Semakin jauh kaki ini berjalan, semakin jelas kefahaman yg datang... dalam perjalanan ini begitu byk persinggahan. setiap persinggahan menyediakan bekalan. semakin banyak bekalan dibawa semakin berat pula perjalanan ini dan semakin lama masa yg diambil utk sampai ke tujuan.
ilmu adalah bekalan. terlalu banyak ilmu akan merumitkan perjalanan...semua ilmu adalah baik. namun tidak semua ilmu berguna di dalam perjalanan menanjaki lorong spiritual ini. ilmu yg berguna di laluan ini hanyalah yang boleh menghantar kefahaman utk mencapai kebijaksanaan. utk mencapai gerbang kebijaksanaan/makrifah kita memerlukan ilmu. namun apabila sdh tiba di gerbang itu, semua ilmu harus dibuang barulah kaki boleh menjejak ke ruang kebijaksanaan itu dan menikmati aromanya yg berbau syurgawi.
menilai dgn fikiran, memahami dgn hati...salam kasih dan syg :)
No comments:
Post a Comment