Your Magic Blog: Panduan Self Healing - Penyembuhan Diri Sendiri

Friday, 31 May 2013

Panduan Self Healing - Penyembuhan Diri Sendiri

Salam sejahtera semua pembaca yang budiman :)

Pada artikel kali ini saya ingin sharing berkenaan Self Healing (SH) atau bahasa kita Penyembuhan Diri Sendiri. SH adalah latihan wajib yang harus dilakukan oleh setiap murid yang telah mengambil apapa aliran ilmu energy khasnya reiki atau Sin Ilahi-Sin Hu.

Tujuan SH adalah untuk melatih murid mengakses energy dari alam semesta lalu menyalurkan energy tersebut melalui meridien (jalur energy) di tubuh aura masing-masing menuju titik-titik tertentu di tubuh khasnya 7 titik aura. Latihan ini begitu penting bagi murid atas-atas sebab-sebab berikut:

1. Melatih dan membiasakan murid untuk mengakses energy dari alam semesta melalui cakra mahkota.
2. Melatih murid menguasai aliran energy di tubuh.
3. Membersih dan membesarkan meridien (jalur energy).
4. Membersih, menerang, dan mengharmonikan cakra-cakra.
5. Membersih, menerang dan membersihkan semua tujuah lapisan tubuh aura.
6. Menjadikan murid sembuh, sihat dan kuat secara fizikal, mental dan spiritual.

Penyembuhan berdasarkan energy adalah berdasarkan prinsip fizik kuantum yang menyatakan bahawa semua ciptaan di alam ini adalah energy termasuk organ-organ fizikal manusia, perasaan mahupun fikiran. Penyakit yang muncul samada pada organ fizikal, perasaan atau fikiran bermula pada sistem energy yang mengawal masing-masing komponen ini. Oleh itu, jika energy yang rosak itu dibaiki maka secara automatik komponen-komponen yang dikawal itu akan membaik.

Dasar ilmu penyembuhan yang saya sharing di sini adalah berdasarkan standard penyembuhan reiki. Energy disalurkan melalui tapak tangan (hands on). Sebenarnya banyak lagi poin-poin yang biasa difokuskan dalam self healing mengikut ilmu penyembuhan reiki, namun saya lebih memfokuskan penyaluran energy terhadap 7 cakra utama kerana 7 cakra ini adalah generator utama semua lapisan tubuh aura yang berkaitan dengan semua sistem tubuh fizikal mahupun tubuh aura. Setiap penyakit berpunca daripada imbalance energy pada cakra-cakra oleh kerana itu apabila cakra-cakra berkaitan diurus dengan baik maka secara hukum penyakit-penyakit yang timbul itu akan sembuh, samada cepat atau lambat bergantung kualiti dan kuantiti energy yang disalurkan.

Penyembuhan melalui sistem ini adalah penyembuhan holistik yang bermakna penyembuhan menyeluruh. Contohnya, jika seseorang mengalami sakit jantung, paru-paru dan hati maka penyaluran energy hanya ditujukan ke cakra berkaitan iaitu cakra jantung untuk membaiki aliran energy ke organ-organ tadi. Tidak semestinya harus melakukan penyaluran energy ke masing-masing organ untuk melakukan proses penyembuhan.

Berikut adalah panduan bergambar cara SH, modelnya salah seorang anggota saya di QI, Paranorms Crew Afizi Jais. Kami persembahkan untuk anda para pencinta ilmu metafizik, khasnya para pelajar QI di mana juga anda berada :)


Senyum, Rileks, Pasrah (SRP)
Posisi pertama ini adalah posisi sikap Senyum, Rileks dan Pasrah. Anda boleh memilih untuk duduk bersila atau duduk di kerusi dengan tapak kaki menyentuh lantai. Pastikan tulang belakang tegak namun tetap rileks. Senyumlah, lupakan semua masalah anda. Satukan jiwa dan raga anda. Rasakan seluruh tubuh anda dari kepala hingga kaki. Kendurkan semua otot-otot, khasnya otot menahan kencing. Bernafas dengan biasa dan tenang. Pasrahkan hati anda kepada Tuhan dengan kesedaran di dalam hati anda bahawa anda adalah makhluknya yang sentiasa layak untuk mendapat rahmat dan kasih sayangNya yang luas dan melimpah. Sikap SRP perlu anda pertahankan sepanjang latihan bahkan sehingga ke setiap ruang kehidupan anda seharian. SRP melatih memendam ego anda, membuka ruang untuk Higher Self/ Kesedaran Roh anda yang super pintar untuk aktif mengelola semua aktiviti mental dan fizikal anda.


Berdoa

Jika anda sudah merasa cukup rileks, panjatkan doa kepada Tuhan untuk memohon rahmat dan berkatNya, kesembuhan yang sempurna bagi fizikal, mental dan spiritual anda serta mohon bimbingan sepanjang latihan dan juga dalam seluruh perjalanan hidup anda. Doanya bebas ikut gaya anda masing-masing yang penting doanya sungguh-sungguh dan ikhlas.

Lalu niat untuk mengakses energy yang anda ingin gunakan, misalnya bagi pelajar Sin Ilahi-Sin Hu niatkan untuk mengakses energy Sin-Ilahi/SinHu untuk tujuan penyembuhan menyeluruh semua aspek fizikal, mental dan spiritual anda. Contoh niat:

" Saya niat mengakses dan menyalurkan energy Sin Ilahi/Sin Hu untuk membersihkan dan menyembuhkan tubuh fizikal dan semua lapisan tubuh energyku secara menyeluruh dan sempurna. Terjadilah dengan izin dan kuasa Allah"

Niatnya boleh menggunakan gaya bahasa anda sendiri mengikut selera dan gerak hati anda. Ingat, dalam spiritual tiada kongkongan.



Penyembuhan Cakra Mahkota

Lalu perlahan lahan gerakkan tangan ke kepala seperti posisi gambar di atas. Jari-jari biarkan renggang. Tangan tidak perlu keras. Letakkan dengan lembut dan santai di kepala. Satu posisi penyembuhan memerlukan 1-5 minit penyaluran energy. Utamakan untuk mengikuti gerak naluri anda. Anda tidak perlu membaca apapa mantra atau zikir. Tetap SRP... Usah risau bagi anda yang sudah terbiasa dengan baca-bacaan kerana sikap Pasrah adalah zikir tertinggi yang boleh anda lakukan di mana anda menyerah total kepada Allah zahir dan batin. Rasakan energy flow di sekitar tangan dan tubuh anda. Jika anda belum boleh merasakan aliran energy usah risau apatah lagi sampai stress. Tidak mengapa... Energy yang anda akses sangat-sangat super duper halus. Asalkan anda sudah menerima attunement maka energy tetap mengalir setelah anda berniat. Hanya saja kepekaan anda belum cukup tajam untuk merasakannya. Namun seiring latihan, kepekaan anda pasti akan semakin tajam.



Penyembuhan Cakra Ajna (front view)

Jika sudah, pindahkan tangan mengikut gambar di atas ini. Pindahkan tangan kanan dulu baru tangan kiri. Jangan pindahkan tangan secara serentak untuk menjaga aliran energy agar kekal tersambung ke tubuh anda. Prosedur yang sama anda lakukan untuk posisi penyembuhan seterusnya. Kekalkan sikap SRP.

Penyembuhan Cakra Ajna (side view)

Penyembuhan Cakra Kerongkong

Penyembuhan Cakra Jantung

Penyembuhan Cakra Solar Plexus

Penyembuhan Cakra Pusat

Penyembuhan Cakra Seks

Penyembuhan Cakra Dasar (side view)

Penyembuhan Cakra Dasar (back view)

Selesai latihan Self Healing. Sudahi dengan mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan atas kurnia energy, ilmu, kesihatan, bimbingan dan semua kebaikannya yang sentiasa melimpah kepada anda. 


Penyembuhan Express

Posisi penyembuhan ini adalah kaedah tambahan iaitu Penyembuhan Express yang boleh anda lakukan dalam tempoh singkat 3-10 minit misalnya ketika anda di ofis, rehat di mana-mana, atau bahkan ketika anda tidur. Tapak tangan letak di cakra jantung manakala tapak tangan kiri di cakra pusat. Latihan SH ini hanya tambahan manakala penyaluran untuk 7 cakra lengkap seperti di atas tadi tetap wajib anda lakukan.

Sekian dulu tulisan kali ini. Semoga bermanfaat bagi anda. Ingat selalu bahawa kunci kesuksesan setiap amalan terletak pada daya konsistensi atau istiqamah.

Salam makrifah, salam sukses dan salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk anda semua :)

~ from QI with Love


No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...