Your Magic Blog: Cinta, Syukur dan Gembira

Monday, 7 July 2014

Cinta, Syukur dan Gembira



Rasa Cinta, Syukur dan Gembira adalah perasaan-perasaan yg hanya dimiliki oleh manusia-manusia yang bahagia. Anda tidak boleh mengatakan bahawa anda perlu bahagia terlebih dahulu barulah anda boleh memiliki perasaan-perasaan ini. Tapi sebaliknya anda HARUS lebih dulu memiliki perasaan-perasaan baru anda boleh mengecapi kebahagiaan.

Alam Mental mengatur Alam Fizikal. Anda harus lebih dulu memperbaiki Alam Mental anda barulah boleh anda perbaiki Alam Fizikal anda. Berbalik lagi ke Hukum Sebab dan Akibat. Mental adalah Sebab, manakala fizikal adalah Akibat. Jika anda ingin sesuatu yang  baik muncul dan terjadi di alam Fizikal anda maka anda harus menciptakan Sebab yang baik juga di Mental anda terlebih dulu. Bagaimana? Sudah tentu dengan mencipta fikiran-fikiran yang baik, niat-niat yang baik, imajinasi-imajinasi yang baik dan perasaan-perasaan yang baik. Dan tiada fikiran, imajinasi dan perasaan-perasaan yang jauh lebih baik daripada Cinta, Syukur dan Gembira.

Ibadah-ibadah dalam agama adalah bertujuan menjadi medium latihan di mana manusia boleh mengolah Alam Mentalnya agar menjadi lebih baik. Maka pastikan bahawa ibadah-ibadah anda boleh membuat anda semakin Mencintai, semakin Bersyukur dan semakin Bergembira. Rasa Cinta, Syukur dan Gembira adalah perasaan-perasaan positif yang yang anda perolehi ketika mental anda terhubung baik dengan aspek ketuhanan kerana Tuhan itu sesungguhnya Maha Positif dan sumber segala yang positif. Kalau selama ini anda beribadah namun Mental anda masih byk negatifnya, masih suka membenci kepada sesama, masih banyak mengeluh, dan selalu pula dirundung kesedihan, itu menjadi satu tanda jelas bahawa ibadah anda telah gagal menghubungkan mental anda kepada aspek ketuhanan. Lalu anda terhubung ke mana selama ini??? Anda perlu muhasabah diri sahabat...

Dengan itu, berhubunglah dengan aspek ketuhanan agar anda boleh memiliki rasa cinta, syukur dan gembira. Berhubung dgn aspek ketuhanan itu ada macam-macam versi. Apa saja kebaikan yang anda buat, itu adalah tali penghubung kepada aspek ketuhanan. Kerana itu setelah anda berbuat suatu kebaikan, anda akan merasakan satu perasaan yang positif yg mana adalah merupakan 'hadiah' hasil connection anda dgn aspek ketuhanan. 

Satu kaedah yang sangat-sangat berimpak besar utk mengasilkan medan energy Cinta, Syukur dan Gembira adalah melalui meditasi atau tafakur. Meditasi atau tafakkur adalah cara terbaik utk menyelam ke Alam Mental dan men'delete' semua fail fikiran dan perasaan negatif dan menggantikannya dengan fikiran dan perasaan yang positif, khasnya rasa Cinta, Syukur dan Gembira tadi. Dengan men'delete' fikiran-fikiran dan perasaan-perasaan negatif di Mental anda, maka anda memusnahkan punca semua perkara negatif yang terjadi di alam fizikal anda. Tafakur/meditasi membuat anda mampu menyelami dan menerokai Alam Mental di mana potensi-potensi sejati anda tersimpan kemas.

Bangkitkanlah dan pupuklah dari hari ke hari rasa cinta, syukur dan gembira di jiwa anda. Semoga anda merasakan kebahagiaan hidup yg semakin baik dan mekar. 

SRP Syukria atau Senyum-Rileks-Pasrah Syukur Riang Ria... Ini sikap yg selalu diterapkan kpd para pelajar dalam setiap kelas-kelas metafizik-spiritual di QI.

Salam kasih sayang terindah tulus dari hati :)










No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...