Soalan-soalan berkenaan agama = ilmu ini sudah berkali-kali ditanyakan. Dan jika soalan anda berkenaan pengetahuan agama, hukum hakam, tauhid, akidah dan syurga neraka, secara ringkas jawapannya sudah tentulah Agama itu adalah ilmu.
Tetapi, jika anda maksudkan pada soalan itu berkenaan sistem badan, sistem otak, atau lebih spesifiknya mengenai aura, cakra, lathaif, tenaga dalam, prana dan proses penyembuhan melalui sistem terapi quantum fizik, sebelum mengatakan jawapannya biar saya bercerita panjang.
Soalan yang biasa saya dengar umumnya begini...
"Tuan, adakah orang non-muslim mempunyai tenaga dalam juga?
Tuan, adakah orang muslim mempunyai kundalini juga?
Tuan, adakah orang non-muslim boleh mempelajari ilmu prana?
Tuan, adalah orang muslim boleh memplajari hipnosis?"
The list go on and on dan banyak lagi.
Saya (penulis) dilahirkan dalam komuniti majoriti muslim, dan terlampau banyak terdedah dengan konsep keilmuan yang bersumber dari buku Siri Berkelahi dengan syaitan, yang sudah terdoktrin dengan prinsip "Hanya orang dari agama saya saja yang boleh dan mempunyai kuasa untuk menghalau syaitan dan merawat penyakit ghaib".
Maka tidak dapat dinafikan, mentaliti saya pada ketika itu, hanya obses pada teknik agamawi atau yang berbungkuskan agama semata-mata dan jumud menganggap hanya kaedah "Agama" saya saja yang paling benar dan efektif untuk apa jua penyakit mistik dan non-mistik.
Teman-teman sekalian, tulisan ini tidak akan menghuraikan panjang dari sudut agama dan tidak bertujuan untuk berdebat, merendah-rendahkan, atau menghina orang yang masih lagi mempunyai kefahaman yang belum dapat diterimanya.
Kita perhatikan saja pada tubuh manusia. Tidak kira apa agama, bangsa, kaum, etnik dan budaya, kita dapati bahawa semua kita sejak lahir lagi, diciptakan dengan organ tubuh sama dan disambut dengan telanjang ke dunia.
Semua manusia punya jantung, punya hati, otak dan pankreas.
Bahkan, tanpa mengira agama apa pun yang dianuti seseorang, semua manusia tetap sama rata ditiupkan roh dan nyawa ke dalam dirinya, tidak kira dia percaya atau tidak pada Tuhan.
Lalu untuk menjawab persoalan tadi, dengan suka hati dan gembira saya katakan, YA, semua manusia punya kekuatan terpendam yang boleh dibangkitkan dalam diri andai mempelajari ilmu rawatan metafizik, tenaga dalam, kundalini, prana, hipnosis, tidak kira apa agamanya. Malahan perhatikan saja dengan para doktor, saintis, polis, lawyer, majistret, ahlil muzik dan tukang sapu semuanya datang dan mempelajari kaedah pertukangan mereka dari berbagai agama. Ilmu rawatan, ilmu kesihatan, ilmu hipnosis, ilmu kundalini, ilmu silap mata, ilmu reiki, dan ilmu senamrobik bukanlah milik mutlak agama tertentu. Bahkan jika anda perhatikan, ilmu vodoo yang dianggap sebagai agama oleh penduduk New Orleans juga dapat dipelajari, dimimik, diubahsuai dan dipergunakan dengan mudah andai anda mempelajari, memahami, dan mempraktikkan kaedahnya dengan latihan yang istiqamah utk melakukan ritual vodoo Islamik, kristianik, buddhaik atau apa-apa saja unsur agama yg ditambah dalamnya. Harap maklum bahawa yang dimaksudkan sini adalah kaedah ilmu yang mempraktikkan dan menggunakan kuasa sisi metafizik manusia, bukan tentang hal ehwal ilmu agama. Kerana itu adalah pengetahuan dan panduan dalam menjalani hidup mengenal Tuhan. Nah, bukankah statement itu sendiri menegaskan bahawa kita ini datang dari Tuhan, dan seluruh isi dunia ini adalah ciptaannya? Jadi tidaklah menjadi satu hal yg janggal bila ada orang dari agama lain mempelajari pula ilmu rukyah... "Opsss, itu sesat tu tuan. Rukyah hanya boleh dilakukan oleh org agama kita. Agama lain tidak efektif kerana rukyah berasal dari tanah arab di zaman rasululah". Tidak apa, kejumudan tidak dapat dilanggar juga dengan kejumudan. Kesiannya kita kadang-kadang suka menyapu rata semua istilah seolah-olah hanya kita sekampung saja yang ada wujud di dunia dengan budaya kita sahaja. Siapa kata rukyah tidak sama dengan kaedah rawatan lain? Anda pernah melihat paderi yang merawat ahli gereja kerasukkan? Anda pernah melihat sami merawat pesakit sihir kerasukkan? Anda pernah melihat bomoh afrika merawat orang di gurun sahara kerasukkan? Saya yakin dan percaya, walaupun pahit untuk ditelan dan diakui, semuanya menggunakan kaedah rawatan yang sama dan serupa, yang berbeza hanya bacaan dan pakaian saja. Pesakit dipegang beramai-ramai, disembur air, dibacakan ayat-ayat rawatan beramai-ramai, dan pesakit pun berliur-liur memaki-maki perawatnya. KAN?
Sebuah kelas tenaga dalam, sebuah kelas ilmu Reiki, sebuah kelas hipnoterapi, boleh saja memiliki murid dari berbilang kaum dan agama, tanpa menjejaskan sistem ilmu dan kefahaman mengenai kaedah rawatan dan pengamalan ilmu tersebut. Seorang Muslim, Kristian, Buddha, dan Atheis yang saling berdoa sebelah menyebelah sama sekali tidak akan mempengaruhi kondisi tabung energy masing-masing. Apa yang mengganggu ini hanyalah sekadar mainan perasaan akibat ego dan sifat rasis serta momokkan persepsi semata-mata. Kembali kepada isu asal, untuk menjawab persoalan adakah orang dari agama lain boleh mempelajari ilmu ghaib, dan adakah mereka juga mempunyai tenaga dalam, kundalini, lathaif, aura dan chakra, jawapannya adalah YA. Setiap ilmu sebenarnya adalah NEUTRAL, diturunkan ke satu kawasan dan dijumpai oleh orang tertentu lalu dilapiskan pakaian mengikut kepercayaan dan budaya dari mana ia ditemukan. Yang membuatkan menjadi hitam atau putih, adalah niat dan cara menggunakanannya oleh orang itu sendiri. Bahkan tidak keterlaluan saya katakan, bahawa sebenarnya, amalan membaca Yasin 40 malam berturut-turut untuk memanaskan orang, itu juga sebenarnya ADALAH SALAH SATU DARI KAEDAH SIHIR. Adakah itu cara yang mempunyai sanad dari Rasulullah SAW sendiri? Adakah dalil nas dan hadis dalam Quran yang memperbolehkan memanaskan orang yang mencuri menggunakan ayat suci? Kalau lah ada orang yang cakap ada, naaah, bukankah itu sendiri menjadi salah satu sebab yang kukuh untuk memperbolehkan seseorang memepelajari ilmu metafizik ASALKAN ia diubah menjadi islamik dan digunakan untuk kebaikkan? Andai pula dikatakan tiada, kenapakah amalan ini menjadi satu budaya yang berakar umbi dikalangan perawat agama kita? Sentimen agama dalam ilmu rawatan ini bukanlah baru, bahkan sudah lama menjadi isu. Para wali songo, yang dikatakan membawa ajaran Islam ke nusantara, juga ternyata mempelajari ilmu persilatan dan pertahanan diri, yang bukan berasal dari tanah Arab. Masing-masing pihak tertentu cuba mendoktrinkan pengikutnya supaya berpegang teguh bahawa hanya ilmu mereka sahaja yang benar. Kerana mempunyai ibu dari seorang mualaf, ini nampaknya menjadi masalah buat saya untuk mempelajari ilmu yang PURE dan SEJATI akibat gabungan darah berlainan agama, dan inilah juga menjadi salah satu sebab kenapa saya akhrinya terjebak dalam ilmu metafizik. Hehehe Orang Zimbabwe, walaupun tidak mempelajari ilmu Aura tetap mempunyai titik chakra dan aura pada tubuh. Orang Hawai, walaupun tidak mempelajari ilmu kesufian tetap mempunyai titik lathaif pada tubuh. Orang Nigeria, walaupun tidak belajar jurus tenaga dalam, tetap mempunyai Chi dalam badan. Bahkan, seperti yang kita fahami dalam kajian ilmu sains..... EVERYTHING IS ENERGY. SEMUA BENDA ADALAH ATOM YANG BERGETAR PADA FREKUENSI MASING-MASING.
Kita manusia semuanya adalah SAMA di level energy. Yang membezakan hanyalah ego, kefahaman, dan tahap kesedaran masing-masing sahaja. Di dalam ilmu rawatan, baik medis mahupun non-medis, semua manusia yang mempelajari ilmu rawatan mempunyai kelebihan yang sama untuk merawat. Memeluk agama tertentu, bukanlah kunci untuk memberikan efek kesihatan pada klient. Benar, banyak orang yang mengakui tenaganya ketika merawat seolah-olah bertambah dan diboost ketika mengamalkan zikir atau bacaan tertentu, tetapi itu bukanlah kerana bacaannya, tetapi kerana KEYAKINAN dalam dirinya, yang menyerahkan segala-galanya pada kuasa yang besar dari alam semesta. Semua manusia walaupun tidak mempercayai benda lain diluar keyakinan dan agamanya, tetap terkandung pada HUKUM SEBAB DAN AKIBAT. Bahkan terciptanya kita manusia di dunia ini, semua disebabkan oleh CINTA KASIH TUHAN. Bahkan cuba perhatikan pada orang yang berpenyakit, semua manusia memiliki penyakit yang sama walaupun berlainan agama. Lalu apa alasan kita untuk membanding-bandingkan ilmu dan membidas agama mana yang lebih ampuh untuk merawat sakit jantung dan kanser, sedangkan ubat yang dimakan adalah sama? Di mata Tuhan, kita semua adalah sama. Di level Quantum, kita semua adalah serupa. Dulu semasa kecil, saya sering ditakut-takutkan dengan sentimen tertentu.... "Hanya orang berbangsa......dari agama......saja yang boleh ubati penyakit....ini." Dan ternyata bila saya menginjak dewasa, dan menceburkan diri dalam dunia paranormal, metafizik dan holistik healing, barulah saya memahami gerak kerja energy, keyakinan, placebo, dan kondisi mental dalam gerak kerja kesembuhan, yang tidak lagi dirantai belengu doktrin semata-mata. Jika tidak percaya, anda boleh mencuba dan mempelajari sendiri ilmu rawatan metafizik, atau jika was-was boleh mengikuti kelas kefahaman mengenai mental power. Pada pautan di bawah... http://www.paranormsmagic.com/2015/06/program-pengaktifan-aura-pesona-sejati.html http://www.paranormsmagic.com/2014/09/ilmu-getaran-tenaga-vibrasi-energi.html Kini sudah ramai orang yang mempelajari berbagai ilmu rawatan metafizik, baik melalui Qalam Ialhi Wellness Center mahupun pusat rawatan yang lain dan berhasil membantu orang yang memerlukan bantuan dari segi kesihatan secara seimbang rohani dan fizik. Anda adalah seorang yang dianugerahkan dengan berbagai kekuatan tersembunyi sejak lahir lagi, maka usah segan silu menerima kekuatan ini dengan merasa layak untuknya. You are the wielder of power. The man behind the weapon. Anda lah yang memilih untuk menggunakan ilmu anda untuk tujuan kebaikkan atau kejahatan. Dipersilakan mengongsikan tulisan ini andai ada teman-teman anda yang memerlukan motivasi bagi mengamalkan ilmu rawatan alternatif mereka tanpa ragu dan was-was. Asalkan ia tidak terlibat dengan jin dan syaitan. Hehehehe. Untuk penambahan wawasan, anda boleh juga merujuk tulisan lama ini, semoga kita semua semakin tercerahkan. http://www.paranormsmagic.com/2013/04/luruskan-fahamanmu-sahabat.html Sekian salam kasih dan sayang dari kami untuk anda. ~ From QI With Love

No comments:
Post a Comment