Salam semua :)
Agak lama saya tidak menulis di sini. Kali ini baru ada ilham untuk sharing lagi inspirasi-inspirasi yang muncul di dalam minda.
Apa lagi yang belum kita tahu dan kita saksikan? Jawapannya, saaaaangat banyak. Begitu banyak ilmu dan rahsia alam ini yang terhad untuk kita ketahui dan kita saksikan oleh kerana batasan persepsi kita yang semakin sempit. Sekarang ini kita hanya mampu melihat alam 3 dimensi sebatas bentuk-bentuk konkrit yang boleh kita lihat dengan mata zahir kita sehingga kita menyangka bahawa kehidupan yang ada hanyalah dunia kita.
Alam ini ada banyak dimensi, yang wujud secara hamoni. Dimensi alam kita sekarang ini adalah dimensi fizikal dengan frekuensi lebih kurang 7-14 cps. Majoriti kesedaran umat manusia sedang berada pada frekuensi ini. Kita sedang tersekat di frekuensi ini dan tidak tahu jalan keluarnya. Sebab itu semua ilmu yg kita miliki sekarang terbatas hanya pada frekuensi ini, iaitu ilmu hasil pengamatan dari apa yang kita lihat, dengar, dan rasa dengan pancaindera zahir kita. Keadaan ini sama seperti ketika kita mendengar sebuah saluran radio, misalnya Suria FM. Maklumat yang kita perolehi hanyalah sebatas apa yang kita dengan dari saluran pada frekuensi Suria FM. Kita menyangka bahawa hanya pada frekeuensi ini yang ada siaran, padahal ada lagi siaran lain pada frekuensi lain.
Begitulah juga dalam kehidupan kita ini. Di luar dari frekuensi alam 3 dimensi yang kita duduki sekarang ini, ada kehidupan lain dengan ilmu serta tamadun mereka sendiri yang jauh lebih 'advance' daripada kita. Di atas dimensi kesedaran kita sekarang ini, ada lagi dimensi ke 4, 5, 6, 7,8 dan seterusnya dan setiap dimensi diduduki oleh makhluk-makhluk tuhan yang lebih 'advance' kehidupan dan tamadunnya.
Lalu mengapa kita sebagai manusia diiktiraf sebagai 'ciptaan tuhan yang paling sempurna'? Jawapannya adalah kerana kita memiliki akal dan dengan akal ini kita mampu menembusi semua dimensi yang ada sehinggalah ke dimensi ketuhanan yang mana tidak mampu dilakukan oleh makhluk-makhluk lain. Namun begitu kesempurnaan akal kita ini tidak akan mampu diolah dan dimanfaatkan sepenuhnya jika jika kita hanya sibuk mengurus dunia dan memenuhi keperluan-keperluan material kita. Kita harus berusaha untuk memenuhi keperluan-keperluan spiritual kita kerana inilah yang lebih utama dari segalanya.
Jika kita sibuk mengurus urusan material kita, spiritual kita boleh jadi semakin lemah dan tenggelam. Namun jika kita mula sibuk mengurus urusan spiritual kita, satu masa nanti kita akan banyak belajar ilmu-ilmu tersembunyi dari dimensi-dimensi yang lebih tinggi yang mana sangat bermanfaat untuk memenuhi hajat-hajat material kita.
Kejarlah Tuhan, maka dunia akan mengikutimu. Baikilah spiritualmu, maka materialmu akan ikut menjadi semakin baik.
Semoga anda semakin bahagia di mana juga anda berada.
Salam kasih dan sayang dari lubuk hati yang terdalam :)
Alhamdulillah dan Syukur pada Allah yang empunya alam semesta.... :) Semakin luas semakin terasa betapa kerdilnya kita di dunia ini... Masyallah..... Terima kasih tn paranorms di atas pencerahan ilmunya.
ReplyDeleteLets the journey begin...
ReplyDeleteUFO =)
ReplyDelete