Salam :)
Selepas solat zohor pada hari ini saya tiba-tiba merasa ingin memberikan satu ilmu untuk membantu kemajuan anda yang sedang menggeluti ilmu energy.
Ramai pengamal energy termasuklah murid-murid QI yang mengadu tidak merasakan sensasi-sensasi energy. Walaupun sebenarnya bukan sensasi yang dicari dalam gelanggang ini, tetapi kepekaan terhadap sensasi sangat diperlukan untuk anda melangkah lebih jauh di arena spiritual.
Kepekaan adalah satu keupayaan batinih kita untuk merasakan getaran-getaran energy di sekitar tubuh, kemudian diluar tubuh yang semakin jauh jaraknya dan kemudian yang lebih tinggi lagi kepekaan untuk menangkap getaran-getaran ilmu yang ada di alam ini.
Bagi menajamkan lagi kepekaan anda, hari ini saya memberikan Attune Energy Kepekaan kepada anda yang berminat melalui getaran energy yang sudah saya programkan.
Level 1 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap getaran energy di tubuh.
Level 2 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap energy di luar tubuh, semakin dilatih semakin jauh jarak yang boleh dijangkau oleh kepekaan anda.
Level 3 adalah untuk mengasah kepekaan terhadap getaran ilmu-ilmu yang ada di alam ini ( ilham ).
Cara menerima attunement ini:
1. Posisi tenang, boleh duduk atau berbaring yang penting tubuh rileks.
2. Senyum, Rileks dan Pasrah.
3. Baca Bismillah dan selawat bagi yang muslim. Bagi non-muslim silakan baca doa versi anda.
4. Berniat, " Saya sedang menerima Attunement Energy Kepekaan Level ......(sebutkan level).......secara sempurna. Terjadilah "
5. Meditasi minima 10 minit. Biarkan energy memasuki medan energy anda secara tenang dan mantap dan mengaktifkan kepekaan anda semakin baik lagi.
6. Sudahi dengan mengucap syukur kepada Allah.
Latihan penguatan Energy Kepekaan.
1. Posisi tenang, boleh duduk atau berbaring yang penting tubuh rileks.
2. Senyum, Rileks dan Pasrah.
3. Baca Bismillah dan selawat bagi yang muslim. Bagi non-muslim silakan baca doa versi anda.
4. Berniat, " Saya sedang menguatkan Energy Kepekaan Level ......(sebutkan level).......pada diri secara sempurna. Terjadilah "
5. Meditasi minima 10 minit.
6. Sudahi dengan mengucap syukur kepada Allah.
7. Latih setiap level selama 7 hari. Setiap hari dilatih minima 1x tetapi semakin kerap semakin baik.
Penerangan:
Sensasi yang dirasakan bagi setiap orang adalah berbeza bergantung kepada keunikan sistem energy masing-masing. Tetapi secara umum, pada level satu akan terasa getaran hangat di permukaan kulit seluruh tubuh. Tubuh terasa kembang. Semakin lama anda akan semakin mampu untuk membezakan sifat getaran-getaran energy seperti beza suhu energy, kadar ketajaman getaran energy, positif dan negatif, dan lain-lain. Mulanya kepekaan hanyalah sekadar merasa, semakin lama kepekaan itu sudah menjadi 'merasa dan melihat'
Pada level 2, anda akan semakin mudah untuk 'keluar' dari wilayah diri anda. Mulanya hanya terasa fikiran atau kesedaran anda yang keluar tanpa melibatkan 'rasa' anda. Semakin lama latihan, maka kesedaan dan 'rasa' anda akan turut meluncur keluar dan anda pun mampu melakukan OOBE ( out of body experience ).
Pada level 3, jika dilatih dengan benar, kesedaran akan mampu mengakses ilmu-ilmu yang ada di alam ini secara ilham. Ilmu apapun yang pernah ada di alam ini wujud secara getaran di frekuensinya masing-masing. Dengan kepekaan yang tajam maka insyaAllah kesedaran anda akan mampu mengaksesnya.
Attunement untuk ilmu ini saya sediakan untuk siapa saja yang berminat. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah seperti yang saya tulis di atas maka energy attunement yang sudah saya programkan boleh anda terima. Yakinlah Allah membimbing anda. Sebarang pertanyaan atau persoalan insyaAllah saya sedia menjawab.
Selamat sukses
Salam kasih dan sayang :)
Alhamdulillah, tn paranorms diatas ijazahnya, saya terima dan akan mengamalkannya dan terima kasih banyak2. Moga2 Allah menambah rahmatnya pada tn paranorms dan keluarga tuan. :)
ReplyDeleteNah guru, patutlah semalam aku mimpi raga ku pacah jadi dua, rupa2nya ada mau kana bari ulih kita rupanya, heheheh. Mekasih guru.
ReplyDeleteSubhanallah... Tak sangka rezeki bulan Ramadhan ni dimurahkan dengan ilmu2 dari tuan... Moga tuan seisi keluarga juga dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan... Jazakmumullah ye tuan... Agaknya inilah dia yang tuan nak bagi seperti mana yang pernah mimpi tidak lama dulu... Dah sama macam tuan Cupi pulak...
ReplyDeleteya...slmt sukses tn2 semua...latihan dan latihan. istiqamah adalah kunci sukses bljr ilmu2 sebegini. level 4 insyaAllah akan menyusul nti. perlahan-lahan kita telusuri :)
ReplyDeleteAssalam. Saya rakan baru,( ramli). Dengan izin, bolihkah saya mulakan dengan langkah 1 dan seterusnya seperi di terangkan.
ReplyDeleteyang ini tak perlu guna SI ke? sbb sy org baru...tq
ReplyDeleteSilakan , terus saja x perlu guna SI. sy bg free for everyone :)
ReplyDeleteIlmu ini bebas diakses oleh siapa saja. Tapi bagi yg mempunyai ilmu2 Seperti Reiki atau SI, atau apa2 saja ilmu pendinding diri, maka ia bonus utk mereka. Sebab boleh counter dan deflect energy2 negatif.
ReplyDeletetuan paranorms,saya hendak tanya sikit untuk kali kedua..ilmu SI atau apa saja namanya..bolehkah di praktikkan depan belakang hentam saja? Sebabnya saya kurang mengerti untuk mencapai sesuatu perlu dari mula dan melangkah dari satu peringkat dan seterusnya. Tolong beri panduan..agar tidak meyeleweng.
ReplyDeletetn anonymous, ilmu sin ilahi harus diterima melalui attunemnt dr master sin ilahi yang rasmi, tidak blh dipraktik hentam saja. dan sebenarnya ilmu energy kepekaan ini plg sesuai dipelajari oleh mereka2 yg telah memiliki apapa asas ilmu aliran energy samada reiki, tenaga dalam, sin ilahi. ini kerana energy kepekaan ini juga adalah satu ilmu aliran energy jadi mungkin agak rumit bagi yg blm ada asas ilmu2 energy. jika tn berminat utk mempelajari ilmu energy, sy syorkan tn mulakan dengan reiki, pernafasan tenaga dalam atau sin ilahi dahulu :)
ReplyDeleteterima kasih atas jawapan tuan. adakah yang tuan maksudkan untuk mengamalkan attunement seperti tuan nyatakan di atas adalah reiki dan amalannya seperti dinyatakan?
ReplyDeletetn anonymous, attunement yg sy berikan pada post ini bukan reiki. Ilmu Energy Kepekaan yg sy berikan pada post ini adalah untuk mengasah kepekaan seseorang yang sudah pun belajar ilmu-ilmu energy seperti reiki, tenaga dalam dll. sekali lagi sy jelaskan, sesiapa pun blh menerima attunement ini tidak kisah dari aliran ilmu apa pun.
ReplyDeleteassalam, terima kasih atas jawapan. namun saya hendak tahu untuk mempelajari ilmu paranormal ini, bagaimana seharusnya saya mulai. Jadi kalau saya hendak mempelajari ilmu ini..bagaimana dan ilmu mana saya harus pelajari. Seperti tuan kata..kosongkan diri, selepas itu, bagaimana mengisinya. Takkan kosong sepanjang hayat. Tolong beri nasihat..agar boleh saya dan orang lain ikuti, Lebih jelas beri bimbingan dari mula sampai akhirnya..kalau ada penamatnya (selain maut)
ReplyDeletesalam tn ano :)
ReplyDeletebila sy mengatakan ttg mengosongkan diri, sy maksudkannya dari sudut spiritual islamik. kosong bermakna kosong daripada sesuatu selain Allah.maknanya bukan kosong yg kosong begitu saja. tapi kosong yg berisi. itulah makna laailahaillallah. dan itu sgt dlm maknanya utk dihurai diruang yg terbatas ini. dunia spiritual terlalu luas. namun secara kasarnya ada 2 disiplin yg tuan blh pilih. jalan energy atau jalan hikmah. jika pilih jalan ilmu hikmah, maka tn blh mulakan dgn bljr zikir-zikir spt mana yg diamalkan oleh golongan tasauf. jika tn memilih untuk memulakan dgn jalan energy, maka sy syorkan tn bljr aliran reiki dan sejenisnya...jika di QI ini, sy fokus mengajarkan ilmu sin ilahi. kabar baiknya adalah, dalam sin ilahi, 2 disiplin ilmu yg disebutkan tadi digabungkan. jadi tidak lagi perlu bersusah payah menungumpul byk ilmu di dalam diri kita...sy tidak ingin terlalu ada kesan fanatik atau iklan berlebihan. jadi secar mudahnya, tuan mulakan dgn belajar sin ilahi. di forum QI, www.paranorms.org, sdh byk kita sentuh berkenaan ilmu ini. silakan tn buat research sebelum mempelajarinya :)
Ilmu paranormal ini selalunya berkenaan ilmu2 ghaib tuan. Ilmu energy adalah ilmu metafizik. Utk belajar, tuan kena terima attunement dulu dr mana2 ilmu Reiki. Dan utk menerima ilmu Reiki, kena cari Master In Reiki yg bertauliah.
ReplyDeleteMenuju kekosongan yg dimaksudkan di sini adalah "Minda di bawah sedar", tuan boleh cari info lebih lanjut di Google, hanya taip "minda bawah sedar.
Apabila jiwa sudah kosong, maka kefahaman akan lebih mudah terisi. Setiap hari dlm hidup,jiwa kita sentiasa penuh dgn fahaman2 dan pegangan masing2 tdk kira dr segi politik, agama, dan pantang larang. Masing2 menyangka mereka benar bagi diri mereka sendiri.
Apabila jiwa kita dikosongkan, maka kita akan lebih mudah menerima ilmu2 baru. Ini kerana di dalam pencarian ilmu, banyak akan berlaku perlanggaran "EGO" dlm setiap ilmu. Guru ini hebat, guru itu hebat, maka jiwa akan merasa ragu dan sangsi, lalu timbul rasa malas dan hilang minat terhadap ilmu yg dipelajari.
Adui nah guru, terlapis post ku. Hehehe lambat aku tu menaip.
ReplyDeleteOK hebat ilmu ini.tn cupi,untuk belajar ilmu sin ilahi ini siapa gurunya untuk memberi attunement dan apa syarat syaratnya atau pengerasnya. Sila cari dalam forum dan blog ini tiada pun maklumat berkaitan pendaftaran menjadi murid atau syarat syaratnya. Apa yang saya jumpa tn paranorm ada jual ebook acupineology..adakah ini 'attunement'nya.
ReplyDeletetn ano, boleh dpt info ttg apa yg tn cari di sini:
ReplyDeletehttp://www.paranorms.org/t193-tawaran-attunement-sin-ilahi
Alhamdulillah..terima kasih banyak2. Saya telah hantar email pada tn paranorms untuk dapat maklumat lanjut. Lama sudah saya mencari,,baru kini dapat berjumpa. Insyaallah,hanya Allah dpt membalas jasa tn..amin
ReplyDeletesaya hendak tanya satu perkara..adakah wirid wirid biasa akan memberi kesan pada kekuatan energi atau ada wirid yang tidak boleh di amalkan. Harap diperjelaskan.
ReplyDeletewirid2 yg diamalkan secara konsisten akan membentuk pola energy yg akan semakin mantap mengikut kadar kekerapan berwirid tersebut.
ReplyDeletejika tn bertujuan utk menuju makrifatullah maka sebaikmnya wirid2 difokuskan utk membesarkan Allah bukan utk tujuan2 lain yg sifatnya kebatinan. wirid2 kebatinan biasanya hanya membentuk satu pola energy misalnya kekebalan atau pengasihan. namun jika wirid2 kerohanian pola energynya multifungsi boleh apa saja bergantung kadar makrifah yg dicapai oleh pengamal.
tuan macam mana mau bertemu tuan selain di web?byk yang mahu diminta tunjuk ajar..email saya mohdrushdiabdulrahman@yahoo.com.sg
ReplyDeleteAssalamualaikum...mohon izin mengamalkannya juga
ReplyDeleteAssalamualaikum..minta izin utk amalkn
ReplyDeleteSalam Master,
ReplyDeleteFYI, saya ada terima attunement Level 1 (murid) dari tuan pada 17/11/2013 (harap masih ingat :)
Q 1: Adakah seseorang yg tidak diberi attunement dari tuan, tidak akan merasai energy SI?
Q2 : Jika seorang itu telah diberi attunement, secara automatik energy SI yg dipratktikkan dengan ayat pembuka akan meresap masuk ke dalam pengamalnya?
Q3 : Apabila teknik SI diamalkan, terdapat gerak fizikal (tangan) seolah-oleh digerakkan itu dipandu oleh sesuatu unsur yg tak nampak dan menyuruh untuk melakukan gerak itu? dan terdapat sau suara hati yg mengarahkan saya untuk melakukan sesuatu (positif)? Mohon komen?
TQ