Your Magic Blog: Aura Flow : Gerakan Luar Kawalan

Sunday, 17 May 2015

Aura Flow : Gerakan Luar Kawalan


Salam kasih sayang buat semua pembaca budiman :)


Hari ini, Ahad 17 Mei 2015, Kelas Belajar Aura di Ranau ada kejadian yang agak luar dari kebiasaan. Ketika sesi praktikal membuka dan merasakan lapisan tubuh aura yang kedua, umumnya akan terjadi kejadian luar biasa, namun pelajar hari ini agak luar biasa daripada yang luar biasa. Mari kita saksikan.....









Belajar aura itu memberi kita ruang untuk mengenali diri lebih dalam dan jelas. Selama ini kita hanya mengetahui diri kita terbatas pada badan fizikal dengan semua gerakannya. Kita belum berkesempatan untuk mengenali tubuh-tubuh kita yang lain yang frekuensinya lebih tinggi dan semakin tinggi dan luas jika ditelusuri semakin ke atas.

Gerakan yang terjadi dalam rakaman video pelajar saya ini tidak sama sekali berkaitan dengan jin, saka atau mana-mana makhluk alam ghaib. Gerakan ini terjadi apabila gerbang tenaga dari lapisan tubuh aura kedua nya diaktifkan dan diakses sehingga energi membuncah keluar dan menghasilkan gerakan di luar kawalan fikirannya. Gerakan pada awalnya sangat kaku, keras dan tiada irama. Namun lebih kurang 5 minit kemudian energi yang terhasil keluar semakin halus sehingga gerakannya pun semakin lembut, teratur dan kata beliau sangat mengasyikan, enak dan mendamaikan tubuh dan perasaannya.

Adakah ini tenaga dalam? Ya... Memang tenaga dalam kerana tenaga yang diakses adalah tenaga dari dalam dirinya sendiri bukan dari luar. Namun tenaga dalam ini bangkit tanpa memerlukan ritual berat, tanpa puasa apapa, tanpa mantra apapa, dan bahkan tanpa teknik pernafasan apapun seperti yang biasa diamalkan dalam proses pengaktifan tenaga dalam biasa. Tenaga ini murni dari cakra sacral serta lapisan tubuh aura kedua pelajar.

Kenapa gerakannya luar biasa? Kerana beliau memiliki sistem energi yang unik, hasil latar belakang keluarga, budaya dan kehidupan seharian beliau. Setiap orang punya sifat energi yang tersendiri dan unik. Masing-masing anda juga akan menghasilkan gerakan yang berbeza-beza sekiranya energi anda pada lapisan aura kedua diaktifkan, kerana uniknya diri anda masing-masing.

Pelajaran ini untuk apa? Lapisan tubuh aura kedua sangat banyak kegunaannya untuk hidup kita. Ia menentukan kesihatan dan kestabilan perasaan kita. Ia juga menentukan sekuat mana kita mampu melakukan proses 'law of attraction' secara sengaja atau tidak sengaja. Ia juga menentukan kesihatan dan kekuatan fizikal seseorang lebih-lebih lagi kekuatan seksual. Dan... Banyaaakkk lagiiiii... Ini pun baru lapisan tubuh aura kedua kita. Belum lagi yang ketiga, empat, lima, enam dan tujuh.

Umumnya, ketika pertama kali pelajar menyedari kewujdan medan aura di sekitar tubuh fizikalnya, mereka akan takjub, heran, bingung malah ada yang menangis terharu kerana baru menyedari bahawa dirinya ada 'sesuatu' yang sangat berharga yang  baru dia sedari, dan dia tahu selepas ini dia boleh melakukan perkara-perkara yang akan sangat memberi makna bagi diri dan kehidupannya.

Learning Aura is absolutely Awesomely Amazing!

Sekian dulu coretan kali ini... Jangan lupa ikuti sharing saya seterusnya berkenaan aura pada artikel akan datang.


Semoga anda semakin bahagia.

Salam sayang tulus dari lubuk hati yang terdalam :)


~ from Qi with Love


No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...