Your Magic Blog: Dimensi Roh, Sumber Informasi dan Daya Tanpa Batas

Saturday, 8 November 2014

Dimensi Roh, Sumber Informasi dan Daya Tanpa Batas


Salam semua pembaca budiman :)

Semoga anda sentiasa sihat dan dalam keadaan yang terbaik fizikal, emosi, fikiran dan hati anda...

Setelah sekian waktu tidak menulis di blog ini, malam ini saya kembali mengekpresikan informasi yang sedang bermain di minda melalui tulisan kecil ini.

Kita sebagai manusia tentunya selalu berhadapan dgn situasi yang buntu. Buntu dari idea, buntu dari perasaan-perasaan yang menggembirakan dan membahagiakan serta buntu daripada tindakan-tindakan yang memberikan makna indah dalam kehidupan kita.



Tindakan fizikal kita adalah hasil ekspresi energi dari alam perasaan kita. Aktiviti perasaan kita pula adalah reaksi energi dari alam fikiran kita,dan fikiran pula mengambil energi dari sumber utama iaitu dimensi Roh. Energi dari alam roh ter ekspresi di fikiran, kemudian di perasaan, lalu di tindakan-tindakan kita. 

Fikiran, perasaan dan tindakan yang tiada nilai-nilai kebaikan yang menyumbang kepada pembangunan diri mahupun alam secara kolektif adalah efek daripada ketandusan energi kehidupan dari alam roh.


Kemampuan manusia mengakses dimensi roh nya akan menyiram fikirannya dgn idea-idea besar, jawapan-jawapan atas setiap persoalan, kegembiraan dan kebahagiaan perasaan serta tindakan fizikal yang benar dan disokong oleh alam (manusia dan peristiwa) sehingga memudahkan segala urusan-urusan kehidupannya.

Dimensi roh adalah ekspresi atau manifestasi ilmu dan kuasa serta kualiti-kualiti lain alam ketuhanan. Ketika semua harapan utk bergantung telah hilang, dan sinar harapan semakin pudar, maka ke dimensi roh inilah tempat kita mengembalikan kesedaran utk memperolehi peruntukan besar informasi-informasi dan daya utk kembali menghidupi kehidupan.

Sumber fizikal, perasaan dan fikiran samada yg ada pada diri kita mahupun orang lain boleh kering. Namun sumber yang ada di alam roh adalah unlimited. Anda perlukan Informasi yang benar dan Daya yang mencukupi utk mengolah diri, keluarga, sumber manusia, dan sumber alam ini secara berkualiti... Dan Informasi dan Daya tanpa batas itu hanya boleh anda akses di dimensi roh anda.

Agama datang menunjukkan kita jalan ke sana, walaupun kaedah spesifiknya kita kena cari sendiri melalui kajian dan penggalian yang intensif, namun sekurang-kurangnya agama sudah memberikan panduan secara umum. Ada rahsia dan hikmahnya mengapa sedemikian.

Sekarang... Jika anda merasa buntu kerana persoalan terasa tiada jawapan, atau penyakit terasa tiada jalan kesembuhan, atau rezeki terasa begitu sempit menyesakkan, atau usaha menemui jalan mati, atau masalah tidak kunjung penyelesaian, serta seribu satu lagi persoalan kehidupan.... Maka sudah waktunya kita kembali mengakses dimensi roh kita utk mendapatkan sumber-sumber yang kita perlukan. 

Dimensi roh bukan sesuatu yang berada di luar diri anda, tetapi ia adalah di dalam diri anda sendiri, bahkan adalah diri anda sendiri, hanya beza dimensi sahaja.

Sekian dulu tulisan kali ini... Semoga anda manfaat walaupun sebesar hujung kuku semut (kalau semut ada kuku (^-^)  

Salam kasih sayang tulus penuh kedamaian :)


~ From QI with Love

1 comment:

  1. Sangat benar. Terima kasih untuk artikel ini, satu peringatan yang bagus.

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...