Salam :)
Mengikut Hukum Fizik Quantum, semua benda/perkara/objek/peristiwa adalah terdiri daripada energy yang bergetar pada frekuensinya masing-masing. Sebuah objek nyata, misalnya buku terlihat sebagai satu objek kaku yang padat dan keras. Jika kita lihat dengan lebih dekat, maka kita akan melihat bahawa buku itu adalah terdiri daripada ikatan molekul yang tetap. Jika dilihat lebih dekat lagi maka akan terihat pula susunan atom-atom yang membentuk molekul tadi. Jika dilihat lebih dekat akan terlihat pula bahawa atom-atom itu terdiri daripada partikel sub-atom iaitu proton dan elektron yang sentiasa berputar pada nukleusnya. Jika dibedah lagi, akan terlihat pula bahawa loncatan elektron-elektron itu menghasilkan percikan cas-cas elektrik yang dipanggil Quark, jika dibedah lagi akan terlihat pula energy yang lebih halus lagi yang dipanggil oleh ahli fizik quantum sebagai 'string'. Oleh kerana itu, semua objek jika dikembalikan semakin dalam ke hakikat kejadiannya/asalnya, yang terlihat hanyalah energy-energy pada frekuensi yang tersendiri.
Beginilah kejadian seluruh alam ini. Semua adalah energy. Setakat ini alat-alat sains hanya mampu melihat hakikat semua kejadian pada batas getaran energy yang berbagai frekuensi. Ada apa disebalik frekuensi ini? Jika frekuensi-frekuensi ini dikemabalikan lagi ke hakikatnya yang lebih dalam apakah yang akan ditemui? Ini soalan yang belum dapat dijawab secara saintifik. Pada tahap ini, hanya kesedaran kitalah yang mampu melihat selebihnya akan hakikat-hakikat yang selebihnya yang tidak dapat dicapai oleh peralatan sains. Ini kerana kesedaran manusia mendiami semua dimensi sampailah ke dimensi ketuhanan dan oleh sebab itu, kesedaran kita sebenarnya mampu mengakses setiap level penciptaan alam ini jika dilatih dengan benar.
Sekarang kita tahu, bahawa segala sesuatu yang wujud di alam 3 dimensi samada objek atau peristiwa adalah sebenarnya memiliki wujud dalam 'wajah' lain pada tahap-tahap yang semakin dalam menuju hakikatnya. Tahap-tahap inilah yang dikenal sebagai dimensi. Di sini kita tumpukan minat kita dahulu pada dimensi fizikal dan juga dimensi eterik kerana dalam semua kerja-kerja paranormal inilah dimensi yang paling kerap diakses dimanipulasi.
Ok... Dimensi eterik adalah tahap fikiran atau tahap energy. Di fikiran kita, apa saja boleh kita cipta melalui imajinasi. Apa saja kita boleh capai melalui imajinasi. Fikiran adalah energy. Oleh itu apa saja yang kita bayangkan dengan fikiran kita sebenarnya membentuk energy. Di sini kita bebas mencipta dan menjadi apa saja mengikut daya kreativit kita. Level ini sangat mudah di manipulasi kerana unsurnya lembut dan halus, tidak seperti unsur fizikal yang padat dan keras. Seluruh ciptaan manusia selama ini, samada objek atau peristiwa, ada 'blue print' di level ini dan boleh diakses jika kita mengetahui caranya.
Bolehkan 'ciptaan' di alam fikiran ini dizahirkan ke alam fizikal??? Jawapannya BOLEH!... Semua objek dan peristiwa yang ada di sekeliling anda adalah bermula dari 'alam fikiran'. Rumah anda wujud di alam fikiran arkitek sebelum ia wujud di alam zahir ini. TV anda wujud di alam fikiran penciptanya sebelum ia muncul di alam nyata ini. Semuanya begitu. Ini hukum alam yang mengikat seluruh isi alam ini. Syirikkah??? Bergantung tahap kefahaman anda. Jika anda tidak memahami mekanisme disebalik keadaan ini anda boleh jadi syirik. Oleh itu syirik dan atau tidak adalah bergantung bagaimana anda memahaminya kerana kefahaman andalah yang menentukan tindakan-tindakan anda. Jika anda pesimis, maka ilmu ini bukan untuk anda.
Kembali kepada topik utama kita... Apa saja yang anda cipta di alam fikiran, anda boleh zahirkan ke alam fizikal. Dengan syarat, 'ciptaan' anda di alam fikiran itu sudah terbentuk dengan tetap dan stabil. Untuk mendapat bentuk tetap dan stabil di alam fikiran, 'ciptaan' ini perlu di bayangkan secara rutin dan konsisten. Di sinilah KELEMAHAN utama kebanyakan kita. Banyak ciptaan kita yang terkandas di alam energy, tidak mampu mengambil bentuk di alam fizikal kerana kita tidak memiliki daya mental yang kuat untuk 'membayangkan' dengan jelas dan konsisten. Ini adalah keadaan yang lumrah, kerana fikiran kita memang fitrahnya suka 'lari-lari' apatah lagi pada zaman yang serba sibuk ini.
Ilmuan zaman dulu melihat dan memahami keadaan ini. Oleh sebab itu mereka mencipta 'alat' bantuan yang dikenali pada zaman ini sebagai 'psikotronik'. Alat ini berfungsi 'membekukan' dan mempertahankan frekuensi fikiran yang 'mencipta' di alam imajinasi. Dengan cara ini, frekuensi fikiran itu kekal bertahan membuat bentuk-bentuk ciptaan di alam imajinasi itu semakin stabil dan kuat dan akhirnya terzahir di alam nyata. Alat 'psikotronik' ilmuan zaman dulu adalah jauh lebih maju dan canggih daripada apa yang ada sekarang. Mereka mampu menjana energy dari grid bumi, energy dari alam sekeliling, energy dari air, laut, bunyi bahkan ada pula yang memanfaatkan energy dari alam ghaib jenis makhluk astral (jin) dan menyalurkannya untuk menguatkan lagi frekuensi hajat mereka sehingga dengan mudahnya terzahir ke alam nyata bahkan dalam keadaan yang ajaib pula.
Ketika anda berzikir atau membaca apapa ritual, anda sebenarnya menghasilkan sebuah medan tenaga. Sayangnya anda tidak tahu cara untuk men channel energy itu dan membantu menguatkan frekuensi hajat anda. Ketika anda berniat, anda sebenarnya sedang mewujudkan link antara minda anda dengan hajat anda. Ini adalah konsep asas dalam kuasa minda. Jika anda mampu menjana dan menyalurkan energy kepada hajat anda melalui link tadi secara berterusan, maka mengikut hukum alam, hajat anda itu akan sangat mudah terzahir ke alam nyata.
Setakat itu dulu...mudah-mudahan anda dimudahkan memahami isi tulisan ini.
Selamat berbahagia selalu.
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)
Subhanallah...
ReplyDeletelike it!..thanks Tuan Master.
ReplyDelete