Salam kedamaian, salam
persudaraan untuk semua pembaca budiman J
Tulisan pada kali ini adalah khas
ditujukan kepada para pelajar system ilmu Sin Ilahi dan Sin Hu sebagai rujukan untuk meningkatkan motivasi dalam latihan. Juga
untuk anda yang masih belum kenal atau baru kenal sedikit dengan system ilmu
ini. Credit sebesarnya untuk Grandmaster penemu system ilmu ini iaitu guru yang
saya hormati GM Ahmad Ghozali J
Tahun 2000, tahun millennium
menyaksikan satu dasar perubahan baru kepada manusia sejagat. Kesedaran
material semakin melebur dan kesedaran spiritual pula semakin hidup mekar di
jiwa manusia sejagat kesan perubahan frekuensi energy alam semesta pada skala
besar. Dari hari ke hari semakin bertambah manusia yang menyedari kepentingan
dan pengaruh kekuatan spiritual atau Spiritual Quotient kepada kemajuan dan
kebahagian hidup sehingga semakin banyak muncul buku-buku panduan serta
kursus-kursus dan seminar yang menjurus kepada pendedahan dan pembelajaran
untuk mengembangkan potensi mental-emosi-spiritual manusia.
Anda mahu percaya atau tidak,
hakikatnya kemajuan dalam semua aspek kehidupan kita samada kerjaya, kewangan,
rumahtangga, sosial, pendidikan, dan lain lain lagi adalah sangat-sangat bergantung
kepada potensi rohani kita. Ini kerana semua tindakan yang kita ambil dalam apa
saja usaha atau aktiviti kehidupan kita adalah bergantung kepada apa yang kita
fikir, rasa, dan yakini. Kegiatan fikir, rasa(emosi), dan keyakinan adalah
kerja aspek diri rohaniah kita. Sangatlah berbeza kehidupan seorang manusia
yang memiliki rohani yang kuat dan yang memiliki rohani yang lemah. Oleh kerana
itu, pada hakikatnya anda tidak punya pilihan selain belajar ilmu atau cara
mengurus aspek rohani anda jika anda ingin hidup yang makmur dan harmoni. Jika
anda tidak mengenal dan mempelajari cara pengurusan aspek rohani anda, anda
tetap boleh maju dari segi material namun anda tidak akan mencapai keharmonian
hidup. Anda jangan salah faham. Bila saya kata belajar spiritual, saya tidak
maksudkan dengan belajar ilmu agama. Ada beza yang ketara antara keduanya.
Hmm... cukup lah intronya hehe...
ok berbalik kepada system ilmu sin ilahi dan sin hu. Rasanya ilmu ini sudah
semakin ramai yang tahu melalui banyak sumber. Ini bukan satu ajaran agama yang
baru. Tidak setidak-tidaknya. Ia adalah satu system ilmu untuk membangkitkan
potensi-potensi terpendam di dalam diri manusia yang tersimpan di lapisan bawah
sedar/subconscious mind. Apa potensi-potensi itu?
Untuk level 1:
1. Pembersihan seluruh jalur energy/meridian tubuh
sepertimana yang banyak dikaji dalam system ilmu akupuntur ditemui bahawa
manusia memiliki lebih kurang 72 000 meridian tubuh yang berfungsi sebagai
saluran tenaga yang membekalkan tenaga hayat kepada seluruh system tubuh dan
jiwa manusia.
2.
Pembukaan 7 cakra utama dan cakra-cakra minor.
Cakra merupakan gerator tenaga utama di dalam tubuh. Cakra-cakra berhubung
dengan kalenjar-kalenjar utama tubuh. Seperti cakra mahkota berhubung dengan
kelenjar pineal. Cakra ajna berhubung dengan kelanjar pituitary. Cakra
kerongkong dengan kalenjar tiroid dan paratiroid. Cakra jantung dengan kalenjar
thymus. Cakra solar plexus dengan kalenjar adrenalin. Cakra seks dengan kalenjar
reproduksi. Dalam cakra-cakra inilah tersembunyi kod-kod energy yang menyimpan
semua kehebatan bawah sedar manusia. InsyaAllah dilain kesempatan boleh kita
bincangkan lebih dalam.
3.
Penyelarasan dengan energy kosmos frekuensi
ilahi yang diakses melalui cakra mahkota. Energy ilahi adalah energy yang
sangat halus dan hanya mengandungi nilai-nilai positif. Inilah energy yang
diakses oleh mana-mana system ilmu aliran reiki. Mengikut pengalaman saya dan
rakan-rakan merawat, daya penyembuhan energy ilahi tersangat tajam meliputi
penyembuhan semua level penyakit dari fizikal, mental, dan spiritual.
4.
Pembangkitan kundalini sehingga menembus cakra
mahkota. Kundalini adalah istilah Sanskrit yang merujuk kepada satu tenaga yang
begitu besar yang terpendam di tubuh energy lokasinya di titik hui yin atau
perineum atau di bahagian hujung tulang ekor. Ini adalah energy tertinggi dan
terkuat yang dimiliki oleh setiap manusia. Istilah kundalini adalah bahasa
Sanskrit tidaklah bermakna ianya ilmu penganut hindu. Setiap ilmu adalah milik
tuhan pada hakikatnya namun kerana ilmu tuhan itu ditemui oleh budaya tertentu
maka jadilah ilmu itu dinamakan mengikut budaya penemunya dan ditambah pula
dengan unsur agama budaya tersebut. Namun ilmu itu tetaplah sebuah ilmu yang
bebas dari nilai agama apapun. Sebab itu ilmu apapun juga kita hanya ambil
ilmunya bukan agamanya yang telah ditambahkan disitu yang mana pada mulanya
adalah tiada... Nah panjang lagi ni kalau mau di hurai. Apa boleh buat
penjelasan sebegini sentiasa perlu kerana ramai manusia-manusia yang skeptik
dan sempit kesedarannya yang tidak dapat melihat perkara-perkara sebegini...
alah sory guys hehe... Kundalini adalah satu energy extrasuper. Anda boleh
search di internet untuk info lanjut.
5.
Tuning dengan energy inti bumi, iaitu
menyambungkan frekuensi system energy kita dengan frekuensi energy inti bumi
agar resonan untuk memudahkan proses grounding energy-energy negative atau
energy-energy berlebihan yang terakses ke dalam system energy. Umumnya, system
ilmu reiki melakukan proses grounding secara berpisah daripada latihan biasa.
Namun dalam system ilmu sin ilahi, proses grounding ini sentiasa berlaku secara
auto. System aura manusia adalah dinamik. Kuat dan lemahnya bergantung kepada
kondisi mental-emosional kita. Oleh itu melalui proses grounding auto, apabila
system radar dari minda bawah sedar mengesan adanya energy negative atau energy
berlebihan di dalam system energy akan terus disalurkan ke grid bumi. Energy
inti bumi juga sangat efektif dalam membentuk shield atau energy protection
dari sebarang serangan sihir, mental atau fizikal. Untuk kelebihan ini insyaAllah
boleh saya huraikan pada kesempatan lain.
6.
Energy tambahan dari ayat-ayat ruqyah pilihan
yang sangat membantu dalam proses healing dan peningkatan kesedaran rohani.
Sistem ilmu sin ilahi/sin hu menggabungkan sekian
banyak disiplin ilmu energy dan spiritual dalam band frekuensinya. Pendek kata
dengan sekali mengakses energy sin ilahi/sin hu, energy-energy yang saya
sebutkan di atas akan turut terakses dalam apapa aplikasi energy sin ilahi/sin
hu samada untuk rawatan, perlindungan, materialisasi, peningkatan kesedaran dan
lain-lain lagi.
Pada level master sin ilahi, akan dibukakan
cakra-cakra ilahi atau Shing Chi sebagaimana yang diistilahkan oleh Master
Irmansyah Efendi guru besar Kundalini Reiki dari Yayasan Padmajaya Indonesia. Cakra-cakra
ilahi adalah titik tenaga yang lebih tinggi daripada cakra mahkota, jumlahnya
setakat ini belum ada teori yang tahu pasti namun jumlahnya terlalu banyak
berlapis-lapis mengikut dimensi kewujudan aspek rohani manusia yang
berperingkat. Semakin tinggi cakra ilahi semakin tinggi pula getaran energy
yang boleh diakses dan semakin tinggi kesedaran boleh mendaki puncak-puncak
alam spiritual.
Level akhir bagi system ilmu sin ilahi adalah sin hu. Bagi
level ini, tidak banyak yang boleh saya huraikan dengan kata-kata kerana ia
sudah banyak berlegar di area ‘rasa’ yang penuh dengan falsafah-falsafah tinggi
yang penuh hikmah. Namun yang jelas, kelebihannya jauh melebihi level 1 dan
level master sin ilahi.
Dengan
terbukanya potensi-potensi ini maka akan terbukalah banyak kelebihan pada
pelajar. Misalnya kemampuan merawat diri dan orang lain samada penyakit
fizikal, kejiwaan, gangguan jin sihir, dan kemampuan menyelesaikan
masalah-masalah dalam kehidupan. Saya tidak ingin menambahkan kehebatan seperti
kebal senjata tajam, boleh makan pecahan kaca, boleh jalan atas api, boleh
bakar jin, atau mana-mana kehebatan yang sering diwar-warkan oleh para pengajar
ilmu paranrormal. Semua itu adalah kehebatan-kehebatan yang memang sedia ada
tersimpan pada cakra-cakra manusia dan boleh digali dan di asah bagi para
praktisi sin ilahi kerana dalam system ilmu sin ilahi sin hu memang ada
kelebihan esoteric (rohani) dan eksoterik (fizikal). Saya lebih suka
memfokuskan kepada kelebihan-kelebihan (bukan kehebatan-kehebatan) yang lebih
berguna untuk kehidupan mengikut trend terkini seperti rawatan penyakit, keselamatan,
keharmonian sosial, peningkatan ekonomi dan lain-lain lagi.
Para pembaca
boleh mendapat info lebih dengan melayari web rasmi Yayasan Persada Ilahi di www.persadailahi.org atau ke web forum
kami www.paranorms.org atau ke grup fb
Sin ilahi & Sin Hu http://www.facebook.com/groups/182819581748606/
Semoga menjadi info yang bermanfaat untuk para pembaca khasnya para pelajar sistem ilmu sin ilahi/sin hu. Latihanlah dengan rajin penuh senyum, rileks dan pasrah. Banyak lagi keajaiban yang boleh anda temui dalam perjalanan spiritual anda melebihi apa yang boleh saya sampaikan dalam tulisan yang terbatas ini.
Salam kasih sayang dari lubuk hati yang terdalam :)
Terima kasih tuan guru...
ReplyDeleteAlhamdulillah.... :) Syukron dan Terima Kasih pada Tn Guru.... Ceria dan Salam penuh kasih dan sayang. :D
ReplyDeleteSaya dan keluarga serta sesiapa sahaja yang ambil atau terambil apa sahaja yang pernah saya ambil / terambil atau beli ilmu dan apa sahaja dari kamu dan dari pembantu pembantu kamu, kami pulangkan semula ilmu dan apa sahaja kepunyaan kamu dan kepunyaan pembantu pembantu kamu selama lamanya kepada kamu, apa sahaja yang kami ambil / terambil atau beli dari kamu dan dari pembantu pembantu kamu di masa lalu ,kini dan di masa akan datang..
ReplyDeleteAsallamualaikum.....adakah no hp/whats up?
ReplyDeleteAsallamualaikum.....adakah no hp/whats up?
ReplyDelete