Anda harus mampu terhubung dgn higher anda!
Barulah perjalanan rohani anda yg sebenar bermula!
Salam damai buat anda :)
Berguru itu ada 3 level.
Pertama berguru dgn sesama manusia yang kundalininya sdh minima stabil di cakra jantung. Atau maqam nya sdh stabil di nafsul muthamainnah. Manusia ini adalah peribadi-peribadi yang sudah mampu berkomunikasi dgn Higher Self atau kesedaran Roh masing-masing yg mana sumber ilmunya adalah dari 'Library Ketuhanan'. Jika anda berguru kepada manusia-manusia yang belum sampai di situ, maka bimbingan darinya adalah semua dari rumusan-rumusan fikiran berdasarkan pengalaman yg analitikal. Pendek kata anda masih akan akn dibimbing oleh egonya.
Kedua, berguru dgn Higher Self anda. Ia juga digelar sebagai Kesedaan Roh. Kadang Juga dipanggil sbg Guru Sejati. Roh anda adalah Pusat Informasi, Pusat Kuasa, Pusat Kebijaksanaan, Pusat Kedamaian, pendek kata Sumber Tanpa Batas. Pada tahap ini, sumber informasi utama anda adalah Intuisi, atau ilham-ilham suci dan murni. Informasi-informasi ini akan sangat berguna utk menjadi panduan anda mengharungi perjalanan rohani yang seterusnya. Malah juga panduan terbaik utk anda mengolah kehidupan dunia anda. Orang barat mengenali tahap-tahap spiritual seperti ini melalui peratus keterbukaan sel-sel otak. Mengikut pengalaman sy peribadi, tahap ini adalah tahap di mana kundalini minima sdh stabil di cakra jantung. Golongan sufi menggelarnya sbg maqam nafsu muthmainnah. Kerana itu, utk murid sampai ke level ini, harus di inisiasi atau di tuning oleh manusia-manusia yang levelnya sdh stabil di sini. Jika ada yang berguru dgn jin dan sealam dgnnya, sy kira hanya akan belajar ilmu paranormal, bukan ilmu kesejatian.
Anda sebagai pencari kebenaran, selagi anda belum mencapai Higher Self, atau Kesedaran Roh anda, maka kebenaran yang anda pegang adalah kebenaran subjektif, kerana kebenaran itu belum selaras dgn Kebenaran Sejati yang ada di alam ilmu Tuhan, yang mana hanya boleh anda akses di dimensi roh anda. Melalui Kesedaran Roh inilah anda akan dibimbing langsung dgn ilmu-ilmu yang tidak lagi bersumber dari deria fizikal anda, tetapi langsung dari nurani anda sendiri.
Selagi anda masih belum mendapat bimbingan dari dimensi roh anda, maka ilmu dan pendapat anda adalah peribadi. Anda mentafsir hukum agama dgn persepsi, anda menilai semuanya dgn persepsi, bukan dgn ilmu yang hakiki sebagaimana mestinya.
Ada yang tanya, mungkinah kita manusia biasa ini mampu ke sana?
Kenapa tidak?
Potensi semua manusia sama.
Setiap tubuh adalah titian nabi Adam, yg membalut roh yg merupakan percikan-percikan Nur Muhammad.
Jadi anda semua mampu ke sana. Anda semua ada tiket utk melayakkan diri ke sana.
Sampai di sini dulu coretan kali ini. Next artikel mudah-mudahan sy dibolehkan dan dimampukan utk sharing Inisiasi Membuka Gerbang Dimensi Higher Self.
Salam kasih sayang tulus buat anda semua :)
No comments:
Post a Comment