Salam :)
" fa'al hamaha fujuraha wataqwaha "
Dari alam ghaib yang tinggi, sebuah ilham diturunkan di tubuh intuisi, pada cakra jantung. Misalnya tiba-tiba muncul di dalam hati kita ingin memiliki atau berbuat sesuatu. Misalnya anda secara tiba-tiba ingin memiliki sebuah kereta.
Lalu ia di transfer ke tubuh mental, iaitu cakra pusat. Pada ketika ini inituisi itu membentuk wujud yang sempurna secara energy. Bayangan tentang kereta tertera di minda anda secara detail.
Maklumat itu kemudian di transfer ke tubuh emosi iaitu cakra seks. Di sini emosi merespon imej yang telah dicipta di tubuh mental. Jika Imej dan Emosi mantap menyatu secara harmoni, ia akan di proses ke alam material, alam cakra dasar.
Jika anda membayangkan sesuatu, lalu anda menyatukannya dengan emosi samada sengaja atau tidak, maka anda sedang dalam proses mewujudkan bayangan-bayangan di fikiran anda ke alam nyata.
Emosi positif ( gembira, syukur, dll ) berhubungan dengan fikiran-fikiran positif dan hasilnya pun akan positif. Emosi negatif ( marah, dendam, sakit hati, dll ) berhubungan dengan fikiran-fikiran negatif dan hasilnya juga pastilah negatif. Oleh itu hati-hatilah dengan emosi-emosi anda. Ia adalah isyarat tentang apa yang sedang anda bayangkan di fikiran anda.
Semakin lama dan semakin kerap proses itu berulang maka semakin cepat dan mudahlah fikiran-fikiran anda terwujud di alam nyata.
Mudah-mudahan artikel ini membantu anda lebih memahami diri dan kehidupan anda :)
Salam kasih dan sayang :)
Yes yes, setuju dgn apa yg kita sampaikan tu guru. (Sudah tekana sendiri pun, hehehe).
ReplyDeleteNoted... Insyaallah tuan...
ReplyDeleteSetuju dengan tn paranorms, tn cupi, tn omera. Insyallah dan yakin akan sampai masanya.... cuma perlu sabar dan tekun aja.....positif2 selalu.
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 tn paranorms semoga allah senantiasa memberkati perjalanan hidupmu. Amin.:D