Salam hormat, salam persaudaraan
utk semua pembaca budiman blog kecil ini J
Kesibukan membuat saya semakin
jarang menulis di blog. Skrng lebih banyak menulis di media social facebook. Namun
ada beberapa sahabat yg mesej saya dan request agar saya kekal menulis di blog
ini utk sharing ilmu dan ilham-ilham kecil saya yg tidak seberapa ini.
Alhamdulillah… Hari ini hati
tergerak utk mencoret lagi menambah artikel di blog ini.
Tulisan ini akan membahas ttg Ilmu
Getaran Tenaga, Vibrasi Energi, Vibrasi Quantum. Apakah semua ini? Hanya istilah
yg berbeza, maksudnya semua sama, iaitu ilmu yg membahas ttg getaran tenaga yg
memenuhi alam ini.
Pada pendapat saya, mengikut
pengalaman dari pergaulan, pembacaan, dan pengalaman langsung dgn alam
metafizik, Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi atau Vibrasi Quantum adalah ilmu
yg WAJIB dipelajari, diamalkan, dihayati dan dijiwai oleh setiap manusia yang
mencari KEBAHAGIAAN, apatah lagi yang mencari KEBENARAN, lebih-lebih lagi yang
mencari PENCERAHAN atau bahasa keramatnya, MAKRIFATULLAH.
Kenapa begitu? Kerana semua ciptaan Tuhan adalah getaran energi pelbagai frekuensi, objek paling kecil sehinggalah objek paling besar, dari sel biologi tunggal sehinggalah sel biologi paling kompleks iaitu kita manusia. Semuanya adalah adalah getaran energi perlbagai frekuensi.
Anda perlu mengenal diri anda
Anda perlu mengenal alam
Anda perlu mengenal Tuhan
Barulah anda boleh mencapai
HAKIKAT dan mengalami MAKRIFAT atau ILLUMINATION.
MENGENAL adalah proses mencari ILMU
PENGETAHUAN atau INFORMASI. Kita semua tahu bahawa informasi utama yang datang
kepada manusia adalah teks agama yang dibawa langsung oleh para Rasul yang
sumbernya dari Tuhan. Jika sumber sebuah informasi adalah Tuhan, maka sudah
boleh dipastikan bahawa informasi itu adalah asli dan benar. Informasi asli
dari tuhan adalah Qalamullah sendiri serta Qalamrasul yg sahih, atau bahasa
mudahnya Quran dan hadis sahih. Kadang bahasa rumit perlu digunakan agar kita
kelihatan pandai bin pintar hehehe… Qalamrasul itu asli dan benar kerana ilmu
rasul adalah ekspresi asli ilmu tuhan. Nafs rasul itu bersih dari
kotoran-kotoran sehingga mampu menjadi channel
utk tuhan manifestasikan ilmunya yg asli melalui minda para rasul. Begitu juga
dgn orang-orang suci dari kalangan auliya sepanjang zaman.
Jika ilmu yg sumbernya adalah
tafsiran peribadi manusia-manusia berilmu, atau bahasa arabnya ulama, keaslian
dan kebenaran sebuah ilmu itu berbeza darjahnya. Walaupun yang mereka tafsir
adalah ilmu tuhan yang asli dari Quran mahupun Hadis. Kenapa bisa begitu? Kerana
para ilmuan mentafsir ilmu tuhan berdasarkan kemampuan peribadi mereka memahami
ilmu tuhan tersebut. Jadi ILMU ASLI TUHAN
sudah menjadi ILMU TUHAN YANG DITAFSIRKAN. Sedangkan para rasulullah dan
auliyaullah tidak mentafsir, tapi ‘menchannel’ ilmu asli tuhan, mereka
mengekspresikan ilmu tuhan melalui nafs mereka yang suci bersih. Harap tiada
yang bingung di sini. Kalau bingung kita rehat dulu barang sebentar minum kopi biar
fikiran santai dan hati lapang. Kalau stress nanti makin banyak persepsi yg
muncul mengeruhkan ilham murni hehehe
Informasi dari sumber asli ilmu
tuhan itu membuat manusia mengolah aspek fizikal, kecerdasan emosi (Emotioanl
Quotient), kecerdasan fikiran (Intelligence Quotient) dan kecerdasan spiritual
(Spiritual Quotient), sehinggalah manusia semakin mendapat informasi-informasi
baru ttg diri, alam dan tuhan. Proses ini berulang dan berulag sehinggalah
manusia semakin memperolehi informasi yang semakin banyak yg mana akan
mendorong dirinya ke arah PENCERAHAN, MAKRIFAH atau ILLUMINATION. Kemudian informasi-informasi
ini harus disebarkan agar semakin banyak manusia yang mencapai ILLUMINATION
ini. Kenapa mau kasi banyak manusia-manusia illuminated? Agar semakin kurang
manusia yang diperbodohkan oleh sistem dunia yg dipelopori oleh manusia elit,
serta semakin besar energi Cinta dan Kasih menyebar kea lam semesta yg mana
datangnya dari jiwa-jiwa manusia makrifah. Apa pula perlunya energi Cinta dan
Kasih mau disebarkan ke seluruh alam??? Aduhhhh… banyaknya soalan. Sudah,
jangan banyak tanya. Pergi dapur buat kopi dulu… hehehe
Getaran energi bumi semakin
kurang stabil, akibat perbuatan serakah jiwa dan ego manusia. Ini sangat
mengganggu keseimbangan alam keseluruhan, dan timbal baliknya pula
mengangganggu sistem hidup manusia secara fizikal, mental dan spiritual. Kita semakin
menuai apa yg kita tanam sejak dulu. Manusia menanam kerosakan, dan skrg
semakin menuai kerosakan. Alam adalah satu jalinan magaenergi yang saling
bertautan erat. Jika satu sudut diganggu keseimbangannya, proses rebalancing akan terjadi utk mengharmonikan
sistem semulajadinya. Uiseh, mcm professor pulak sy menulis. Boleh la kan
hehehe… So dengan gumpalan energy cinta dan kasih yang semakin besar akan
sangat membantu alam utk kembali harmoni tanpa ia perlu bergolak dan membuat self-rebalancing.
Ok… Berbalik kepada Ilmu Getaran
Tenaga, Vibrasi Energi atau Vibrasi Quantum. Alam diambil daripada kata ilmu, yang
mana memberikan erti sebagai ‘yang diketahui’. Tuhan adalah pihak ‘ yang
mengetahui’ manakala Alam adalah pihak ‘yang diketahui’. Pihak ‘yang diketahui’
adalah ‘yang diciptakan’ daripada GETARAN ENERGY pelbagai frekuensi. Pihak ‘yang
mengetahui’ adalah ‘pencipta’ dan maha tidak terjangkau, tidak bergetar dan
tidak ada frekuensi. Bahasanya rumit dan susah, jangan lupa minum kopi dulu
kalau bingung hehehe
GETARAN ENERGI pelbagai frekuensi
inilah yang menghasilkan alam berbagai dimensi dan peringkat. Wujudnya dimensi
dan peringkat adalah kerana wujudnya beza frekuensi getaran. Sama seperti
maqam-maqam rohani. Bezanya adalah tahap getaran. Semakin tinggi sebuah maqam rohani,
bermakna semakin tinggi kesedarannya mendaki alam. Semakin rendah maqam rohani,
semakin rendah jugalah kesedaran rohaninya menuruni alam. Indahnya di sini
adalah, nafs manusia atau kesedaran manusia mampu mendiami kesemua level yg ada,
tidak seperti makhluk lain yang hanya mampu mendiami level dimensi atau maqam
tertentu sahaja. Ya memang manusia special, kita harus menyedari dan mensyukuri
perkara ini.
Getaran alam paling rendah adalah
alam fizikal ini. Anda boleh sentuh, raba, pegang, kasi hancur, kasi patah dan
buat apa saja tidakan fizikal di alam ini. Alam fizikal ini termasuklah jasad
anda. Jasad anda segetaran dengan semua objek fizikal lainnya di alam ini. Nafs
anda stuck di jasad ini, dan merasa jasad ini adalah dirinya. Inilah yang
menimbulkan ‘siksa dan sengsara’. Atas dasar itulah kita harus menguasai lebih
dulu getaran alam fizikal, atau getaran badan kita sendiri baru nafs ini boleh melepaskan
diri daripada cengkaman kesedaran fizikal yang mengikatnya sehingga tidak mampu
naik ke getaran alam seterusnya. Pada level getaran paling dasar ini, manusia
harus menguasai gerak tubuhnya sehingga boleh diperintah dan digerakkan
mengikut perintah fikiran yang logik dan bermoral. Di sinilah Syariat
berperanan dalam hidup manusia. Syariat dijadikan sebagai dasar utama dalam
upaya manusia meningkatkan kesedaran rohaninya menuju makrifatullah, atau illumination of the soul.
Seni mengolah gerak tubuh, jika
dikombinasikan lagi dengan ilmu olah pernafasan maka akan lebih lengkap dan
padulah objektif kita dalam usaha meningkatkan kesedaran rohani kita. Dengan
menguasai ilmu mengolah nafas, kesedaran kita mampu menguasai ilmu getaran
tubuh fizikal ini. Manfaatnya bukan sahaja utk peningkatan kesedaran rohani,
tetapi juga utk kesihatan menyeluruh tubuh fizikal dan mental. Kenapa bisa? Iskkk…
Ada lagi yang angkat tangan dan bertanya huehehe… Kerana seluruh tubuh ada
frekuensi getarannya sendiri, sel-sel yg bergabung membentuk tisu, lalu
organ-organ kemudian sistem tubuh lengkap, masing-masing bergetar pada frekuensi
tertentu. Timbulnya penyakit adalah kerana berlakunya offside pada frekuensi-frekuensi pada tubuh ini. Jadi bukan hanya
dalam padang bola sepak yang ada offside hehehe... Frekuensi getaran energy tubuh
pun ada offside. Kalau offside di padang bola cuma kena penalty tendangan
percuma. Tapi kalau offside pada frekuensi energy tubuh, penaltinya berat iaitu
penyakit-penyakit dan masalah kehidupan yang menyeksa diri.
Aliran energi yang mengalir
ditubuh anda adalah energy kesatuan dgn gelombang energy alam semesta raya ini,
dan berhubung terus dgn sang pencipta. Jadi sangatlah penting memulakan
perjalanan rohani anda dengan mengenal dan menguasai getaran energy diri
peribadi anda, dalam usaha anda mendaki perjalanan rohani yang kukuh dan utuh. Ramai
spiritualist yang berjalan menuju tuhan mengalami penyakit-penyakit kronik. Ini
kerana mereka sentiasa mengakses energy superhalus alam ketuhanan yang
mana sangatlah bermanfaat utk perkembangan tubuh-tubuh halus rohani mereka
namun membuat tubuh fizikalnya rapuh kerana lupa atau mengabaikan pengolahan gerak nafas
tubuh fizikal. Ini adalah pendapat peribadi kecil saya sahaja, dan sudah tentu
tidak lari drpd persepsi hasil latar belakang kefahaman dan pengalaman yg juga
bersifat peribadi. Jadikan ianya sekadar menambah khazanah ilmu anda.
Perjalanan menuju makrifatullah
adalah sebuah perjalanan panjang penuh perjuangan. Namun sebenarnya penuh
keindahan. Perjalanan ini jadi begitu indah dan penuh makna apabila anda mula
menyedari, mengamalkan dan mengaplikasikan Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi
Energi, Vibrasi Quantum ke dalam kehidupan anda seharian. Kalau dulu anda hidup
hanya memanfaatnkan kekuatan otot dan fikiran, kini anda mula punya kekuatan
baru iaitu kekuatan Ilmu Getaran Tenaga, Vibrasi Energi, Vibrasi Quantum,
atau pendek kata kekuatan TENAGA DALAM yang akan sangat bermanfaat membantu anda
mengharungi hidup dengan lebih baik dan penuh makna indah.
Semoga tulisan ini memberikan
anda manfaat sebanyak mungkin.
Salam kasih sayang terindah dari
dasar hati yang paling halus.
~from QI with Love
Love all being from all dimension. Peace to all.
ReplyDelete