Salam kedamaian kepada semua :)
Saudara2 yg budiman... 'Mengenal tuhan' adalah satu mutiara tertinggi kehidupan yang mampu dicapai oleh mana-mana peribadi. Oleh kerana begitu agung dan mahalnya pencapaian ini, maka dibuat jalannya menuju ke situ berliku penuh cabaran. Ini adalah satu proses selection of nature bagi memastikan hanya jiwa-jiwa kental dan tahan banting yang mampu ke sana :)
KESEDARAN adalah kunci utama dalam perjalanan ini. MENYEDARI siapa AKU sebenar dan hidup sebaga AKU. Inilah tujuan...
'aku' yangg anda sedang anda miliki sekaran adalah sebuah kesedaran ketika roh anda masih terkandas di stesen kesedaran paling bawah. Di setiap stesen menuju ke dimensi yang semakin tinggi, sang 'aku' semakin SEDAR tentang dirinya sehinggalah 'aku' menjadi 'AKU' yang sejati.
Lalu dari mana dan bagaimana untuk memulakan transformasi kesedaran ini? Mudah saja sebenarnya. Fokuskan fikiran terhadap satu 'objek konsentrasi' secara istiqamah sehingga fikiran menjadi hening dan tenang dari semua gelombang-gelombang liar. Oleh kerana sang AKU datangnya dari Zat Yg Maha tak Terbatas, maka transform 'aku' menuju sang AKU, 'objek konsentrasi' fikiran ini haruslah juga sesuatu yg sifatnya 'luas tanpa batas'. Jika fikiran difokuskan kpd objek-objek terbatas maka selagi itu 'aku' takkan pernah jadi AKU... Energy, aura, bunyian, rajah, gambar, patung dll masih lagi kategori objek-objek terbatas, masih belum mampu mentransfromasi 'aku' menuju AKU kerana tidak satu 'league'. Namun sebagai permulaan bagi menjinakkan fikiran yangg masih liar bolehlah digunakan pada awalnya :)
Akan tetapi dalam proses yg serius utk mentransform kesedaran 'aku' menjadi AKU, 'objek fokus' haruslah Zat Mutlaq iaitu ALLAH. disinilah ritual zikir mengambil tempatnya. Zikir mampu mentransform kesedaran 'aku' menuju AKU. Zikir adalah proses ingat... Bukan hanya ingat, tapi INGAT SECARA KONSISTEN. Day by day, week by week, until months and years.
Sebuah transformasi KESEDARAN, tidak boleh dipaksakan kerana ini adalah satu-satunya target yang diusahakan melalui proses 'berusaha untuk tidak berusaha'. Hukum umum yg kita ketahui adalah, jika kita inginkan sesuatu kita harus berusaha keras untuk mendapatkannya. Ini adalah hukum yg valid untuk tujuan material. Tetapi proses ini jadi terbalik jika menuju spiritual. Untuk mentransfromasi kesedaran, harus 'berusaha untuk tidak berusaha'. Ertinya apa, lakukan ritual anda dengan rileks dan pasrah. Off kan fikiran dan emosi anda... Senyum, Rileks dan Pasrah. Nampak mudah, tetapi hakikatnya begitu sulit.
Sikap SRP ini, adalah sikap yang sentiasa kita terap dan tekankan dalam setiap ritual latihan spiritual khasnya latihan Sin Ilahi dan Sin Hu serta latihan-latihan berbasis energy lainnya seperti reiki dan sealirannya.
Kuatkan semangat perjuangan. Tujuan pasti tercapai untuk meraih kesedaran sang AKU sejati... Pelan-pelan saja bah :)
Selamat berjuang dalam perjalanan rohani anda. Semoga rahmat dan kasihNya memberkati dan memudahkan perjalanan anda. Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam.
~ From QI with Love :)
No comments:
Post a Comment