Your Magic Blog: Meditasi Kesedaran Ruh

Sunday, 2 June 2013

Meditasi Kesedaran Ruh

Salam semua pembaca budiman :)

Pencerahan/makrifah melahirkan kebijaksanaan. Kebijaksanaan adalah melihat sesuatu sebagai apa adanya. Sedang persepsi adalah hijab atau penghalang ke arah melihat sesuatu sebagai apa adanya. Persepsi adalah produk daripada fikiran dan perasaan. Oleh kerana itu untuk mendapatkan pencerahan, persepsi harus dimatikan.

Pengetahuan yang sejati atau hakiki berada di atas persepsi. Apabila persepsi dimatikan barulah muncul pengetahuan sejati itu. Ilmu adalah satu sifat tuhan. Ilmu tuhan sifatnya luas meliputi seluruh alam samada yang nyata mahupun yang ghaib. Roh yang ditiupkan ke dalam Adam adalah essence dari tuhan sendiri, bukanlah satu ciptaan tuhan yang bermakna roh adalah bahagian dari tuhan. Maka oleh kerana roh adalah bahagian dari tuhan, ilmu yang diketahui oleh roh adalah ilmu yang setara dengan ilmu tuhan walaupun sedikit beza dari segi darjahnya kerana adanya proses nuzul atau penurunan penuju penzahiran. Begitu juga dengan sifat-sifat tuhan yang lain.

Atas dasar ini, dengan aktifnya kesedaran roh maka akan aktiflah pula sifat-sifat ketuhanan di dalam diri manusia. Lalu bagaimanakah cara untuk mengaktifkan kesedaran roh???? Soalan ini akan membawakan anda menuju kunci bagi makrifah.

Jawapannya.... Matikan persepsi melalui proses meditasi. Meditasi adalah satu aktiviti rohani iaitu memfokuskan seluruh kesedaran terhadap satu titik fokus. Semua ritual yang ada di dalam agama tujuannya adalah ini. Di dalam islam, titik fokus bagi kesedaran adalah Allah... Zikrullah. Inti bagi semua ibadah adalah zikrullah dan solat mengambil tempat sebagai zikir yang paling lengkap di mana fizikal, mental dan spiritual semuanya berzikir. Fizikal berzikir melalui gerakan tertib terutama rukuk dan sujud. Mental berzikir melalui penumpuan kepada Allah manakala spiritual berizikir dengan kesedaran kepasrahan kepada Allah. Kesemua elemen manusia berzikir secara serentak dan harmoni. Ini hanya ada di dalam ritual solat. Ibadah lain juga intinya adalah zikir. Puasa, zakat, haji dan lain-lain intinya adalah zikir, tetapi tidak selengkap ketika solat.

Inti utama bagi setiap ibadah adalah, menumpukan fikiran dan perasaan pada satu titik konsentrasi melalui proses yang berulang-ulang sehingga fikiran dan perasaan jadi semakin terbiasa dan semakin terfokus. Melalui proses ini, persepsi semakin berkurang dan berkurang dan kesedaran akan semakin mendalam dan mendalam sehingga akhirnya kesedaran roh mampu diaktifkan.

Di sini, objek konsentrasi fikiran akan sangat mempengaruhi laluan kita menuju pencerahan. Jika objek konsentrasi adalah objek-objek alam, bunyi-bunyian, imej-imej tertentu, warna-warna tertentu, cahaya-cahaya tertentu dan lain-lain sebagainya maka kesedaran kita boleh terbatas hanya pada level alam saja, belum menuju ke pencerahan ilmu-ilmu hakikat. Sekalipun begitu, kesedaran yang meningkat ke atas akan sangat banyak manfaatnya utk kehidupan kita di dunia ini.

Roh adalah potensi unlimited. Oleh itu untuk dapat mengaktifkan kesedaran roh, kita perlukan objek konsentrasi yang juga unlimited, iaitu Allah yang wujudnya tidak terbatas dan meliputi segala sesuatu. Pendek kata lagi, untuk menuju makrifah.......... Kuncinya adalah zikrullah.......... Yang harus dilakukan secara istiqamah, rileks dan pasrah.

Sistem meditasi sin ilahi-sin hu menerapkan konsep ini. Senyum, rileks dan pasrah sambil memfokuskan kesedaran kepada Allah melalui zikir qalbi pada level sin ilahi murid dan master, dan zikir khafi pada level sin hu disamping mengaktifkan generator-generator energy di dalam sistem tubuh aura. Pendek kata sistem latihan sin ilahi- sin hu menggabungkan latihan energy dan latihan rohani sufistik. Di sini saya berusaha untuk tidak bias. Sistem latihan sin-ilahi-sin hu bukanlah satu sistem yang sempurna, tetapi boleh dikatakan elemennya lengkap untuk melatih aspek-aspek mental dan rohani di dalam diri untuk menuju pencerahan. Sedangkan untuk mengolah potensi fizikal, adalah tersangat-sangat baik jika menggunakan kaedah jurus pernafasan tenaga dalam. Ini lain cerita lagi, akan saya tulis di lain artikel nanti.

Sistem latihan sin ilahi-sin hu bukanlah satu sistem latihan yang bertujuan untuk menggantikan fungsi solat, jauh sekali dari tujuan itu. Solat adalah latihan rohani yang didesign sendiri oleh Allah, tak mungkin dapat disaingi oleh mana-mana kepintaran di alam ini. Boleh kita katakan bahawa, latihan sin ilahi-sin hu adalah satu latihan mengolah rohani melalui zikrullah yang digabungkan dengan latihan energy untuk menghasilkan efek yang lebih efektif daripada sekadar zikir atau sekadar latihan energy saja. Kalau ada sesiapa dari kalangan pembaca yang berusaha menghentam tulisan ini silakan saja. Saya takkan layan kerana ini tujuannya hanya ingin membandingkan ketinggian ilmu dan pendapat... Namun bagi yang berusaha untuk mencari kefahaman dari bermacam persoalan yang timbul melalui cara yang harmoni dan penuh kasih sayang dan rasa persaudaraan, insyaAllah I will serve u the best I can... Ini kalilah!

Sekian dulu tulisan pada kali ini. Salam makrifah, salam sukses dan salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk anda semua yang sedang mencari kebenaran :)

~ from QI with Love


4 comments:

  1. Tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Boleh sy tau siapa pengasas meditasi sin ilahi-sin hu seperti yang terdapat dalam posting ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhwah :)

      pengasas sistem ilmu sin ilahi-sin hu adalah yg saya hormati bapak ahmad ghozali, pengasas yayasan persada ilahi jakarta. utk lebih kenal dgn beliau blh layari lawan web rasmi yayasan persada ilahi http://www.persadailahi.org/

      trima kasih ;)

      Delete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...