Salam :)
Setiap hari 5 kali azan dan iqamah di laungkan di seluruh masjid, surau atau mana-mana tempat ibadat yang aktif. Ini menandakan ada suatu mesej penting di dalam azan itu yang harus kita perhatikan dengan serius dan teliti. Azan adalah seruan untuk kita melakukan solat. Solat yang sempurna, bukan sekadar gerakan-gerakan fizikal.
Setiap seruan dalam azan itu mengandungi mese yang harus kita cerna dan serap maknanya.
Allahu Akbar Allahu Akbar...Seruan pertama, kita diseru membesarkan Allah, mengutamakan Allah melebihi segalanya dan sebelum segalanya.
Asyhadualla ilahaillallah...Ini adalah Syahadat Iman. Kita diseru untuk mentauhidkan Allah, mengesakan Allah dalam seluruh aspeknya, Zat, Sifat, Asma dan Af'alNya. Tidak mensyirikkan Allah dengan apapun juga secara terang-terang ataupun halus.
Asyhaduanna Muhammadan Rasulullah...Ini adalah Syahadat Amal. Kita diseru mengakui Muhammad sebagai Rasul Allah, penyampai mesej Allah yang menjadi idola dalam semua aspek kehidupan kita. Setelah mengakui Keesaan Allah, maka kita diseru untuk mematuhi Allah sebagaimana yang ditunjukkan Rasulullah, dan bukan sosok atau tokoh lain.
Hayya 'alassolah...Marilah dirikan solat. Mendirikan solat dengan lengkap syariat dan hakikatnya, bukan sekadar gerakan-gerakan fizikal yang tidak dimaknai.
Hayya 'alalfalah...Marilah menuju kejayaan. Setelah beriman kepada Allah, dan mematuhi Allah seperti yang ditunjukkan RasulNya, lalu mendirikan solat dengan sempurna maka bersedialah dikurniakan kejayaan. Kejayaan yang luas, meliputi zahir dan batin, dunia dan akhirat.
Allahu Akbar Allahu Akbar...Setelah berjaya dalam apa juga bidang, janganlah lupa kebesaran Allah. Tetapkanlah Allah nombor satu di hati melebihi apapu juga. Sepintar manapun anda jadi, sekaya apapun anda jadi, sefamous manapun anda capai, sekuat apapun anda kini, maka janganlah lupa bahawa semua itu kurnia Allah, dan Allah adalah lebih utama daripada semua itu.
Lailaha illallah...Tetaplah mengesakan Allah pada setiap waktu, sehinggalah ke hembusan nafas yang terakhir.
Selamat berbahagia untuk anda semua. Semoga kita semakin baik dari hari ke hari.
Salam kasih dan sayang :)
Tiada apa yang dapat diucapkan dan digambarkan lagi... Semuanya adalah benar belaka... Tiada bersalahan walau sedikit pun... Subhanallah... Masyaallah... Walillahilhamd...
ReplyDeleteInsyallah tn paranorms, akan di ingat segala pesannya dan terima kasih di atas sumber terkini. Mudah2an kita akan mendapat kebaikkan dari hari ke hari.
ReplyDeleteAmin :)