Your Magic Blog: Usah pandang saiznya

Sunday, 12 June 2011

Usah pandang saiznya

Salam :)

Ops...jangan salah fikir dan jangan bayangkan yang bukan-bukan bila anda membaca tajuk artikel. I know whats in your mind hehe :)

Kita selalu menerima kurnia Allah dalam setiap detik kehidupan kita. Udara yang anda hirup setiap kali anda bernafas, mata yang anda gunakan untuk melihat, telinga yang anda gunakan untuk mendengar, tangan yang anda gunakan untuk melakukan apa saja, wajah anda yang lengkap cantik atau kacak, dan macam-macam lagi nikmat yang ada terima dalam kehidupan anda. Sudahkah anda syukuri semua nikmat yang anda sedang kecapi dan gunakan itu? Ucapan sekadar 'alhamdulillah' tidak cukup. Tapi harus ucap 'alhamdilillah' dan dihayati dengan seluruh jiwa anda. Syukur yang benar akan membawa anda untuk bersujud penuh syahdu ketika itu juga. Jika anda tidak merasakan perkara ini, maka anda belum lagi bersyukur.

Syukur adalah amalan orang-orang sukses. Oleh itu jika anda tidak mengamalkan amalan syukur maka kesuksesan akan sangat jauh dari anda. Kesyukuran yang benar akan mengubah seluruh mindset anda, mengubah sikap anda dan seterusnya seluruh kehidupan anda. 

Apa yang tergambar di layar minda anda itulah yanag akan anda perolehi. Ini sunnatulah yang bekerja di sebalik hukum Loa of Attraction. Usah runsing memikirkan hukum ini, tapi usahkanlah agar anda sentiasa memanfaatkan hukum LOA ini demi kebaikan anda. Caranya adalah dengan sentiasa membayangkan perkara-perkara yang baik. 

Apabila anda bersyukur 'dengan betul' apakah gambaran-gambaran yng muncul di layar minda anda? Tentulah kurnia-kurnia kan. Misalnya jika anda bersyukur sungguh-sungguh dan penuh penghayatan dan mengucapkan, " Alhamdulillah. Terima kasih sebanyak-banyaknya atas wang RM 100 yang Engkau kurniakan ini ". Maka sudah pasti di layar minda anda terbayang lembaran-lembaran wang kan. Ingat, apa yang tergambar di layar minda anda maka itu akan datang kepada anda. So sekarang anda pasti sudah faham mengapa orang yang bersyukur semakin banyak mendapat kurnia demi kurnia.

Syukur saja. Usah pandang berapa pun nilai yang diberikan kepada anda. Samada 10 sen, RM 1, RM 10 dan lain-lain lagi. Syukuri saja ok. Bukan soal saiz, tapi soalnya itu semua adalah kurnia yang pastinya baik untuk anda. Maka bersyukurlah dan pastikan di layar minda anda membayangkan yang positif sahaja maka pasti anda akan semakin menerima lebih banyak lagi. Anda akan menyaksikan kebenaran firman Allah ini :

" Jika kamu bersyukur maka pasti akan ku tambahkan nikmatKu kepadamu "

Mulakan beryukur sekarang juga, dan tariklah kurnia demi kurnia ke dalam kehidupan anda. Jangan tunggu nanti, lakukan sekarang juga!

Selamat menikmati pemberian tuhanmu.

Salam kasih dan sayang :)


5 comments:

  1. Alhamdulillah dan terus bersyukur dan berterima kasih di atas entrinya tn paranorms. Moga2 bertambah2 suksess dan terus memberikan yang terbaik buat semua makhluk yang memerlukan dan kenal erti beryukur pada Allah. Amin

    ReplyDelete
  2. Dengar lagu syukur dari Raihan... Kena mula dengan dengan Allah dan berakhir pun dengan Allah... Maknanya semua perlakuan kita hendaklah dengan Allah saja tiada yang lain...

    ReplyDelete
  3. Bersyukur setiap masa detik dan ketika dengan setiap nafas yang terhela...berdoalah kita sepertimana Nabi Allah Sulaiman berdoa " Ya Allah Gerakkanlah hatiku agar sentiasa bersyukur kepadamu"

    ReplyDelete
  4. tuan memang pandai saya dah ingat lain saja bila terpandang tajuk entry tadi kekekek.....

    ReplyDelete

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...