Salam semua pembaca budiman :)
Begitu lama saya tidak update tulisan di blog ini. Mohon maaf kepada para pengikut tegar blog ini yang menantikan tulisan-tulisan saya. Moga-moga selepas ini saya akan ada banyak masa untuk menulis dan sharing kepada anda semua :)
Kali ini saya ingin berbagi pengetahuan berkenaan energy-energy asing yang melekat atau menyusup masuk ketika kita sedang mempraktikkan ilmu-ilmu paranormal-spiritual. Kita ambil satu contoh iaitu reiki. Sebelum saya menulis lebih jauh tentang perkara ini, saya ingin bagitahu bahawa saya juga adalah seorang praktisi dan master beberapa varian reiki. Maklumat ini perlu agar nanti tidak dikatakan saya bias terhadapa satu disiplin ilmu, atau saya membahas sesuatu yang saya belum tahu dan dalami.
Satu-satu ilmu diturunkan ke satu kaum. Bukan atas tanggung jawab sesiapa, tuhan sendiri yang mahu dan pasti kebijaksanaanNya yang agung yang melatari aksi itu. Pada mulanya ilmu itu murni dari dimensi rohani yang suci dan tinggi. Sistem pengetahuan itu murni tanpa decoration unsur bumi. Ketika ilmu itu ditakdirkan atas alasan tuhan sendiri jatuh ke tangan someone on the earth, ilmu itu mula dihias dengan bermacam hiasan budaya dan agama manusia penerima ilmu tersebut. Ilmu itu dinamakan dengan bahasanya, diolah dengan gaya budayanya, dilatih ditempat ibadat agamanya, disampaikan dengan gayanya sendiri, dan sebagainya.
Pada tahap ini, ilmu yang murni itu sudah dihiasi dengan 'energy-energy asing'. Anda perlu ingat dasar ilmu Quantum Physics yang mengatakan bahawa semua kewujudan di alam ini adalah energy dalam pelbagai level frekuensi.
Misalnya reiki... Pada awalnya, ilham sistem ilmu reiki adalah murni dari dimensi rohani yang tinggi dan suci. Namun ditakdirkan tuhan untuk turun di jepun kepada orang jepun yang budayanya nippon. Energy yang disharingkan melalui proses attunement, pada hemat dan pengalaman peribadi saya mengandungi unsur mindset jepun, agama dan keyakinan orang jepun. Bagi anda yang waskita, terbuka mk3 silakan di scan. Fokuskan untuk tuning ke frekuensi disebalik energy yang melatari energy reiki tersebut. Macam-macam yang anda akan lihat. Bukanlah seharusnya ada jin. Bagi anda yang skeptik dan pesimis dengan reiki, usah merasa menang dengan kenyataan ini. Ini hanya sharing untuk melihat situasi apa adanya agar praktisi reiki lebih kenal apa itu reiki.
Suatu amalan yang kita lakukan setiap hari, akan membina mindset yang seterusnya membentuk sikap seharian kita. Energy-energy yang anda serap setiap hari akan tersimpan di memori bawah sedar anda dan akan membentuk sikap yang baru samada anda sedar atau tidak. Jika anda pengamal tegar reiki, yang bermuara secara penuh dari jepun, secara perlahan kebudayaan jepun akan meresap dalam mindset dan sikap anda. Dalam meditasi anda mungkin akan terbayang suasana di jepun. Mungkin terlihat gunung fuji, bunga-bunga sakura, kuil-kuil jepun, baju kimono dan lain-lainnya. Anda mungkin perlahan-lahan akan suka makan sushi, pakai kimono, buat rumah ala jepun, dan sebagainya. Perkara yang sama juga sedang terjadi dengan trend remaja kita sekarang ini. Setiap hari melihat wayang korea, dengar lagu korea, baca tentang artis korea dan yang selari dengannya. Proses ini sebenarnya adalah 'meditasi tanpa sedar' di mana fikiran terfokus secara konsisten terhadap suatu objek dan minda mula merakam semua perkara berkaitan objek tersebut dan menzahirkannya pada aspek fizikal kita. Jadi jangan harian mengapa anak-anak muda sekarang sangat ramai yang fanatik k-pop. Rambut, pakaian, percakapan semua ala korean. Ada proses energy dan minda bawah sedar disebalik semua ini.
Dari satu sisi, perkara ini bukanlag sesuatu yang berbahaya. Tiada dosanya jika ingin meniru budaya luar. Tiada dosanya makan sushi selagi ia halal. Sedap apa!. Tiada dosanya pakai kimono. Tiada dosanya selagi keyakinan dan akidah tidak tergugah, serta halal dan haramnya tetap dijaga. Namun bagi anda yang ingin mempertahankan kemurnian budaya, dan bagi anda yang sangat menjaga kemurnian akidah, yang sangat takut jika tergelincir dari main stream, silakan belajar ilmu yang murni, atau yang telah dihiasi dengan budaya islami yang begitu selari dengan budaya asal kita.
Inti bagi ilmu reiki adalah mengakses energy ilahi melalui cakra mahkota. Samada proses mengakses itu dengan cara orang jepun, atau dengan cara orang putih, atau dengan cara orang melayu, itu saja bezanya. Hanya berbeza pada cara dan cara itu dilatari oleh mindset masing-masing budaya dan mindset pula dibentuk oleh latar belakang keyakinan budaya terssebut. Pendek kata, jika anda orang islam, silakan belajar reiki yang telah dihiasi dengan budaya islam. Seorang budha yang belajar ilmu reiki yang islami, lambat laun akan masuk islam kerana ada 'energy asing islamik' pada energy reiki disitu yang hari-hari dia akses.
Kecuali anda sudah mencapai pencerahan, benda-benda begini tidak jadi masalah kerana anda sudah boleh bezakan mana ilmu yang murni dan mana pula hiasan-hiasan budaya pada ilmu tersebut.
Semoga tulisan ini bermanfaat bagi anda. Salam makrifah, salam kejayaan, salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam untuk anda. Semoga anda sentiasa diberkati tuhan semesta alam :)
~ from QI with Love
Pendek kata, jika anda orang islam, silakan belajar reiki yang telah dihiasi dengan budaya islam. Seorang budha yang belajar ilmu reiki yang islami, lambat laun akan masuk islam kerana ada 'energy asing islamik' pada energy reiki disitu yang hari-hari dia akses.
ReplyDeleteTERBAIIKK