-jinak di alam paranormal, dan akan diupdate penjelasannya seiring dengan pertambahan ilmu.

Melangkah masuk ke dalam dunia rawatan, dan berurusan dengan berbagai pesakit mistik, sangat sinonim dan tidak dapat dielakkan lagi dengan berbagai kisah seram, ngeri, dan kiriman sihir dan percubaan ilmu dari berbagai pihak. Ada anggota yang mampu bertahan, ada juga yang mengundurkan diri kerana mahu fokus pada kehidupan biasa sahaja.

Tidak dinafikan dalam dunia rawatan alternatif, memang wujud manusia-manusia yang tidak senang melihat orang lain senang, baik untuk kehidupan biasa, mahupun untuk membantu orang. Dan adalah lumrah bagi seseorang yang mendalami ilmu jenis "panas", untuk mencari-cari mangsa bagi mengasah ketajaman ilmunya.

Dahulu di awal-awal pengamalan ilmu, setiap kali sebelum memulakan apa-apa saja upacara rawatan, perkara utama terlebih dahulu yang dilakukan adalah "memagar diri, rumah, pesakit dan kenderaan". Hehehe. Dulu punya cerita ya.
Dan agak pelik pula, dalam proses membuat pagar itu, akan muncul banyak segala kelibat-kelibat bayangan makhluk halus, kononnya datang bagi menggagalkan proses pemagaran itu.

Tetapi peliknya, walau sudah dipagar, pesakit akan tetap kerasukkan dan melawan. Ya, hehehe peristiwa ini, adalah satu kesukaan dan menjadi thrill bagi semua orang baik perawat mahupun orang biasa. Semakin ganas aksinya melawan, semakin hebat juga dirasakan diri ini, mengeluarkan segala-gala jurus.

Selesai saja rawatan, naaah, tiba lah pula fasa ujian. Ketika ini selagi pesakit atau perawat belum sampai ke rumah masing-masing, maka perawat masih terpaksa berada dalam kondisi alert.  Tipikalnya, seperti di dalam buku cerita seram, kedua-dua pihak akan saling diganggu oleh hantu-hantu yang merasakan energy "kemanisan" yang dikeluarkan oleh pesakit selepas rawatan, dan perawat pula akan dikirimkan santet sebagai balasan kerana mengganggu urusan sang penyihir.


Demi menjawap soalan umum beberapa orang, mengenai apa yang dibuat oleh perawat sekiranya disihir, saya kongsikan di sini berdasarkan kisah gabungan beberapa perawat di Qalam Ilahi Wellness Center sendiri.
(Ini adalah kisah tipikal dari kefahaman era paranormal kami dahulu)

1- Jika yang datang hanyalah sekadar jin suruhan, maka aksi fire mem-fire sahaja tidak cukup. Kerana biasanya yang datang akan lebih ramai dari jin original yang merasuk si pesakit tadi. Maka terpaksalah perawat menggunakan doa "Sembunyi Roh" untuk mengaburkan mata jin dari melihat di mana posisi perawat.
Ini menyukarkan jin untuk meludah, membuang kotoran, dan mengencingi badan perawat, menjadikan mereka hilang arah dan tujuan, tidak berani pulang kepada tuannya bimbang dibunuh jika balik tanpa mencederakan target.

2- Jika yang datang hanyalah jurus, yang berupa hembusan angin jahat, emosi negatif atau tenaga dalam, maka ini agak berat. Kerana perawat sendiri terpaksa berlawan kali kedua, kali ini beradu tenaga ilmu ghaib. Kerana ia memakan tenaga yang banyak, biasanya pemenang ditentukan oleh jurus siapa dahulu yang berjaya menembusi pertahanan ghaib masing-masing.
Andai katalah perawat yang ditembusi, maka dia terpaksa merehatkan diri dari merawat selama beberapa hari.

Kedua contoh di atas adalah senario tipikal dalam dunia ilmu ghaib zaman 70-an yang (Percaya atau tidak) masih dipertahankan oleh orang zaman sekarang.
Cara umum untuk merawat diri sendiri biasanya adalah dengan...

- Mandi di laut sambil meniatkan semua bisa dari jurus tadi ditawarkan oleh garam air laut.

- Mengelakkan diri dari terkena cahaya bulan, kerana bimbang racun jurus atau kotoran yang dilekatkan oleh jin tadi akan hidup semula. Andai tiada bulan, maka mudahlah urusan.

- Berpantang dari makan ayam, atau sebarang daging selama seminggu.

- Melakukan senaman tertentu, seperti gerakkan tenaga dalam atau senaman amalan petua orang dulu.

- Melakukan ritual penyembuhan berdasarkan ilmu masing-masing, seperti memindahkan penyakit ke dalam botol, telur, buah limau, kertas wafak, atau ke dalam tanah.

- Manakala amalan istimewa anggota otai QIWC pula, adalah minum beramai-ramai di warung berdekatan. Pilihan utama adalah 100Plus, Revive, Tongkat ali, Teh tarik, ABC, Laicikang dan lain-lain. (Pilihan minuman bergantung pada citarasa masing-masing)

"Eeeeh, tidak pelik pun tuan?". Ya, sudah tentu lah tidak pelik mana. Biasa-biasa saja kan? Saya sendiri setelah mempelajari ilmu rawatan alternatif, merasa agak "Kecewa" kerana situasi buku, cerita mulut, ekspektasi, dan momokan yang saya dengar selama ini tidak sama langsung dengan apa yang saya alami. Hahaahahah.

Saya sendiri pernah disihir, dikejar-kejar jin dan hantu raya dukun santau, belum campur lagi cubaan-cubaan ilmu melalui gambar media sosial saya yang hensem dijadikan target.
Alhamdulilllahh sehingga kini saya masih mampu hidup aman bahagia tanpa menderita. Apatah lagi setelah memahami KONSEP DAN CARA KERJA SIHIR YANG SEBENAR MELALUI SUDUT ENERGY, maka semakin mudah urusan saya untuk menjalankan kehidupan seharian dan makan dengan enak di mana-mana majlis perkahwinan mahupun warung dengan senang hati.

Saya pecahkan salah SATU rahasia terbesar dalam gerak kerja sihir kepada anda di sini. Jangan terkejut dengan rahsia ini kerana ia sememangnya benar-benar rahsia. Sebenarnya kan....

"SIhir tidak mampu hinggap, menembusi, melekat dan mempengaruhi orang-orang yang mudah ketawa, suka tersenyum, optimistik, relax fikiran dan perasaan, serta pasrah dengan ikhlas dalam kehidupan seharian."


Yaaaaaaaa, itu dia rahsia terbesarnya.
Kerana percayalah sesungguhnya, hanya orang-orang yang menderita, suka berfikiran dan bersangka-sangka buruk, rendah nilai moralnya, mempunyai tekanan kerja dan kehidupan, suka stress, suka marah-marah, suka mencari salah orang lain, suka mengadu-domba, suka lari dari hutang, dan minat memburuk-burukkan orang lain, adalah MAGNET SIHIR yang terbaik untuk jadi mangsa percuma.

Percaya atau tidak, mahu atau tidak, alam sudah semakin berkembang dengan lahirnya berbagai-bagai ilmu penyembuhan yang semakin ADVANCE baik dari segi medikal mahupun alternatif. Apa yang menyusahkan para perawat dan pesakit, hanyalah kefahaman lama, momok-momok cerita, dan doktrin-dokrin para perawat yang taksub dan jumud yang masih lagi gemar membuatkan klient mereka takut untuk mengubah cara fikir dan memiliki kefahaman baru mengenai ilmu mistik.

Sihir adalah satu gelombang tenaga padat, yang umumnya mempunyai gumpalan aura berwarna merah. Yang biasanya dikirim melalui bantuan jin, ataupun mental link yang kuat melalui emosi negatif si mangsa dan peminta, atau pembuat sendiri. Gerak kerja sihir, adalah dengan memblocking chakra-chakra tertentu dalam tubuh yang mengawal aspek penting kehidupan dan kesihatan.
Sihir yang ditanam pula, adalah jenis yang memancarkan "niat" tertentu yang juga sama prinsipnya iaitu menutup chakra dan melunturkan aura tubuh mangsa.
Jenis jurus pula bersifat memecahkan dan memporak perandakan medan energy si mangsa.

Berkenaan sihir yang berkebolehan menanam paku dalam tubuh pesakit, menyimpan kaca, miang rebung, dan membuatkan mangsa muntah darah diiringi katak hidup atau ikan tilapia 3 rasa, juga dapat dijelaskan dari sudut energy. Kaedah ini dinamakan sebagai "Materialisasi", AKAN TETAPI, ilmu sihir jenis ini sudah semakin pupus versinya, kerana untuk mematerialsasikan energy padat sebegini, si pembuat WAJIBLAH mengasingkan dirinya dari dunia luar selama beberapa waktu, bagi MEMFOKUSKAN seluruh pusat fikiran dan tenaga ghaibnya hanya untuk tujuan sihir jenis ini. Makaaaaa, andaikata anda mendengar ada orang yang klaim mampu membuat sihir jenis ini, tetapi dia masih lagi aktif di dalam FB, Twitter, dan Instagram, dipersilakan terajang dia beramai-ramai, kerana dia tidak akan mampu membuat materialisasi sihir akibat kehilangan fokus baik untuk diri sendiri atau klientnya. Dan jika dia mampu pun, sihirnya masih lagi juga dalam bentuk tenaga ghaib yang HANYA merosakkan sistem tubuh mangsa secara perlahan-lahan seperti sihir biasa.

Ada teman yang bertanya kepada saya, bagaimanakah caranya untuk menelakkan jin dari merosakkan dan mencederakan kita? Jawapan saya usah risau. Jin adalah makhluk halus yang sangat-sangat lemah struktur atomnya, malah lebih nipis dari atom angin. ANDAIKATALAH, sekiranya ada seekor yang berjaya menzahirkan dirinya dalam dunia ini, bagi anda yang sudah mempelajari ilmu energy, maka usah segan dan silu untuk menamparnya kembali. Kerana jika ia mampu untuk enzahirkan dirinya, maka anda juga mampu menzahirkan "ENERGY" anda padanya.
Ilmu sihir adalah kategori ilmu yang mempunyai energy kasar. Manakala ilmu energy pula memiliki energy jenis halus. Ia mempunyai daya tembus yang lebih efektif untuk membanteras kes-kes melibatkan sihir dan rasukan makhluk halus. Bab penzahiran hantu ini akan kita cerita di tulisan lain kali, termasuk persoalan kenapa orang boleh kerasukkan.

Ketika saya dishir dulu, saya hanya menggunakan ilmu energy Sin Ilahi level murid, untuk memecahkan belengu sihir yang menimpa keluarga saya. CARANYA?
Cukup dengan penyaluran energy kepada rumah selama 3 hari berturut-turut, dan menditasi kesedaran roh untuk retrospek diri sendiri mencari masalah punca timbulnya kejahatan dalam diri sendiri sehingga disihir orang. (Walaupun pada awalnya saya juga membuat DRAMA SINETRON, dengan merasakan bahawa diri saya ini terlalu suci sehingga tertanya-tanya kenapa orang sanggup menyihir diri ini.)

3 Hari kemudian, tanpa disangka-sangka di halaman rumah timbul sebuah "benda" sihir yang ditanam khas untuk menutup cahaya rahmat dalam keluarga saya. Ajaibnya, benda itu timbul bersama-sama dengan tumbuhan yang menolak ia ke atas. Cased closed. Kes itu sebenarnya berpanjangan, bukan kerana sihir itu lagi, akan tetapi kerana ego dan darah panas anak muda yang ketika itu masih dilevel kefahaman paranormal. Hahahah.

Im sorry, please forgive me, I thank you, I love you. Saya ikhlas dan reda menerima hakikat bahawa itu semua adalah berpunca dari kejahatan FIKIRAN diri saya sendiri, walaupun yang melakukan sihir itu adalah orang lain. Seperti yang saya katakan, saya sendiri memiliki sifat-sifat negatif di atas, membuatkan hidup saya sengsara.

LAW OF ATTRACTION.
Like attracts like, hatred attract hatred.
Lesson learned, been there, done that.


Susahkah mempelajari ilmu terapi Quantum Aura dan Metafizik?
Jika ia bukan jodoh anda, dan anda masih suka kekal dalam penderitaan yang berpanjangan, maka ilmu ini sangatlah susah dan berat untuk dipelajari.

Akan tetapi jika anda mempunyai jodoh dengan keilmuan ini, dan merasa yakin bahawa sukses, kebahagiaan, keharmonian, kasih sayang, keselamatan dan kesihatan spiritual itu milik anda, maka dipersilakan merujuk pautan ini.


Jangan sekali-kali klik pautan ini jika anda sudah pun memiliki kekayaan dan kehebatan, kerana ia bukanlah untuk anda.

Walaubagaimanapun, sejujurnya saya katakan, walaupun betapa seramnya wajah jin yang mengganggu, walaupun betapa penatnya menangkis jurus-jurus dari para dukun sihir, saya dapati lebih berbahaya dan lebih berbisa para pelakon yang mengaku-ngaku dirinya sihir dengan menjaja kisah palsu demi mendapat persetujuan dan pengiktirafan agar dirinya dibela supaya kita "mengirim" dan "memulangkan" kembali sihir kepada musuh dan orang yang dibencinya, konon kerana telah menganiaya hidupnya.

Kita manusia sendirilah makhluk yang lebih berbahaya dari jin, jika masih gagal mengubah mentaliti, mindset, dan kehidupan kepada kebaikkan.
Silakan berkongsi tulisan ini kepada teman, kenalan, saudara mara dan kekasih hati anda jika anda merasakan hidup mereka memerlukan perubahan yang baik.

Sekian salam kasih dan sayang dari kami untuk anda.

~ From QI With Love

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...