Your Magic Blog: The Secret Power Of Asma'ul Husna

Monday, 18 June 2012

The Secret Power Of Asma'ul Husna

Salam kedamaian untuk semua teman-teman pembaca yang budiman :)

Pada tulisan kali ini saya ingin menyampaikan rahsia yang terkandung di dalam asmaul husna. Tulisannya mungkin sedikit berbeza daripada apa yang pernah anda baca atau ketahui dari mana-mana sumber sebelum ini. Tulisan ini adalah hasil penelitian saya dalam mengkaji dan mengamalkan ilmu-ilmu kerohanian islam yang saya selalu cuba bedah dari sisi ilmu energy atau quantum fizik.

Mengetahui mekanisma atau daya kerja disebalik fenomena-fenomena metafizik atau paranormal ada kelebihan tersendiri kepada kita. Mengapa? Ini kerana semua kerja-kerja metafizik atau paranormal melibatkan minda kita. Otak kiri kita sifatnya sistematik manakala otak kanan kita sifatnya rawak. Bahasa lainnya, otak kiri kita sifatnya ilmiah manakala otak kanan pula sifatnya merasa. Seringkali jika anda cuba mempraktikkan suatu ilmu metafizik atau paranormal atau kerohanian, otak kiri demand untuk tahu teori disebalik apa yang cuba anda lakukan. Zaman ini begitulah adatnya otak manusia. Mahu tahu dulu alasan sebelum berbuat sesuatu. Tidak sama dengan zaman dulu yang buat saja dengan keyakinan penuh sekalipun tidak tahu apa, kenapa dan bagaimana ia terjadi. Tanpa tahu teori, tidak akan terjadi kerjasama yang harmoni dan power antara otak kiri dan otak kanan. Ini jugalah alasan mengapa ramai yang masih kurang sukses dalam mengaplikasikan ilmu-ilmu paranormal-spiritual yang dipelajari. 

Ok, berbalik kepada Secret Power Of Asma'ul Husna. Semua tentu tahu apa itu Asma'ul Husna. Jadi rasanya tidak perlu saya jelaskan lagi apa bendanya tu kan. Dari sisi ilmu hakikat makrifat, Asma'ul Husna adalah nama-nama yang menggambarkan sifat dan perbuatan Tuhan. Dalam 99 asmaul husna, ia terbahagi kepada 2 kelas besar iaitu Asma Sifat dan Asma Afal/perbuatan. Misalnya Al-Qadir/Yang Maha Kuasa, Al-Jamil/Yang Maha Indah, Al-Jalil/Yang Maha agung dll. Asma-asma ini menggambarkan Tuhan dengan sifatNya. Manakala Asma Afal pula adalah seperti Ar-rozzaq/ Yang Memberi Rezki, Al-Hadi/Yang Membimbing/, Al-Mughniyyu/ Yang Mengkayakan, dll. Asma-asma ini menggambarkan tindakan-tindakan tuhan ke atas alam ini.

Alam ini adalah Atsar atau kesan daripada tindakan-tindakan Allah. Apabila Allah bertindak, maka akan ketaralah AsmaNya lalu terlihat kesannya pada alam ini. Misalnya apabila Dia bertindak untuk membimbing ( asma Al-Hadi ) seseorang untuk tahu sesuatu ilmuNya, akan terlihat kesan perbuatan Allah itu pada orang tersebut. Pada hakikatnya apa saja ilmu yang anda tahu, adalah kesan daripada bimbinganNya. Kita hanya tahu bahawa Allah telah bertindak apabila terlihat kesannya pada alam. Apabila anda sudah tahu sesuatu ilmu, baru kita tahu bahawa Allah telah bertindak membimbing anda.... Walah, susah juga mau terangkan guna kata-kata. Jika rezeki anda, pasti boleh faham hehe... Ini adalah aspek kerohaniannya.

Sebenarnya yang saya ingin sampaikan di sini adalah aspek metafiziknya. Namun sukar mau faham jika aspek rohaninya tidak dicerna dengan baik. Ok, begini.... Setiap asma itu ada getarannya yang tersendiri. Mengikut kefahaman dari penelitian saya setakat ini, getaran yang ada pada asma itu ada 2 jenis. Yang pertama adalah getaran semulajadi. Misalnya asma Ar-rozzaq yang ertinya Yang Maha Memberikan Rezeki. Apabila anda membaca asma ini getaran energynya akan memancar membuka dimensi-dimensi alam dan memberi kesan kepada diri dan kehidupan anda dari aspek rezeki anda. Anda tentunya sudah tahu bahawa segala sesuatu di alam ini adalah energy yang bergetar pada frekuensinya yang tersendiri. Alam adalah sekumpulan energy perlbagai frekuensi. Berbezanya frekuensi memberi bentuk yang pelbagai kepada objek-objek alam. Pepejal, cecair, gas, ether dan seterusnya berbeza kepadatan wujudnya kerana berbeza frekuensi energy yang membentuknya. Getaran kedua agak sukar untuk saya jelaskan. Saya cuba juga untuk membuka wawasan ilmu anda. Ia merupakan gumpalan energy hasil keyakinan daripada banyak orang. Misalnya diyakini bahawa asma Ar-rozzaq berupaya membuka jalur-jalur rezeki si pembacanya. Satu orang yang yakin akan perkara ini menghasilkan satu gumpalan energy dari mindanya pada asma ini. begitulah seterusnya, semakin ramai orang yang meyakini perkara yang sama, semakin kuat gumpalan energy itu dan semakin powerful ia jadinya. Saintis barat memanggilnya sebagai Thoughtform.

Getaran energy yang ada pada Asmaul Husna memberikan efek yang sangat jelas kepada energy alam. Misalnya begini... Anda adalah bahagian daripada alam. Jika energy dari Asma Al-Jamil/Yang Maha Indah dipancarkan kepada anda ia akan mengubah frekuensi energy anda yang sekarang ini. Apabila frekuensi energy anda berubah, semakin lama ia juga akan mengubah rupa fizikal anda. Pada mulanya getaran dari asma mengubah struktur eterik/ aura anda. Perubahan pada aura dapat dirasakan oleh perasaan anda begitu juga oleh perasaan orang lain. Semakin kerap getaran asma itu dipancarkan kepada anda semakin kuat dan stabil bentuknya pada struktur aura anda dan semakin mengubah keadaan fizikal anda. Hasilnya anda semakin kelihatan indah samada pada aura atau fizikal anda.

Getaran energy pada asma ini lah yang sering dimanfaatkan oleh mana-mana ilmuan metafizik. Misalnya untuk melihat dimensi-dimensi ghaib seperti alam jin dan sejenisnya, ada yang menggunakan asma Al-Lathif/Yang Maha Halus dengan tujuan menchannel energy dari asma itu agar mata batinnya menjadi halus dan tajam agar dapat melihat tembus ke alam ghaib. Ada pula yeng menggunakan asma Al-Aziz atau Al-Jabbar, Yang Maha Kuat dan Maha Gagah untuk menchannel energy dari asma itu untuk membuat dirinya mempunyai kekuatan fizikal yang superpower. Bermacam amalan yang ada  berdasarkan asmaul husna. Ia sering dikenali sebagai Tenaga Dalam Asmaul Husna. Masing-masing guru menggunakannya mengikut ilham dan kreativitinya namun dari sisi energy, beginilah daya kerjanya.

Sampai di sini dulu untuk tulisan pada kali ini. Jika para pembaca sekalian ada yang kurang faham dengan isi tulisan pada artikel kali ini, itu adalah kelemahan saya dalam mengolah bahasa yang sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang begitu tinggi dan sakral sifatnya. Namun yang paling utama adalah, asmaul husna adalah sumber energy yang begitu besar dan kreatif yang boleh anda manfaatkan untuk kesenangan semua aspek hidup anda. Jika ahli metafizik dari budaya lain ada sumber energy dari ajaran mereka sendiri,  misalnya budaya Viking ada Runic System, budaya Cina ada I-ching, dan lain-lain budaya lagi, maka kita umat islam pula ada sistem asmul husna sebagai Fountain of Power. Malahan sumber enegry dari asmaul husna boleh dimanfaatkan sekalipun oleh non muslim asalkan tahu cara menchannelnya. Begitulah sifat kasih sayang Allah kepada seluruh makhluk. Anda tidak melihat keistimewaanya kerana anda tidak faham sistemnya selama ini kerana memandangkan kurangnya ilmuan yang cuba membahas perkara ini dari aspek ilmiah sehingga ilmu-ilmu sebegini kekal dipandang sebagai sesuatu yang untoucable oleh orang-orang biasa. Anda adalah makhluk yang luar biasa dan anda pasti bisa...chewwwahhh, ini kali lah!

Alhamdulillah, saya sekarang dalam proses membuat ebook tentang panduan mudah untuk memanfaatkan energy dari asmaul husna ini  telah siap. Ini merupakan ebook saya yang ketiga selepas ebook  Mengungkap Rahsia Mata Ke Tiga, dan ebook Accupineology : 8 minit sehari... miliki hajat dan impian anda dengan mudah.

Anda boleh mendapatkan ebook ini dengan harga RM 30. Sekarang masih dalam proses finishing touch. InsyaAllah hari jumaat ini sudah boleh anda miliki. Tempahan ebook sudah boleh anda lakukan pada hari ini.


Sekian dulu untuk sharing ilmu kali ini. Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang tulus :)





2 comments:

  1. Abu Huraira reported Prophet Muhammad SAW as saying: Verily, there are ninety-nine names for Allah, i.e. hundred excepting one. He who enumerates them would get into Paradise. And Hammam has made this addition on the authority of Abu Huraira who reported it from Prophet Muhammad SAW that he said: “He is Odd (one) and loves odd number.” (Sahih Muslim 35:6476)
    Source: namesofallah.co.uk

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...