Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Salah satu faktornya kerana kesibukan dengan urusan-urusan duniawi yang fana ini, kedunya sebab saya banyak menulis di facebook saya, dan ketiganya kerana .... Malas hehehehee
Pada kali ini, ingin menulis tentang satu disiplin ilmu baru yang saya kembangkan, yang saya namakan sebagai SAF , singkatan daripada Supreme Aura Frequency. Nama 'supreme aura frequency' saya gunakan kerana sistem ilmu yang saya kembangkan ini khas mengakses energy frekuensi super halus dari Cakra Mahkota dan Cakra Ilahi di atasnya.
Fokus utama disiplin ilmu ini adalah sebagai medium meningkatkan kesihatan, secara menyeluruh fizikal, mental dan spiritual melalui teknik-teknik memanipulasi dan memanfaatkan frekuensi-frekuensi energi. Lebih dari itu, energy yang diakses juga boleh di'channel' dan diaplikasikan untuk pelbagai tujuan. Jadi walaupun saya menitikberatkan 'healing' pada ilmu ini, namun aplikasi dan tujuannya adalah sangat luas. Bagaimana mungkin? Ya kerana dalam SAF kita belajar tentang dasar utama yang membentuk seluruh isi alam ini iaitu ENERGY. Mengenal, mengetahui, dan memahami ENERGY memberikan kita kemampuan yang 'lebih'.
Ilham untuk mencipta disiplin ilmu ini muncul pada tahun 2010 lagi. Awalnya saya hanya perkenalkan kepada ahli keluarga dan murid-murid terdekat untuk melakukan percubaan dalam sesi-sesi rawatan. Alhamdulillah kesannya sangat-sangat memuaskan hati. Dengan itu barulah saya mengorak langkah memperkenalkannya kepada masyarakat umum.
Di bawah ini saya share rakaman kelas SAF angkatan ke-12 di Ranau, Sabah pada 3 mei 2015 yang lalu. Kelas seterusnya untuk angkatan ke 13 akan diadakan pada 16 mei 2015 di Kota Kinabalu, Sabah.
Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk anda.
Salam kasih sayang tulus dari hati :)
No comments:
Post a Comment