Salam :)
Manusia sifat semulajadinya adalah pelupa. Oleh itu perlu selalu diingatkan dari masa ke semasa. Sebagai manusia, anda sangat hebat. Hebatnya anda bukan terletak pada fizikal, namun kehebatan anda adalah kerana adanya ruh pada diri anda. Ruh andalah yang menjadi sebab anda mulia sebagai manusia. Oleh itu jangan risau jika rupa fizikal anda tidak berapa cantik, tapi risaulah jika ruh anda tidak digilap untuk mencapai kualiti sejatinya dalam kehidupan anda sekarang ini.
Penyakit ada di dalam diri anda, begitu juga dengan penawar, ia ada di dalam diri anda. Fenomena kerasukan sangat popular di dalam masyarakat kita, sama juga dengan fenomena sihir dan gangguan jin. Ramai pesakit yang merasa dirinya disihir atau terkena gangguan jin namun sebenarnya hanya mengalami fenomena 'mental disorder'. Anda makhluk yang sangat istimewa, namun serikali sangkaan-sangkaan anda terhadap diri anda merendahkan status anda sendiri. Jiwa anda sangat kompleks, oleh itu lebih utama bagi anda untuk mengenali jiwa anda dalam seluruh aspeknya berbanding mendalami perkara lain kerana jiwa anda adalah pusat diri dan kehidupan anda. Jatuh dan bangun, sakit dan sihat, serta gagal dan sukses sangat ditentukan oleh status jiwa anda.
Medan energy anda atau bahasa orang putihnya ' energy field' yang merupakan pancaran sinar disekeliling tubuh anda yang berlapis-lapis sangat ditakuti oleh kalangan makhluk halus. Medan energy ini, atau istilah mudahnya aura, memancar dengan pusat kawalannya berada di minda anda. Makhluk halus rendah seperti jin sangat takut dengan pancaran aura anda. Inilah yang menjadi sebab mengapa rumah yang ditinggalkan kosong dalam tempoh yang lama oleh manusia akan dihuni oleh jin. Frekuensi aura anda semakin meningkat bermula dari cakra dasar sehinggalah ke cakra mahkota anda iaitu dari aura merah ke ungu. Jika kesedaran anda masih berputar-putar di sekitar cakra dasar, memang keseluruhan aura anda agak lemah dan hampir dengan frekuesi jin. Namun jika anda meningkatkan latihan spiritual anda, maka kesedaran anda akan semakin tinggi dan aura anda yang dominan pun semakin tinggi frekuensinya dan sudah pasti sangat ditakuti oleh spesis jin.
Hubungan antara minda dan aura anda dangat erat. Apa saja yang ada diminda anda itu yang akan memancar keluar ke medan aura anda dalam bentuk kod-kod energy. Aura anda menentukan kadar kesihatan fizikal, mental dan spiritual anda. Jika anda memikirkan jin dengan penuh penghayatan, anda akan merasakan kesan-kesan yang sama seperti anda kerasukan jin. Jika anda memikirkan sihir, maka fikiran-fikiran itu akan memancar ke medan aura anda lalu anda akan merasa simptom-simptom sihir. Keupayaan minda anda sangat hebat. Ia tidak mengenal baik atau buruk, negatif atau positif ia hanya memberikan anda apa yang anda bayangkan. Jadi berhati-hatilah dengan imajinasi anda.
Senario filem-filem seram pada masa kini macam cendawan tumbuh selepas hujan. Selepas anda menonton filem sebegini, ia akan terakam dengan baik di sistem memori anda. Ketika anda memirkan soal jin atau sihir maka memori tentang filem seram yang anda pernah tonton akan muncul ke layar minda anda dan besar kemungkinan anda akan merasakan simptom-simptom sebagaimana yang terjadi kepada pelakon-pelakon di dalam filem tersebut. Lalu anda mengalami kes-kes kerasukan, histeria dan sejenisnya hasil kekuatan minda bawah sedar anda sendiri. Tidak kurang juga kes kerasukan atau histeria yang terjadi kerana masalah psikologi yang ingin mendapat perhatian daripada keluarga atau rakan-rakan. Kes begini sering terjadi kepada gadis-gadis remaja. Semuanya adalah lebih banyak akibat 'mental disorder' dan bukan akibat jin atau sihir.
Ramai diantara anda yang tidak sedar betapa hebatnya minda yang anda miliki. Jauh lebih hebat daripada sihir dan jin. Malah potensinya boleh mengatasi kekuatan malaikat sekalipun. Kenalilah diri anda dengan lebih baik lagi. Minda anda lebih banyak mempengaruhi persekitaran anda berbanding anda dipengaruhi oleh persekitaran.
Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik setiap hari.
Salam kasih dan sayang :)
Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik setiap hari.
Salam kasih dan sayang :)
Terima kasih tuan... Insyaallah akan cuba memantap dan meningkatkan kemampuan diri baik dari segi rohani dan jasmani
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih tn paranorms, memang betul dan insyallah akan terus berusaha dalam memantapkan diri sendiri dahulu dalam pembaikan rohani dan jasmani dan selepas itu orang lain termasuk ahli keluarga yang paling hampir dengan kita. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak semoga puasa dan amalan kita adalah lebih baik lagi dari tahun2 sebelum ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
ReplyDelete