Your Magic Blog: Simbolism : Komunikasi Bawah sedar

Sunday, 12 February 2012

Simbolism : Komunikasi Bawah sedar

Salam :)

Tadi saya surfing internet, dan terjumpa blog orang kita yang mengulas tentang kajian berkenaan simbol Star Of David. Sangat menarik ulasan hasil kajian beliau. Saya menghormati sesiapa saja yang melakukan kajian, kerana itu adalah tanda bahawa mereka sedang mencari kebenaran.

Untuk menemui sebuah kebenaran, tidak cukup jika dikaji dari satu sudut perspektif kerana itu cenderung untuk menimbulkan kefanatikan memandangkan rujukan dan panduan yang digunakan dalam kajian itu terbatas pada bidang ilmu tertentu saja. Mengkaji sesuatu harus adil dan seksama, umpama kita melihat seekor gajah. Harus melihat dari depan, belakang, kiri, kanan, atas, dan bawah barulah kita boleh memberikan ulasan yang adil dan saksama. Dari sini, barulah kita membuat keputusan samada perlu atau tidak kita cenderung ke satu arah tertentu dalam penilaian kita itu andai ada kepentingan majoriti yang terlibat. Begitulah sudut pandang orang-orang spiritual.

Berkenaan simbol, yang umumnya dibina daripada 'sacred geometry', numeorologi, astrologi, warna, bunyi,  simbol-simbol alam seperti dalam tradisi I-Ching, dan simbol-simbol keagamaan, semua itu HANYALAH satu medium untuk memfokuskan fikiran terhadap satu TUJUAN. Ia adalah satu komunikasi halus atau 'subliminal message' antara minda bawah sedar kita dengan tubuh aura objek atau peristiwa yang kita hajati dan kita kaitkan dengan simbol itu.. Komunikasi ini menghasilkan kekuatan tarikan melalui Law Of Attracction. Cuba anda lihat di sekeliling anda. Perhatikan syarikat-syarikat besar misalnya KFC. Antara simbol yang digunakan oleh KFC adalah warna kuning pada gambar ayamnya. Warna kuning ini adalah berkaitan dengan cakra pusat yang mengaktfifkan selera makan. Warna merah pada tulisan KFC berhubung dengan cakra dasar yang mengaktifkan rasa agresif. Simbol 'pacik berjanggut putih' yang memakai afron. Semua simbol ini memberikan mesej bawah sedar kepada orang ramai tentang makan ayam di KFC. Perhatikan dengan baik-baik, dengan melihat tulisan 'KFC' pada tulisan saya ini pun sudah mampu membuat anda terbayang ayam yang rangup dan lazat dan membuat air liur anda kecur. Benar kah? Jika anda mengatakan ya maka anda semakin memahami rahsia dan 'power of simbolism'.

Lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan simbol-simbol yang ada. Setiap simbol pasti 'mengingatkan' anda kepada sesuatu. Ini adalah fenomena komunikasi bawah sedar, yang mempengaruhi minda tanpa kita sedar!. Dalam kehidupan seharian, anda juga sering membuat simbol-simbol anda sendiri. Misalnya tulisan-tulisan di diari atau jadual anda, mengingatkan anda tentang apa yang anda akan lakukan. Deringan 'alarm' di jam anda mengingatkan anda kepada sesuatu aktiviti yang anda ingin buat. Itu adaalah simbolism yang ringkas namun boleh kita gunakan sebagai bahan fikir untuk kita memahami mekanismenya.

Pada satu perspektif, di alam ini ada simbol-simbol universal yang mengandungi kod-kod energy secara semulajadi. Menguasai pengetahuan tentang simbol-simbol ini membolehkan anda menjadi manusia super kerana simbol-simbol ini membuat anda mampu mengakses 'blue print' setiap ciptaan dan memanipulasinya. Ini adalah ilmu pengetahuan dari dimensi-dimensi tinggi yang mana alam memiliki mekanismenya sendiri yang akan memastikan ilmu ini hanya jatuh ke tangan manusia-manusia tertentu saja. Bila anda membaca info ini, perasaan ragu, tidak percaya, selamba, merasa tidak mampu adalah menunjukkan anda tidak memiliki rezeki untuk memilikinya. Sekalipun anda berminat lalu melakukan kajian, namun jika anda tidak berezeki dengannya, maka pasti anda juga tidak akan menguasainya.

Berbalik kepada topik, Star of David atau Bintang Nabi Daud adalah salah satu simbol alam yang begitu dalam rahsianya. Dalam bentuk 2D, simbol ini adalah terdiri daripada 2 segitiga yang saling bertentangan. Satu menghadap ke atas dan satu menghadap ke bawah. Segitiga yang menghadap ke atas mengandungi kod energy maskulin, yang (konsep yin yang), panas, matahari, siang, kasar, spiritual, dll yang setara. Manakala simbol segitiga menghadap ke bawah mengandungi kod energy feminin, ying, dingin, bulan, lembut, duniawi, dll yang setara. Penyatuan simbol ini menunjukkan penyatuan sempurna antara 2 sifat bertentangan yang diperlukan untuk sebuah kesempurnaan yang harmoni. Misalnya, penyatuan harmoni dan sempurna antara material dan spiritual yang menjadikan kehidupan seseorang menjadi begitu bahagia dan 'perfect'. Dalam bentuk 3D, ia adalah penyatuan antara 2 tetrahedron. Inilah bentuk geometri aura manusia yang telah sempurna dan seimbang antara spiritual dan materialnya, telah terbuka sempurna semua cakra-cakra tubuhnya dan harmoni sedemikian rupa. Aura para manusia-manusia suci dan agung. Simbol Star of David, atau Seal of Solomon, yang melambangkan keistimewaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman yang diberikan penguasaan istimewa terhadap elemen-elemen alam pada zaman mereka.

Kaum Yahudi diberikan ilmu ini dan mereka menggelarnya sebagai Merkabah/Merkava. Ia adalah ilmu suci dan rahsia, tidak dimiliki oleh mana-mana kaum, agama dan tradisi. Ia adalah ilmu universal dan neutral yang boleh dimiliki oleh sesiapa pun juga asalkan namanya manusia. Tetapi sayangnya simbol ini telah 'dikotori' oleh  kumpulan Zionis. Simbol universal dan sangat powerfull ini kini dipenuhi persepsi negatif sehingga setiap kali kita melihat simbol ini, akan muncul persepsi bahawa ia milik yahudi, boleh menimbulkan syirik, mengotori akidah, melambangkan sesuatu yang kejam dan jahat lain-lain sifat negatif. Inilah propaganda yang kaum Zionis mainkan sehingga sebuah ilmu yang hebat boleh mereka gunakan sendiri-sendiri untuk kepentingan mereka dalam upaya menguasai dunia ini secara rahsia.

Para pembaca sekalian, tulisan ini hanya bertujuan untuk membuka ruang fikir kita. Anda berhak untuk percaya atau tidak. Nasihat saya, jangan mudah melatah dan melenting dengan info-info 'baru' yang anda terima. Fikirkan dahulu sebelum membuat kesimpulan dan apapa tindakan. Terima dan manfaatkan info ini jika anda merasa ia baik. Abaikan saja jika anda merasa ia negatif.

Semoga anda semakin bahagia. Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)



No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...