Salam rahmat buat semua :)
Pada artikel kali ini saya akan share berkenaan Rahsia Jam Organ, ilmu kesihatan berdasarkan disiplin ilmu terapi komplementari cina yg sudah diaplikasi oleh bangsa cina sejak berkurun lamanya. Dalam kajian saya, ilmu rahsia jam organ ini sangat berkaitan dengan Terapi Gelombang Aura, kerana yang di bahas adalah energy dan organ tubuh. Ilmu ini saya kira perlu saya share di sini agar para pembaca boleh menjadikannya sebagai rujukan utk mengenali dan memperbaiki tahap kesihatan masing-masing.
Ilmu Jam Organ menyatakan bahawa setiap organ mempunyai waktu-waktu khas pada setiap 24 jam di mana organ-organ ini berfungsi secara optimum dan memiliki tahap energy yang paling tinggi. Terdapat 12 organ utama dan 2 sistem pelengkap yang mana akan menimbulkan gejala-gejala tertentu jika energinya tidak seimbang.
Daripada mengamatan saya, ilmu Rahsia Jam Organ yang menunjukkan masa-masa keaktifan setiap organ utama tubuh adalah bergantung kepada spektrum aura alam. Misalnya dari jam 5-7 pm spektrum warna alam adalah jingga menuju merah, yang resonan dgn cakra dasar dan mengawal organ sekitarnya khasnya buah pinggang. Pada jam 3-5 am, spektrum aura alam adalah hijau yang resonan dgn cakra jantung dan mengawal paru-paru. Begitu pula dengan organ-organ lain. Kita manusia berinteraksi dgn alam secara langsung samada melalui fizikal atau emosional kita.
Rajah 1 : Ilustrasi Jam Organ
3 - 5 am : Paru-Paru
Paru-paru befungsi menyalurkan energi melalui meridian (jalur energi) ke seluruh tubuh, sekaligus menyediakan perlindungan kekebalan tubuh melawan virus dan bakteria berbahaya. Ia juga bekerjasama dgn buah pinggang utk mengatur kitar air tubuh. Ia mengawal kalenjar keringat dan menyediakan kelembapan kepada kulit. Ia dikaitkan juga dgn perasaan sedih, murung dan rasa terasing. Jika anda sedang mengalami kesedihan atau kemurungan, anda akan cenderung terbangun pada waktu ini. Jika anda terbatuk pada ketika ini sewaktu tidur, peparu anda sedang membuang toksin melalui nafas anda.
Tanda-tanda peparu anda kurang sihat adalah : sesak nafas, nafas pendek, selalu berkeringat, pucat, batuk, sakit tekak, mudah demam, alergik, kulit kering, selalu sedih, murung, dan suka menyendiri.
5 - 7 am : Usus Besar
Masa paling ideal utk membuang air besar. Usus besar mengandungi falsafah 'melepaskan' beban fizikal dan emosinal.
Gejala usus besar yang kurang sihat adalah sembelit, najis kering, ruam di kulit, jerawat dan perasaan merasa terhalang oleh atau terhadap sesuatu.
7 - 9 am : Perut
Tenaga bagi perut sedang berada pada kemuncaknya pada waktu ini. Jadi sangat sesuailah sekiranya anda mengambil sarapan yang sihat dan enak pada waktu ini.
Antara gejala perut yang tidak sihat adalah gastrik, ulser perut, mual atau muntah, 'heartburn', hidung berdarah, abdomen (orang panggil six packs) bengkak/keras dan nafas berbau.
9 - 11 am : Limpa
Limpa berfungsi mengekstrak nutrisi dari perut dan menukarnya kepada energi utk disalurkan ke organ lain. Ia juga membantu dalam proses pembentukan darah dan memastikan darah berada di saluran darah. Jalur energi dari limpa berhubung dgn otot, mulut dan bibir. Limpa berkaitan erat dgn perasaan risau, atau uri kata org brunei. Berkaitan dgn aktiviti berfikir, belajar dan memori.
Tanda-tanda kerosakan limpa adalah seperti mudah penat, hilang selera makan, kuat sendawa, banyak lendir keluar dari tubuh, pengeluaran air liur belebihan, masalah penghadaman, kembung perut, cirit-birit, lemah otot, bibir pucat, pangkal lidah sakit, selera terhadap gula yg tinggi, lebam-lebam di kulit, gusi berdarah, berlebihan darah haid, dan masalah pendarahan lainnya.
Anda boleh menyokong limpa anda dgn meminum teh panas atau snek ringan pada waktu ini.
11 am - 1 pm : Jantung
Pada waktu ini adalah masa yg paling sesuai utk makan tgh hari, lalu rileks, rehat atau tidur siang sebentar. Jantung dan usus kecil adalah pasangan organ yang bekerjasama, nutrisi dari usus kecil akan memasuki saluran darah dalam tempoh ini kemudian jantung akan mengepamnya ke seluruh tubuh. Pada ketika ini juga jantung anda sensitif dgn haba berlebihan samada dari fizikal atau emosi anda jadi berusahalah elakkan stress berlebihan, kafein, senaman berat, atau apa saja yang boleh menaikkan tekanan darah anda dalam tempoh tersebut. Jantung anda juga berhubungan erat dgn perasaan gembira dan kasih sayang.
Tanda-tanda jantung anda tidak beres adalah anda merasa gembira keterlaluan, sedih, putus asa, kurang semangat hidup, murung, jantung sering berdebar tanpa sebab atau debaran jantung lain macam, mudah terkejut, tangan dan kaki sejuk, berkeringan tanpa sebab, kulit pucat, dada rasa sesak, mimpi berlebihan, pening, memori kurang, insomnia/gangguan tidur, masalah mental, sering keliru, terasa ingin gila, dan lain-lain masalah jantung.
1 -3 pm : Usus Kecil
Usus kecil memisahkan cecair jernih dan keruh dan menggerakkan masing-masing ke pundi kecing dan usus besar. Jika anda kurang minum air, anda akan cenderung merasa haus atau badan terasa kering pada jam ini.
Tanda-tanda usus kecil anda tidak sihat adalah ulser duedenum (bahagaian pertama usus kecil), kembung perut disertai muntah dan pembungan angin.
3 - 5 pm : Pundi Kencing
Pada jam-jam ini anda akan merasa kekurangan tenaga, khasnya jika badan anda tidak cukup air/kurang minum. Pundi kencing menyimpan dan menyahtinja urin/air kencing. Anda boleh membantu menguatkan pundi kencing (dan pundi kencing, organ pasangannya) anda dgn memakan makanan bergaram pada jam-jam ini seperti sup sayur-sayuran, sup jagung, soto, bakso, dan apa saja makanan bergaram.
Jika organ ini bermasalah anda akan merasakan rasa panas terbakar ketika kencing, jangkitan yis, serta kawalan otot kencing yang lemah.
5 - 7 pm : Buah pinggang
Buah pinggang bertanggungjawab terhadap kesihatan sistem reproduksi/seks, perkembangan, pertumbuhan dan kematangan tubuh badan. Apa yang paling utama diketahui adalah, buah pinggang adalah perumah bagi Tenaga Hayat (Life Force) bagi tubuh badan setiap individu. Bagi lelaki, Tenaga Hayat ini menunjukkan fungsinya melalui penghasilan air mani. Manakala bagi wanita, Tenaga Hayat ini menunjukkan fungsinya melalui pengeluaran darah haid serta kelahiran bayinya. Oleh itu bagi lelaki, terlalu banyak pengeluaran air mani samada melalui masturbasi atau hubungan seks akan membazirkan Tenaga Hayat. Sedangkan bagi wanita, pengeluaran darah haid yang berlebihan dan melahirkan anak dgn kerap akan mengurangkan Tenaga Hayat mereka. Buah pinggang juga terkait erat dgn perasaan Takut. Oleh itu, perasaan takut yg berlebihan dalam jangka waktu yang panjang boleh mengganggu keseimbangan buah pinggang. Buah pinggang bekerjasama dengan peparu dalam metabolisme air dan respirasi. Ia juga berhubung dgn tulang, gigi, telinga dan rambut.
Antara gejala masalah buah pinggang adalah kerap kencing, kencing tidak lawas, berpeluh waktu malam, mulut kering, sakit pinggang, sakit tumit kaki, telinga berdengung, masalah pendengaran, serta masalah telinga lainnya, hitam di bahagian bawah mata, rambut gugur, tulang rapuh, lemah syahwat, ejakulasi pramatang, mati pucuk, masalah kesuburan seksual lelaki dan wanita, masalah haid bagi wanita, serta kurang nafsu seks.
7 - 9 pm : Perikardium/Kantung Jantung
Perikardium adalah salah satu aksesori organ. Pada jam-jam ini, utk membantu kesihatan perikardium anda sangat elok sekiranya anda meditasi, meregangkan otot, membaca buku dan sebagainya yang boleh membantu anda relaks dan mudah tidur kemudian.
Antara gejala ketidakimbangan energi pada perikardium adalah kelainan pada degupan jantung, dada kejang, sakit dan bengkak di bahagian ketika, wajah agak kembang, tangan kejang, dan tangan berkeringan agak suam.
Rajah 2 : Perikardium
9 - 11 pm : San Jio ( Tiga Pemanas )
Merupakan aksesori organ. San Jiao adalah istilah yang digunakan oleh Seni Perubatan Tradisional Cina, yang merujuk kepada jalur tenaga yang menhubungkan 3 kumpulan utama organ di bahagian dada (jantung, peparu dan perikardium), bahagian perut (limpa, perut, pundi hempedu), dan bahagian pinggang (usus kecil dan besar, buah pinggang dan pundi kencing). Pada jam-jam ini adalah masa terbaik utk rehat dan tidur kerana hati sedang menyimpan dan menyejukkan darah yang sudah dikumpul dari siang hari. Bagi memaksimakan proses ini, anda harus tidur paling lewat pun jam 10 pm.
Rajah 3 : San Jiao
11 - 1 am : Pundi Hempedu
Secara fizikal, pundi hempedu menyimpan dan mengeluarkan hempedu. Tetapi secara emosional, ia mempengaruhi keyakinan diri dan kemampuan kita membuat keputusan. Pada jam-jam ini, punci hempedu akan mula membersihkan tisu-tisu badan, memproses kolestrol, membersihkan toksin, serta memperbaiki kemampuan otak.
Jika anda masih berjaga ketika ini, anda membazirkan tenaga yang tersimpan di pundi hempedu anda yg mana dalam jangka masa yang panjang akan membuat anda kurang rasa keyakinan diri, kurang daya membuat keputusan, serta melemahkan kemampuan tubuh anda mencerna lemak.
1- 3 am : Hati
Organ hati berfungsi menyimpan darah, membantu kelancaran dan kecekapan aliran darah ke seluruh tubuh, mengawal pengeluaran hempedu dari pundi hempedu, dan terhubung dgn tendon, kuku dan mata. Jika anda masih berjaga pada jam-jam ini, anda akan sangat mudah lemah khasnya bagi wanita kerana wanita memerlukan darah yang banyak utk proses haid (sekalipun wanita yg sdh monopaus). Organ hati juga terhubung erat dgn perasaan marah. Marah dikategorikan sebagai sebuah emosi yang primer. Hanya keran marah, emosi lain seperti sedih, takut dan kerisauan boleh muncul. Gangguan pada organ hati sangat mempengaruhi perasaan marah seterusnya emosi-emosi lain. Ertinya jika anda marah, emosi lain yang berkaitan dgn organ-organ masing-masing akan turut muncul dan menganggu keseimbangan setiap organ sehingga menimbulkan bermacam penyakit. Maka benarlah sabda Nabi SAW bahawa :
"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati".
Jika gangguan organ hati anda dicetuskan oleh faktor lain selain emosi (pemakanan, gaya hidup, genetik ), ini juga akan membuat anda sering marah-marah. Pendek kata, organ hati dan perasaan marah saling berkaitan dan sangat mempengaruhi keseimbangan organ-organ lain serta perasaan anda yang lain.
Antara gejala masalah organ hati adalah rasa tegang pada susu, sakit kepala/migrain, sakit ketika haid, rasa mencucuk/menikam di mana-mana bahagian tubuh, mata sakit dan menonjol, mata kuning, mata merah dan kering, anemia, masalah keletihan kronik, selalu terjaga pada jam-jam ini, mudah marah, pendendam, sering sakit hati (perasaan), selalu mengeluh, serta sakit-sakit misteri seperti Fibromyalgia iaitu sindrom rasa sakit di hampir seluruh tubuh, lemah otot, tendon dan tisu-tisu lembut lainnya, keletihan, masalah gangguan tidur, tekanan mental, dan masalah keresahan perasaan. Sakit-sakit misteri lainnya juga sangat berkait erat dgn organ hati dan perasaan 'marah/dendam/benci'
Kesimpulannya:
1. Kita dan alam saling mempengaruhi melalui gelombang energi sehingga adanya masa spesifik bagi masing-masing organ utk aktif atau kurang aktif.
2. Kita harus mnegetahui jam organ agar kita boleh menentukan makanan dan aktiviti terbaik utk dilakukan pada masing-masing jam organ.
3. Melalui ilmu Rahsia Jam Organ kita dapat menganalisa simptom-simptom penyakit yang kita alami dan berusaha menanganinya.
4. SANGAT PENTING: Sebelum kita mengesyaki bahawa kita terkena gangguan makhluk halus, sihir, santet, dan sejenisnya, adalah sangat mustahak kita menganalisa lebih dulu sumber-sumber dalaman kita iaitu organ dan emosi kita. Pengalaman saya merawat pesakit secara alternatif selama hampir 12 tahun memberingan pengalaman dan pengajaran bahawa sumber utama penyakit adalah dari dalam diri kita sendiri, dan ubatnya pula adalah juga dari dalam diri kita sendiri.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk saya dan anda.
Salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam :)
~ From QI with Love
*** Sumber rujukan utama Traditional Chinese Medicine (TCM)
No comments:
Post a Comment