Your Magic Blog: Divine Potential Activation Training Part 1

Wednesday, 13 March 2013

Divine Potential Activation Training Part 1


Salam hormat untuk semua pembaca budiman :)

Melalui artikel ini, saya ingin membawa anda untuk meneroka diri anda lebih dalam ke arah mengenal potensi sejati anda. Sepertimana yang sering saya ungkapkan dalam tulisan-tulisan saya yang lepas, manusia terdiri daripada 3 aspek utama iaitu Fizikal, Mental ( aspek fikiran dan emosi ) serta Roh.

Selama ini kita hanya mengenal potensi tubuh fizikal kita. Kita jaga, kita rawat, kasi cantik dan kasi hensem. Kita juga semakin mengenal potensi mental kita melalui ceramah-ceramah motivasi di media-media cetak dan elektronik. Kita belajar untuk mengolah fikiran dan emosi, kita belajar cara-cara berfikir dan beremosi positif, belajar kaedah-kaedah visualisasi dan imajinasi. Sekalipun potensi mental yang terpendam di dalam diri kita belum kita terokai sempurna, tapi sekurang-kurangnya kita sudah mengetahui akan kewujudannya.

Bagaimana dengan potensi roh? Adakah kita sudah memiliki pengetahuan tentangnya. Pengetahuan tentang roh hanya diturunkan kepada ahli makrifah. Begitu tinggi darjat ilmu tentang roh sehingga sangat jarang dibicarakan.Kalau pun ada dibicarakan di mana-mana, kita tiada rezeki pula untuk melihat atau mendengarnya. Kalau pun ada rezeki untuk mendengar dan melihat penyampaian ilmu tentang roh, belum lah pula ada rezek untuk memahaminya. Inilah selection of nature, mekanisme alam yang digariskan oleh Tuhan agar ilmu-ilmu kategori 'secret weapon' sentiasa hanya dikuasai oleh orang-orang yang spiritualnya hensem dan cool :)

Mengenali diri membawa kesedaran kita ke atas, iaitu menuju dimensi-dimensi tinggi. Mengajak kita untuk melihat persamaan darjat. Kita akan melihat bahawa semua manusia sama saja. Asal muasalnya hanya satu. Kita hanya ada Fizikal, Mental, dan Roh yang mana asalnya hanyalah dari Tuhan yang satu. Benar Tuhan yang satu, tidak kira anda panggil Tuhan itu dengan nama apapun, anda sifati Dia dengan sifat apapun, Dia tetaplah juga Tunggal. Jika anda memahami hakikat ini, anda tidak akan melatah jika 'tuhan anda' dihina oleh orang yang 'tuhannya berbeza daripada anda'. Sekali lagi, belajar ilmu spiritual akan membawa kita kepada kesedaran kebersamaan. Pada hakikatnya perbezaan hanya wujud di luar diri. Cara berfikir dan beremosi kita boleh berbeza, rupa bentuk tubuh fizikal kita memang berbeza, namun tetaplah kita sama-sama memiliki elemen yang sama iaitu tubuh fizikal dan mental. Perbezaan hanya wujud di luar diri. Kita beza hanya pada bangsa, agama, kewarganegaraan, geografi, nilai harta benda, pekerjaan, dan lain-lain aspek luar yang dikaitkan diri kita. Inilah yang digelar sebagai Dunia.

Akan tetapi apabila kita menaiki dimensi yang yang semakin tinggi ke atas, ke alam yang semakin spiritual, maka perbezaan itu semakin hilang jejak dan kita semakin melihat kebersamaan. Apa yang ada pada diri anda itu juga yang berada pada diri saya. Anda ada fizikal, mental dan roh. Saya juga ada. Dia pun ada. Mereka di sana pun ada. dan potensi kita semua sama. Para manusia suci, para wali, dan para nabi juga sama-sama memiliki jasad fizikal, mental dan roh. Cuma kadar keterbukaan potensi mental dan roh mereka jauh lebih tinggi daripada kita manusia-manusia biasa menjadikan mereka manusia-manusia super. Kita juga boleh jadi manusia-manusia super kerana potensi kita sama saja. Cuma kadar keterbukaannya yang berbeza. Menjadi manusia super bukanlah bererti kita juga boleh jadi nabi, tidak begitu kerana nabi adalah pangkat. Namun kita boleh memiliki kemampuan ilmu, kebijaksaan, kepimpinan dan lain-lain potensi super insani yang sekelas dengan kemampuan mereka.

Kesialan-kesialan, penyakit, kemiskinan dan berbagai masalah kehidupan yang sekarang ini kita alami kerana kita gagal mengenal dan memanfaatkan potensi roh kita secara benar. Roh adalah potensi tertinggi yang dimiliki setiap manusia tanpa mengira bangsa, agama dan keyakinan yang dipegang. Roh adalah bahagian dari Zat Ketuhanan yang ertinya, roh kita memiliki potensi-potensi ketuhanan dari tujuh sifat aktif iaitu, hayat, ilmu, iradat, kudrat, sami', bashar, dan qalam serta 99 potensi asmaul husna. Oh yakah??? Benar... Kerana manusia adalah wadah atauy medium di mana tuhan ingin memperlihatkan dirinya, wujud serta semua sifat dan perbuatanNya.

Kita sebagai manusia adalah terbatas samada aspek wujud mahupun sifat. Sedangkan tuhan adalah zat yang wujud dan sifatNya mutlak. Yang Mutlak memperlihatkan diriNya melalui wujud manusia Yang Terhad. Yang Mutlak bertindak melalui tindakan manusia Yang Terhad. Hayat anda adalah penzahiran terhad dari HayatNya. Iradat (kehendak) anda adalah penzahiran terhad dari IradatNya yang mutlak. Qudrat ( Kuasa/kemampuan) anda adalah penzahiran terhad dari QudratNya yang mutlak. Begitu seterusnya dengan sifat-sifat aktif dari 20 dalam kajian ilmu uluhiah.

Begitu pula dengan sifat-sifat daripada asma-asmaNya. Kekuatan anda anda yang terbatas adalah penzahiran terhad daripada KekuatanNya yang mutlak. Kekayaan anda adalah penzahiran terhad dari KekayaanNya yang mutlak. Kasih-sayang anda adalah penzahiran terhad dari kasih-sayangNya yang mutlak. Sifat penyembuhan yang ada pada anda yang kerjanya sebagai Healer adalah penzahiran terhad dari kemampuan penyembuhanNya yang mutlak... Pendek kata, wujud, sifat, dan perbuatan anda adalah penzahiran terhad dari wujud, sifat dan perbuatanNya yang mutlak.

Potensi-potensi ini tersimpan kemas dalam bentuk kod-kod energy level nur di dimensi roh dan boleh diaktifkan sehingga ianya boleh kita manfaatkan untuk mencipta kehidupan yang harmoni dan bahagia...

InsyaAllah pada artikel seterusnya, kaedah trainingnya akan saya share untuk para pembaca sekalian.

Sekian dulu, salam kasih sayang dari lubuk hati penuh kasih sayang.

~ From QI with Love :)


No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...