Your Magic Blog: Tanda Kematian

Wednesday, 17 August 2011

Tanda Kematian

Salam :)

Kematian adalah satu perkara yang wajib dilalui oleh setiap makhluk yang hidup. Satu masa nanti kita pasti akan mati. Entah bila, hanya Tuhan yang tahu. Namun jika masanya sudah tiba, tidak kira kita di mana atau apa juga keadaan kita pasti akan jalan juga.

Di internet sangat banyak ilmu berkenaan tanda kematian yang boleh kita pelajari. Misalnya di blog ini, http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/392-tanda-tanda-kematian.html

Namun kebanyakan tanda-tanda yang diberikan adalah berkaitan getaran-getaran di badan. Getaran sebegini sangat sering dialami oleh para pengamal ilmu energy. Jadi mungkin agak rumit sedikit untuk kita memastikan adakah getaran yang muncul itu adalah tanda kematian atau hanya sensasi energy. Bagi seorang yang hampir hatinya kepada Allah, akan diberikan tanda yang pasti melalui ilham berkenaan kematiannya, bukan lagi pada isyarat-isyarat di badan.

Di sini saya akan share ilmu tanda kematian yang diajarkan oleh bapa saya, di warisi dari generasi dulu-dulu. Terdapat 2 tanda yang sangat mudah untuk diperiksa oleh sesiapa pun juga.

1. Gesekkan lidah pada langit-langit mulut. Jika sudah tidak lagi terasa geli maka itu tanda pertama.
2. Lihat hidung anda. Dalam ilmu hakikat insan, hidung kita merupakan 'arasy kursi' alam kecil. Jika anda tidak lagi melihat hidung anda maka 'arash kursi' anda telah di angkat dan ruh anda tidak lama lagi akan dicabut.

Bapa saya selalu menasihatkan untuk memeriksa kedua tanda ini. Jika kedua tanda ini sudah tidak ada maka persiapkanlah diri untuk meninggalkan dunia ini. Bagitahu semua ahli keluarga dan sempurnakanlah apapa wasiat. Biasanya jika dua tanda ini sudah hilang, hayat kita tinggal dalam kiraan hari atau minggu saja lagi. Dulu masa muda, bapa saya sering mengembara ke mana-mana terutama di wilayah Indonesia untuk menuntut ilmu. Tidak jarang beliau berhadapan dengan situasi-situasi berbahaya. Namun selagi tanda ini masih ok maka beliau akan tenang saja kerana yakin waktunya belum sampai.

Semoga ilmu ini memberi manfaat untuk anda. Selamat berpuasa.

Salam kasih dan sayang :)



8 comments:

  1. Terima kasih tn paranorms di atas petunjuk2nya itu. Hmmm baru ari nie dengar dan mudah2an saya boleh jadikan panduan hidup. :). Hmmm pas nie kena chek nie manalah tau kan.... kan...

    ReplyDelete
  2. Salam. Tentang tanda2 tu... Memang ada saya mendengarnya terutama tentang hidung... Yang lelangit tu mungkin jarang2... Apa pun ini sebagai tanda persediaan kita... Namun tidak perlulah kita risau jika bekalan kita mencukupi... Hanya menanti saatnya tiba saja... Yang perlu kita risau jika bekalan kita masih kosong tidak berisi... Mengingati mati itu adalah baik bagi seorang mukmin...

    ReplyDelete
  3. Salam, almarhum guru sy juga pernah memberi petua yg sama. Cuma katanya kalau sebelum melakukan sesuatu, rasai langit2 dulu. Kalau geli, teruskan apa yg ingin kita lakukan, contohnya perjalanan. Insya-Allah pasti selamat. Dan kalau tak rasa geli sangat2, relax dl sebentar, kemudian check lg. Sy masih mengamalkan sampai sekarang. Dan cuba kita check, kalau ditakdirkan kita hampir/kecelakaan, pasti rasa geli itu kurang @ tiada langsung. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. Pinggir langit2 saya cuma geli sedikit but d tengah gak geli

    Tapikan kematian itu hanya allah swt yg tau

    ReplyDelete
  5. Betul.. Kematian itu rahsia Allah

    ReplyDelete
  6. Terima kasih tuan GMU atas ilmunya

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...