Salam sejahtera untuk anda para pembaca budiman :)
Diri menusia wujud di 7 lapisan dimensi alam. Ini bermakna anda memiliki 7 lapisan tubuh yg mana masing-masing satu tubuh menempati setiap satu lapisan dimensi tersebut.
Ada 7 dimensi alam ( sains metafizik )
Ada 7 martabat wujud ( tasauf )
Ada 7 maqam nafsu ( tasauf )
Ada 7 peringkat cakra ( ilmu aura )
Ada 7 lapisan tubuh ( ilmu aura )
“Sesungguh nya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )
Tubuh Fizikal anda menempati dimensi paling luar atau dimensi ke 3 yg sangat jelas dan nyata. Lapisan tubuh ini dijana oleh Cakra Dasar, mewakili unsur padat/tanah dengan aura frequensi merah. Dalam ilmu tasauf ia setara dgn maqam nafsu Ammarah.
“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”(Surah Yusof – ayat 53)
Lapisan tubuh anda yang kedua adalah Tubuh Emosinal yg berpusat di Cakra Seks, mewakili unsur cair/air dgn frekuensi gelombang berwarna jingga. Dalam ilmu tasauf ia sebanding dgn maqam nafsu Lawwamah.
“ Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah (mencela dan pengkritik diri). ” (Al-Qiamah: 2)
Lapisan tubuh anda yang ketiga adalah Tubuh Intelektual yg dipancarkan oleh Cakra Pusat, mewakili unsur api dgn gelombang aura kuning. Dalam ilmu tasauf ia sebanding dgn maqam nafsu Mulhamah.
“ Demi nafsu (manusia) dan yg mnjadikannya (Allah) lalu diilhamkan ( Mulhamah ) Allah kepadanya mana yg buruk dan mana yg baik, sesungguhnya dpt kemenanganlah org yg mnyucikan hatinya dan rugilah (celakalah) org yg mngotorkannya. ” (As-Syam: 8-10)
Lapisan tubuh anda yang ke 4 adalah Tubuh Intuisi yg dijana oleh cakra jantung, mewakili unsur angin dgn frekuensi getaran aura hijau-merah jambu. Dalam tasauf ia setara dgn nafsu muthmainnah.
“ Wahai orang yang jiwa-jiwa yang tenang (muthaminnah), pulanglah ke pangkuan tuhanMu dalam keadaan redha dan diredhai dan masuklah ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku. “ (Al-Fajr: 27-30)
Setiap level dimensi, cakra, lapisan tubuh, dan maqam nafsu masing-masing memilki karakter yang tersendiri. Dari sisi tasauf islam, jika anda perhatikan, 3 maqam nafsu yg pertama masih ada ' sifat kejahatan' dan dengan itu masih 'berbau neraka'. Pada tiga makan nafsu ini, boleh kita katakan bahawa kita masih belum mencium bau-bau syurgawi. Manakala pada makam nafsu yang ke 4 barulah ada seruan utk 'pulang kepada Allah dan memasuki syurga'. Mahu atau tidak, berdasarkan hakikat ini maka utk dapat 'kembali kepada Allah dan memasuki syurga' kita harus meningkatkan level spiritual kita ke makam nafsu muthmainnah.
Manusia dicipta daripada 4 unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin seperti yang kita ketahui pada tulisan di atas. Hanya ini ilmu yang kita biasa terima dari ilmuan dulu-dulu. Sedangkan sebenarnya ada lagi 3 unsur yang membina manusia di atas 4 unsur tadi. Kenapa dirahsiakan? Mungkin kerana 3 unsur di atas terlalu halus, terlalu bersifat spiritual, sehingga ia terlalu rahsia. Namun untuk mengolah diri kita seutuhnya, 3 unsur tersebut harus kita ketahui. Namun kerana sifatnya terlalu halus dan rahsia, sangat jarag didengar oleh masyarakat umum maka kita bahaskan 3 unsur itu dalam sesi kelas sahaja.
Tubuh Intuisi, Cakra Jantung, Nafsul Muthamainnah, adalah permulaan bagi Kesedaran Tertinggi anda, atau Higher Self anda. Di sinilah storage pertama tersimpannya Sifat Tanpa Batas. Inilah diri anda yang menjadi cermin bagi sifat-sifat ketuhanan yang mutlak. Kerana itu, diri itu suci dan murni tanpa ada noda-noda kejahatan. Orang dulu-dulu mengistilahkan lapisan kesedaran ini sebagai 'Diri Sebenar Diri', di bawahnya pula sebagai 'Diri Terperi' dan beberapa lagi istilah yang menggambarkan lapisan-lapisan kesedaran diri manusia. Apapaun istilahnya, ia hanyalah upaya manusia utk menggambarkan sesuatu yang dia fahami dgn gayanya sendiri. Ilmu yang sama, istilah yang berbeza kerana latar yang berbeza.
Hidup, Ilmu, Kebijaksanaan dan Kuasa dari sumber yang tanpa batas hanya boleh diakses pada Nafsul Muthamainnah ini. Sangatlah bahagianya hidup jika kita manusia mampu mengakses level kesedaran ini. Namun untuk menuju ke sana boleh jadi sukar dan boleh jadi mudah, tergantung bagaimana anda memahaminya. Ia jadi sangat sukar kerana 'penjara doktrin' yang selama ini kita pegang turun temurun di dalam sistem keyakinan kita.
Sememangnya menuju maqam Nafsu Muthamainnah itu sulit bila dipandang dari banyak sudut. Ini kerana 3 maqam nafsu dibawahnya adalah sifat semulajadi kita manusia yang sentiasa ditarik kuat oleh fitrah sifat tanah, air dan api yg membina 3 lapisan tubuh/nafs tersebut. Saya umpamakan Nafsu Muthamainnah sebagai permata yang sangat bernilai yang disimpan kukuh di tingkat 4 sebuah bangunan. Sedangkan tingkat 3, 2 dan ground floor bangunan tersebut dikawal oleh 3 Naga yang sangat ganas. Sukarnya utk mendapatkan permata itu memberi makna betapa istimewanya ia. Anda harus menundukkan 3 Naga utk memilikinya. Kerana itu utk dapat mengakses Higher Self, anda harus menguasai 'Jurus Menundukkan 3 Naga'.
Sangat indah jika kita boleh mengakses Higher Self. Seluruh ibadah kita, solat, zikir dan apa saja amal baik kita, bahkan riadhah ramadhan yang sekarang sedang kita jalani semuanya adalah didedikasikan khas agar kita mampu mengakses Higher Self, dan kemuncaknya adalah pencapaian Lailatul Qadar. Artikel khas ttg Laillatul Qadar anda boleh baca di sini:
Ketika jasad kita masih hidup, kita harus dapat mengakses Higher Self kita. Hanya dgn itu kita boleh benar-benar 'hidup'. Semoga anda dan saya dikurniakan rezeki utk ke sana.
Salam hormat, salam ramadhan almubarak utk anda semua. Salam Kasih sayang yang tulus dari hati. Moga anda berbahagia selalu :)
~ From QI with Love
No comments:
Post a Comment