Your Magic Blog: Rumus Bahagia Itu Mudah!

Sunday, 24 May 2015

Rumus Bahagia Itu Mudah!

Salam damai buat semua :)


Rumus untuk bahagia itu sangat sederhana, iaitu SYUKUR. Kan tuhan sudah menyatakan di dalam Quran bahawa sesiapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat dan kebaikan untuknya. Sedangkan sesiapa yang kufur, akan sengsara.

Pernyataan Quran ini sesungguhnya selari dengan hukum Law of Attraction bahawa, apa yang kita fikirkan secara fokus itulah yang kita akan dapat. Jadi kalau kita selalu bersyukur, kan kita fokus memikirkan kebaikan-kebaikan. Hasilnya kita menarik lebih banyak kebaikan. Maka bertambah lah nikmat tuhan buat kita.


Sebaliknya, kalau kita kufur, kan kita fokus memikirkan kekurangan-kekurangan, maka yang datang kepada kita pun sentiasa kekurangan-kekurangan. Semuanya kurang. Kurang perhatian, kurang cinta, kurang kasih sayang, kurang duit, kurang lancar, kurang pandai, kurang selamat, kurang ajar dan lain sebagainya... Ini semua akibatnya akan membuat kita sengsara. Firman-firman tuhan itu selari dengan hukum sains bukan?

So kalau sekarang anda selalu merasa kekurangan, itu sebetulnya adalah kerana anda kurang syukur dan banyak kufur. Anda lebih fokus memikirkan apa yang anda tiada berbanding apa yang anda ada.

Mungkin anda akan berkata,
"kalau saya dapat apa yg saya mahu sekarang ni saya pasti akan sangat bersyukur", atau,
"kalau masalah yang saya hadapi sekarang ini selesai saya confirm akan bersyukur"

Oh, hukum alam tidak begitu aturannya my friends. Ketika anda sedang berharap untuk dapat sesuatu, jauh di dalam jiwa anda yang terdalam anda sebenarnya lebih takut andainya harapan anda tidak menjadi. Tanpa sedar, anda sebenarnya lebih fokus memikirkan kemungkinan tidak dapat, berbanding memikirkan kemungkinan akan dapat apa yang anda mahu tadi. Maka di sini hukum alam bekerja lagi untuk anda dengan penuh adil, memberikan apa yang anda lebih fokuskan. Salah anda sendiri kan?

Seharusnya... Kita tidak perlu mendapat apa kita mahu baru kita bersukur.
Sebaiknya... Kita perlu bersyukur lebih dulu untuk mendapat apa yang kita mahu itu.

Apa yang mahu di syukuri? Kan belum dapat? Anda mungkin protes begitu...
Syukurilah nikmat-nikmat dan kebaikan-kebaikan yang anda dapat sebelum ini, agar dengan itu anda akan dapat lebih hanyak lagi nikmat dan kebaikan di hadapan. Manfaatkan masa lalu anda untuk mencipta masa depan anda. Manfaatkan nikmat yang lalu untuk memperolehi nikmat yang akan datang. Ini yang selalu saya kata sebagai 'energy leverage' iaitu memanfaatkan energi baik masa lalu untuk menarik energi baik di masa depan.


Rumusannya:

1. Kalau kita syukuri nikmat yang kita pernah dapat sebelum ini, tuhan akan bagi kita lebih hanyak nikmat pada masa yang akan datang, termasuklah apa yang sedang kita inginkan sekarang ini.
2. Jangan tunggu sukses baru bersyukur, tapi bersyukur lah lebih dulu agar kita sukses kemudian.
3. Hukum tuhan itu sentiasa selari dengan hukum sains, yang bererti,
hukum tuhan=hukum sains.


Semoga bermanfaat.

Salam sayang tulus dari dasar hati :)

~ from Qi with Love

No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...