Salam :)
Tulisan kali ini boleh anda anggap sebagai versi 'aneh'. Dikhaskan bagi mereka-mereka yang sedang berjuang merebutkan ilmu dan makrifat.
Ilmu boleh mempelajari ilmu dari mana-mana guru samada guru itu manusia atau alam semesta ini. Proses menuntut ilmu adalah dari ayunan sampai ke liang kubur.
Kesedaran adalah apabila anda memahami sesuatu apa adanya, atau sebagaimana mestinya. Ini yang digelar sebagai makrifat. Ilmu makrifat adalah ilmu mengenal sesuatu sampai ke hakikatnya. Sedangkan ilmu makrifatullah adalah ilmu mengenal Allah dalam seluruh aspekNya.
Anda boleh belajar ratusan ilmu, tetapi anda belum tentu dapat memahami semua ilmu itu. Mengetahui dan memahami adalah dua perkara yang berbeza. Anda mengetahui bahawa durian itu rasanya manis. Tetapi anda hanya akan memahami bahawa durian itu manis jika anda sudah memakan durian. Begitulah misalannya antara ilmu dan kesedaran.
Jika anda belajar banyak ilmu, anda akan jadi ahli ilmu. Akan tetapi belum tentu anda akan jadi ahli makrifat. Ilmu itu diusahakan, sedangkan makrifat itu dianugerahkan. Sesiapa saja boleh mengajarkan anda ilmu, namun tiada sesiapa pun yang boleh mengajarkan anda kesedaran. Orang lain hanya boleh menyedarkan anda, tapi tidak mengajarkan anda kesedaran.
'Orang berakal' sangat sering disebutkan dalam kitab suci. Fikiran letaknya di otak, sedangkan akal letaknya di dada. Ilmu pengetahuan dicapai dengan fikiran, sedangkan kesedaran dicapai dengan akal. Anda menyerap pengetahuan dari pandaindera anda, lalu diproses difikiran, maka anda pun jadi tahu tentang sesuatu. Dengan itu anda sudah berilmu. Jika ilmu itu diproses oleh akal anda, disitulah anda akan mula memahami atau sedar hakikat ilmu itu. Jika ilmu ini terhenti hanya difikiran, disitulah timbulnya keegoan dan lahirlah banyak orang-orang fanatik yang merasa hanya dirinya yang benar. Sebab itu sering disebut didalam kitab suci, "Beruntunglah orang-orang yang berakal". Mereka memahami sesuatu dengan lengkap dalam semua aspeknya.
Kalau boleh anda ingin mempelajari semua jenis ilmu yang kedengaran hebat. Anda melompat dari satu guru ke guru lain. Pantang terdengar ada ilmu yang hebat, maka anda pun ingin mempelajarinya. Jadilah anda mahaguru ilmuan. Perlu anda tahu bahawa ini adalah satu perangkap dalam dunia spiritual. Keinginan berlebihan terhadap ilmu adalah juga satu nafsu, yang pada kulit luarnya nampak baik. Namun hakikatnya tetaplah nafsu. Bila memperkatakan tentang nafsu, bukan soal syurga neraka seperti yang anda fahami yang ingin saya sentuh. Soal nafsu, ia adalah pernghalang paling utama jika anda ingin mencapai kesedaran atau makrifat. Sebenarnya, kejahilan adalah satu 'neraka' dengan siksaannya yang tersendiri. Terlalu berhasrat untuk mengekang nafsu pun satu nafsu juga, jadilah ia juga satu penghalang lain menuju kesedaran. Wah, kepala sudah bingung hehe
Ketika saya menghalang anda ( to my student ) untuk mengumpul ilmu, saya menghalang anda untuk mengumpul ilmu yang itu-itu juga spesisnya. Kalau soal paranormal, mahunya dikumpul semua yang kedengaran sakti dan hebat. Itulah nafsu ilmu. Anda harus bezakan antara ahli ilmu dan ahli makrifat. Orang berilmu adalah orang pandai, sedangkan orang makrifat adalah orang yang bijaksana. Anda perlu pandai dan bijaksana untuk hidup bahagia. Namun jika anda hanya sibuk mengumpul ilmu maka anda hanya jadi semakin pandai tapi semakin kurang bijaksana.. Dengan sekali jeling, anda akan dapat membezakan antara orang pandai dan orang bijaksana. Sangat berbeza penampilannya.
Ilmu anda perolehi dari pancaindera. Sedangkan kebijaksanaan anda perolehi dari sudut sunyi di dalam diri anda. Anda hanya akan menikmati kesunyian jika anda behenti berfikir. Dan anda hanya akan berhenti berfikir jika anda menutup pancaindera anda. Bagaimana? Seperti anda ketika tidur. Itulah cara awalnya. Akal anda ( hati nurani ) hanya akan aktif jika anda mengendapkan fikiran anda. Atau bahasa lainnya yang mungkin lebih moden dan mudah difahami, your subconcious mind will be activated when your concious mind is deactivated.
Fikiran anda adalah pusat ilmu yang diakses melalui pancai indera. Manakala hati anda adalah pusat 'ilmu' atau kesedaran yang diakses dari alam suci dimensi tinggi. Semakin bersih hati anda dari pencemaran ego ( fikiran, nafsu ) maka makin tinggilah dimensi yang boleh diakses oleh hati anda dan itu bermakna semakin tinggi kesedaran atau makrifat anda. Ilmu kesufian membahasakannya dengan maqam-maqam, ilmu energy membahasakannya dengan cakra-cakra. Sama saja intinya.
Berguru ada tiga tahap. Pertama anda berguru dengan manusia. Guru ini akan mengajarkan anda tenik-teknik sahaja dan kadang-kadang hikmah-hikmah yang menolong anda meningkatkan kesedaran. Kemudian jika anda sudah mencapai level tertentu, maka anda akan menemui 'guru sejati' anda. Guru sejati bukanlah satu sosok asing dari luar diri anda, tetapi ia adalah hati nurani anda yang murni, yang membisikkan ilham-ilham yang baik. Bukan juga anda mendengar bisikan-bisikan di telinga anda. Bila 'guru sejati' mengajar anda maka selalunya anda akan sampai ke saat, 'Ahha...begini rupanya'. Atau 'Ahha...saya ada idea'. Lebih kurang begitulah prosesnya. Guru sejati inilah yang akan membawa anda kepada Sang Mahaguru dan disinilah bermulanya 'Kelas Hakikat' yang hanya anda yang tahu nanti modul-modulnya.
Satu perkara saja ingin saya simpulkan. Anda tidak akan pernah sampai kepada ilmu-ilmu hakikat jika anda masih sibuk mengumpul ilmu-ilmu dari pancaindera anda, menyesakkan fikiran anda dengan teori-teori. Anda hanya akan mencapai ilmu-ilmu hakikat dengan cara memasuki sudut diri anda yang sunyi dan tenteram melalui tafakkur atau meditasi yang semakin dalam menuju Ilahi.
Selamat meningkatkan kesedaran anda, selamat menajadi manusia pandai dan bijaksana.
Salam kasih dan sayang :)
Subhanallah, tiada kata dapat di ucapkan, sesungguhnya saya ini masih tidak bijaksana rupanya.... Terima kasih tn paranorms di atas tinta kesedaran yang telah dinukilkan buat para pencari2 yang dahagakan inilah yang patut diketahui dahulu sebelum meneruskan pencarian....
ReplyDeletesama-sama tuan cyber...orang yang merendah diri itu org bijaksana :P)
ReplyDeleteBimbingan yg sangat2 diperlukan. Mekasih guru ^^,
ReplyDeletealhamdulillah.. jutaan terima kasih master.. tulisan ini telah membongkar segala persoalan dan keluh kesah saya dalam mencari arah tujuan .. dan merungkai berjuta persoalan saya pada diri sendiri dan pada kalangan yang bergelar guru.. rupa2nya saya terkeliru dalam dunia yang terang.. tulisan kali ini betul2 menjawab misteri yang ingin saya bongkar.. terima kasih guruku ..
ReplyDeleteYa Allah... Aku bersyukur pada Mu kerana mempunyai guru dan sahabat yang saling mengambil berat antara satu sama lain dalam membimbngku pada pencarian dan perjalanan menuju pada Mu...
ReplyDeletehahaha...sama2 tn2 semua.
ReplyDeletesemoga tn2 semua semakin hensem dan bijaksana :D
Tulisan tuan kali ini sangat memberi inpirasi kepada saya. Syukran Jazilan.
ReplyDeleteMantap terbaik..hehe..tp.. Dengan sekali jeling, anda akan dapat membezakan antara orang pandai dan orang bijaksana. Sangat berbeza penampilannya...
ReplyDeleteHahaha...yang ni nakal.. =)