Seorang peguam..
Seorang doktor..
Seorang kerani..
bahkan seorang cleaner sekalipun, mampu mempelajari ilmu ghaib dan metafizik, JIKA dia mengenali dominan otak kiri atau kanannya.
Saya membesar di suasana yang tidak asing berkenaan benda-benda mistik. Dan semestinya, kisah-kisah hantu dan keilmuan ghaib versi nusantara adalah satu kemestian dan menjadi keghairan untuk didengar sebagai hobi masa lapang.
Bermula sebagai hobi, pada satu saat timbul keinginan pula untuk mempelajari ilmu-ilmu sebegini, samada untuk perlindungan diri mahupun untuk menunjuk-nunjuk. hehehe
Namun disebabkan zaman remaja saya, keperluan untuk mempelajari ilmu sebegini agak susah dan berat, almaklumlah ilmu-ilmu ghaib tradisional memerlukan persyaratan yang ganjil untuk dipenuhi, maka niat itu pun ditinggalkan.
Namun demikian, ada juga percubaan kecil-kecilan untuk mengamalkan beberapa petua, zikir, dan amalan yang dianggap mudah.
Naaah, di sini lah pula timbul isu.
Saya dapati, melalui testimoni dan pengamalan dari orang yg turut mempelajari ilmu dari perguruan yang sama, semua memberikan kesan positif atau sensasi pada tubuh yang membuatkan saya teruja dan cemburu.
Tetapi pada diri saya sendiri pula, tiada apa-apa rasa, kesan dan sensasi baik yang orang rasakan mahupun yang sama atau berbeza.
Ini secara emosional, ternyata memberikan efek yang mendukacitakan dan membuat semangat menjadi luntur.
Apalagi pada waktu itu darah muda membuak-buak untuk menjadi pahlawan menggugurkan sesiapa saja yang menghalang laluan diri. hahaha.
Jujur saya katakan, buku-buku seram seperti Siri Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis, Siri Berkelahi dengan Syaitan oleh Tok Awang Ngah, serta kisah-kisah yang didengar dari jiran mengenai amalan orang-orang hebat menjadi inspirasi utama diri saya.
Dan kelebihan untuk membuka mata ghaib serta masuk ke alam ghaib, adalah target utama yang mesti dikuasai untuk menjadikan diri ini hebat dan disegani orang. Maka keraplah saya membaca ayat Kaf Ha Ya AIn Sod dan Surah Wad Dhuha untuk membuka pagar alam ghaib sendiri-sendiri tanpa bantuan guru.
Dan walaupun sudah berkali-kali mendengar pengakuan orang lain yang mengamalkannya konon tiba-tiba ternampak, dirasuk atau disembunyikan jin, ternyata saya masih juga merasa hampa. Kerana sepanjang amalan itu, bahkan setelah meninggalkannya secara sengaja, saya masih juga tidak dikacau oleh mana-mana hantu. Sekurang-kurangnya nampak bayangan pontianak di sebalik pohon kayu pun syukurlah. :)
Beberapa tahun kemudian, saya meninggalkan dunia mistik, dan kali ini masuk pula ke dunia rukyah. Biasalah, adat orang muda yang haus ilmu, pantang dengar benda-benda yang berbaur mistik dan mendatangkan kehormatan di mata masyarakat.
Dipendekkan cerita, saya mengambil ijazah secara online, dan mengamalkan zikir dan amalan pembasmi Jin demi membenteng diri dari anasir-anasir luar yang disebabkan kecewa kerana tidak mampu melihat mereka, lalu saya pilih untuk menghalang mereka pula. Sungguh ironik kan?
lalu satu masa, kebetulan terjadi satu insiden untuk mencuba ilmu yang dipelajari. Maka dengan konfidennya saya pun mencubalah gaya-gaya perukyah seperti yang tertera di dalam youtube. Bukan pula kenalan saya menjerit-jerit menderita, malah saya menjadi bahan ketawa oleh "Jin" yang merasuk kenalan saya itu. Hampir berjam-jam saya menjurus dengan mp3, bacaan dan gaya sembelih yang pelbagai, but to no avail, nothings work.
Masa pun berlalu, dan setahun kemudian, membawa malu yang disimpan dalam memori itu, saya terjun pula ke dunia metafizik, yang awalnya bermula dari pengenalan chakra, aura, bioenergy, dan seterusnya istilah-istilah quantum metafizik lainnya.
Kali ini saya terkena kejutan budaya, kerana orang yang berdarah asia dan berfikiran nusantara seperti saya ini, mempelajari benda-benda pembawaan barat yang berbaur fantasi tanpa ada penglibatan agama dalamnya. Hahaha.
Namun oleh kerana hidup saya ketika itu dihimpit dengan berbagai masalah yang disyaki dan disangkakan mistik oleh kepercayaan dan ego saya, maka saya pun mengambil risiko untuk mempelajari ilmu berasas energy ini yang bermula dari SIN ILAHI.
Namun kekecewaan untuk merasa sensasi dan keghairan itu timbul kembali. Kerana sensasi yang saya baca di buku, testimoni dan cerita teman yang sama belajar tidak dapat saya rasakan.
Ada teman yang terbuka mata ghaibnya hanya dengan beberapa kali latihan, ada yang terasa gelombang elektrik di tangan atau bahagian tubuh lain, dan ada yang mampu masuk ke alam ghaib hanya dengan duduk meditasi 10 minit.
Diringkaskan, setelah 4-5 tahun menjalani ilmu dan kefahaman out-of-box typical nusantara bermodalkan trial dan error, maka satu hari terjawablah puncanya kenapa saya, dan beberapa orang lagi yang selama ini disangkakan tiada bakat dalam ilmu ghaib baik versi asia mahupun barat, rupa-rupanya disebabkan dominasi otak masing-masing.
Saya mengikuti kelas AURA GOLDEN WAVE, kelas yang mengajarkan konsep kekayaan, keselamatan, kesihatan ,keharmonian, dan kasih sayang dari sudut mental power, energy, dan ho'o pono pono..
Setelah itu saya mengikuti pula kelas SUPREME AURA FREQUENCY, kelas advance healing dengan harapan supaya saya mampu merasa energy. Daaaan di dalam kelas inilah saya memperolehi pencerahan, tentang kesedaran sensasi pada tubuh manusia.
http://www.paranormsmagic.com/p/kursus.html?spref=fb
http://www.paranormsmagic.com/2015/05/supreme-aura-frequency-saf-healing.html
ORANG DOMINASI OTAK KANAN
Umumnya terdiri dari orang seni, orang falsafah, dan orang yang berkecimpung dalam dunia lakonan. Umumnya orang yang boleh mewujudkan visualisasi secara detail di fikirannya atau memiliki photographic memory adalah terdiri dari golongan otak kanan.
Mereka adalah calon bomoh terbaik, pencerita terbaik, dan mempunyai kelebihan "menidurkan" fikiran dengan mudah. Dan karekterisitk inilah yang membantu mereka untuk menjadi tenang, fokus dan diam mengosongkan fikiran, sebagai kunci utama bagi sensasi tubuh yang muncul di tubuh.
Namun kerana terlalu mudah "tenang", mereka juga cenderung menjadi mangsa sugesti dan senang ditakut-takutkan dengan fakta yang menakutkan walaupun tidak benar.
ORANG DOMINASI OTAK KIRI
Umumnya terdiri dari para intelektual, skeptik, dan pencari kebenaran yang cenderung berfikir secara berlebihan sehingga mengalami anxiety.
Kelebihan orang otak kira adalah, mereka "kebal" dengan sihir, sugesti, dan susah untuk merasa bahagia jika target mereka tidak dapat dicapai.
SPECIAL CASE / AUTISM / ADHD
Saya (Penulis) terdiri dari golongan ketiga pula. Hahahaha. Mempunyai cabaran yang lebih sukar kerana mempunyai mood swing, keyakinan yang berubah-rubah, tidak mampu beradaptasi dengan cepat, dan mudah bosan dengan rutin berulang-ulang yang sama, perlukan distraction untuk fokus, dan mudah hanyut dalam fikiran sendiri.
Namun walaubagaimanapun, orang sebegini cenderung memperbaiki kesemua aspek hidupnya secara serentak, berbanding orang biasa yang fokus pada satu permasalahan. Tiada mana-mana yang salah.
Sebenarnya kan, dalam dunia ilmu rawatan alternatif, rasa dan sensasi bukanlah tujuan utama ia dipelajari. Bukan juga menjadi sebab dan punca untuk membuat pesakit menjadi sembuh, dan sihir menjadi musnah.
KENAPA SENSASI INI BOLEH MUNCUL?
Sensasi adalah reaksi kimia dan neuro tubuh yang alami, dan mudah dirasakan oleh orang otak kanan, kerana daya imajinasi, daya persepsi, daya rileksasi dan daya kreatif mereka sangat tinggi.
Untuk merasakan energy dalam tubuh atau sekeliling, anda cuma perlu membuang ekspektasi dan menyingkirkan anxiety berlebihan dalam fikiran.
Badan kita mempunyai gelombang elektromagnetik yang kuat, dan gelombang terkuat dimiliki oleh jantung. Disebabkan arus elektrik ini sentiasa berjalan bersama darah ke seluruh tubuh, maka efek seperti renjatan kecil, hawa panas, semut-semut, dan tolakan gelombang dari benda tertentu pun timbul.
Dicampur lagi dengan sistem data, rakaman memori dan persepsi otak kita, maka tidak hairan kadang-kadang ada yang merasa dia seolah-olah berjalan jauh dalam khayalan, lucid dreaming, astral projection, dan terbayang-bayang wajah seram atau melihat orang bersayap (Malaikat) ketika meditasi atau yang sewaktu dengannya.
Kesimpulannya, semua benda-benda asing ini secara semulajadi memang sudah hari-hari terjadi dalam tubuh kita, hanya kerana selama ini kita tidak mengambil perhatian untuk mengosongkan fikiran dan mengamati tubuh kita sendiri, maka ada yang sampai ke tua terlepas pandang keajaiban tubuh ciptaan Tuhan kepada kita ini.
LALU, bagaimana caranya untuk orang otak kiri mahu merasa sensasi ajaib ini?
Usahakan untuk ikhlas tanpa mengharap apa-apa sensasi yang timbul, dan biarkan nafas menjadi fokus kepada fikiran yang tidak mahu berhenti bercakap. Ahahaha. Latih latih dan latih sehingga anda menjadi seorang master of subtle energy yang bijak bermain-main dengan energy.
Dengan latihan kepasrahan, membuang sangka-sangka, menjauhi overthinking, secara istiqamah dan berterusan, maka saya jamin jika hanya itu tujuan anda untuk mempelajari ilmu metafizik, ilmu perbomohan, atau ilmu masak-masak, anda pasti akan berjaya merasakan tenaga bio-elektrik dan bio-magnetik tubuh anda.
Namun jika tujuan anda untuk melakukan terapi, rawatan, dan menyebarkan energy cinta kasih kepada seluruh makhluk di bumi ini, percayalah bahawa anda tidak perlu pun sensasi itu untuk merawat klient anda.
Everything is energy, and energy follow thought.
Bila anda sudah menerima attunement, anda hanya perlu SENYUM, RILEKS dan PASRAH untuk menjadi penyalur kepada energy penyembuhan dan cinta kasih dari Ilahi, tanpa perlu mengamfasiskan sebarang soal rasa dan fikiran.
Sebab itu saya katakan, bahawa seorang doktor, peguam, tukang sapu mahupun pemain bola sepak tetap boleh menjadi dan mempelajari ilmu rawatan terapi alternatif metafizik tanpa was-was.
Sekiranya anda merasa bahawa ada teman atau kenalan anda yang masih tertanya-tanya kenapa mereka belum dapat merasa energy, atau jika ingin menjawap persoalan mereka tentang mempelajari ilmu rawatan aura, dipersilakan share artikel ini.
Salam cinta kasih tulus dari dasar hati yang terdalam.
~ From QI With Love
No comments:
Post a Comment