Your Magic Blog: Ilmu Pemanis dan Kerezekian

Wednesday, 10 August 2011

Ilmu Pemanis dan Kerezekian

Salam :)

Duuuuuluuu punya kisah. Saya berjumpa seorang waliullah. Ada sebuah ilmu yang sempat di ijazahkan. Satu ilmu  yang sangat baik diamalkan untuk semua. Tujuannya untuk membuat muka selalu manis dipandang dan rezeki pula melimpah. Di bulan mulia ini saya ijazahkan untuk semua yang berminat. Versi asalnya dalam bahasa Bugis, yang ini versi melayunya.


1. Dalam keadaan yang tenang, pada awal pagi.
2. Gunakan kedua ibu jari untuk mengambil air liur di langit-langit.
3. Baca mentera ini, " Jika kering air telaga al kautsar, barulah kering rezeki Allah yang halal untukku. Muhammad membaca, Jibril menyampaikan, Allah memperkenan. Kun fayakun "
4. Kemudian sapukan kedua ibu jari yang ada air liur tadi ke tulang pipi ( di bawah bucu mata, yg biasa dimekap merah oleh perempuan ). Ibu jari kanan sapu pipi kanan dan begitu sebaliknya. Intinya, palitkan air liur tersebut ke pipi.
5. Sudahi dengan mengucap Alhamdulillah.

Nota : Telaga al kautsar adalah telaga nikmat yg tidak akan pernah kering, dikurniakan Allah utk Rasulullah. Oleh itu dalam pengamalan ini, keyakinan kita adalah bahawa rezeki yang halal utk kita akan sentiasa melimpah selagi tidak kering telaga al kautsar. Oleh kerana hakikatnya telaga al kautsar tidak akan pernah kering maka tidak akan pernah kering jugalah rezeki halal utk kita, begitu juga dengan perkara-perkara kebaikan akan selalu melimpah utk kita. Begitulah penghayatannya.

Selamat beramal.

Salam kasih dan sayang :)


12 comments:

  1. Alhamdulillah dan syukur pada Allah S.W.T.
    Terima kasih di atas ijazahnya, moga2 ramadhan kali benar2 membawa impak yang maksimum kepada kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin. :)

    ReplyDelete
  2. Syukur lah tuan... Nampak mudah menarik dan insyaallah sangat baik diamalkan... Lagi tuan lagi... He he he... Jazakumullah...

    ReplyDelete
  3. Hebat ni guru. Hehehe, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Bulan pose, kalau nak tunggu tenang mau tak bersahur nanti boss

    Kalau nak buat lepas sahur, Patinya dah ghaib pulak..

    ReplyDelete
  5. Syukur mendapat ilmu yg amat2 x ternilai di bulan Ramadhan yg mulia dr tn sifu.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Qobiltu saya trima ijazahanya mohon diamalkan ya semoga memberi manfaat dan menambahkan ketaqwaan dalam diri kita .. teriring doa buat tuan paranorms dan keluarga semoga kita diberi keampunan di dunia dan akhirat amin ya rabb

    ReplyDelete
  7. salam tn2 semua...trima kasih atas komentar. silakan beramal dgnnya. moga byk manfaat :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas ilmunya tuan...

    moga sama2 dpt kita manfaatkan...

    ReplyDelete
  9. macam saya yang belum ahli kumpulan boleh amal ilmu di atas.

    ReplyDelete
  10. terima kaseh...mohon izin untuk amalkan ilmu yg sahabat kongsikan...

    ReplyDelete
  11. terima kasih tuan...mohon izin amalkan ilmu ini

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...