Salam ramadhan yg mulia, salam kasih sayang yang hangat utk semua pembaca budiman.
Sekian lama tidak menulis apapa artikel di blog ini. Alhamdulillah berkah ramadan ini, tergerak hati kembali utk menulis. Puji dan syukur kepada tuhan semesta alam.
Manusia hanya punya dua aspek utama paa dirinya. Pertama adalah aspek ghaib iaitu rohani manusia. Kedua adalah aspek zahir iaitu jasmani manusia. Sering kali kita dengar atau baca org2 bijaksana berkata soal Hati. Hati yg diperkatakan di sini adalah merujuk kepada aspek rohani manusia, bukan hati fizikal.
Alam rohani adalah alam Kekuasaan. Manakala alam jasmani adalah alam di mana Kekuasaan tadi menunjukkan Kesan. Bahasa mudahnya, alam rohani adalah Sebab sedangkan alam jasmani adalah Akibat. Aas dasar ini, apa juga yg anda telah alami, sedang alami dan akan alami di alam kehidupan fizikal anda, itu semua adalah Akibat daripada daripada apa yang ada di alam rohani anda, atau Hati anda. Ya benar, begitu hukumnya. Samada menggembirakan atau menyedihkan, untung atau rugi, tuah atau sial dan sebahasa dan yg segolongan dengannya, itu semua adalah Akibat dari hati anda sendiri.
Hati anda yang mengakibatkan semua itu terjadi. Segala sesuatu yg terjadi adalah Akibat daripada suatu Sebab. Bila saya katakan bahawa Hati anda punca semua kejadian dalam hidup anda, sudah tentu ini sangat membingungkan bagi sesetengah kita. Kalau begitu, di manakah posisi Kuasa Tuhan? Ini pastinya satu subjek yg sangat menarik utk dibincangkan.
Kuasa Tuhan adalah kuasa mutlak. Di alam rohani Kuasa Mutlak itu berada di kedudukan yg Maha Tinggi, kemudian ia melalui beberapa level penurunan dalam prosesnya memberi Kesan ke alam nyata. Salah satu stesen atau mqam penurunan Kuasa itu terletak di Hati manusia sebelum ia menyatakan efeknya di alam 3 dimensi.
Oleh kerana itu, apabila anda berkehendak/berniat, maka sebenarnya anda sedang menyalurkan Kuasa tersebut pada darjah atau kadar tertentu yg ditentukan oleh sejauh dan sekuat mana rohani anda terhubung dgn sumber Kuasa tersebut. Majoriti manusia sangat lemah hubungnnya dgn sumber Kuasa ini, kerana merasa terpisah dgnnya. Semakin tenang Hati anda, semakin kuat hubungan anda dgn Kuasa tersebut dan semakin besar Power yg anda boleh salurkan. Ketenangan dan keheningan hati, ditentukan oleh amalan-amalan seharian anda, atau ritual-ritual ibadah anda. Dengan mengolah rohani anda secara utuh dan baik pasti anda akan temui kebahagiaan.
Setakat itu dahulu yg boleh saya kongsikan pada artikel ini utk mencetuskan fikir dan seterusnya zikir pada diri anda pembaca budiman sekalian dalam anda usaha mencari kebenaran dalam hidup ini.
Salam kasih sayang tanpa batas yg tulus dari hati utk seluruh isi alam :)
No comments:
Post a Comment