Salam :)
Masing-masing manusia memahami tuhan dengan tahap yang berbeza. Jika anda beragama A maka anda memahami tuhan dengan versi agama anda. Jika anda beragama B maka anda anda memahami tuhan seperti mana yang diajarkan dalam agama anda. Kita berhak untuk memilih pegangan kita masing-masing dan kita bertanggungjawab untuk menghormati keyakinan orang lain dan hidup saling harmoni.
Kefahaman kita tentang Tuhan memang berbeza, namun kita sama-sama yakin bahawa Tuhan adalah satu wujud yang maha kuasa, maha penyayang, maha melindungi, maha membimbing, maha memberikan rezeki dan segala maha yang kita pandang sebagai positif dan sangat kita sucikan dan kita hormati. Tuhan adalah sumber segalanya. Apa yang datang dari Tuhan semuanya adalah positif. Oleh kerana seluruh objek dan seluruh peristiwa adalah dari tuhan, ini bermakna semua objek dan semua perkara adalah positif. Betul kan? Akan tetapi untuk melihat dari sudut ini memerlukan mata spiritual yang jernih.
Apabila kita kaitkan dengan konsep Law Of Attraction, yang menyatakan bahawa apa yang kita fikirkan secara fokus dan terus menerus itulah yang kita tarik ke dalam kehidupan kita, maka apabila kita mendekati tuhan dengan cara selalu mengingatinya, maka sebenarnya kita menarik kebaikan-demi demi kebaikan dan kurnia-demi kurnia yang melimpah kepada diri dan kehidupan kita. Semakin baik kadar kehampiran kita denganNya, maka akan semakin kuat daya positif yang kita miliki dan semakin kuat pula perkara-perkara positif tertarik kepada kita.
Apabila kita memikirkan tentang kasih sayangNya maka kita akan menarik kasih sayang kepada kita. Hati kita jadi penyayang, dan orang-orang sekeliling pun jadi penyayang kepada kita. Apabila kita memikirkan tentang kekayaan limpah kurnianya, maka limpahan rezeki akan datang kepada kita. Sebab itu zikir sangat digalakkan. Zikir adalah mengingati sifat tuhan dengan banyak dan konsisten. Semakin banyak dan berterusan kita berzikir maka semakin kuat dan padat getaran energy daripada sifat-sifatNya menyelimuti kita dan semakin kuat pula daya Law Of Attaraction yang terjadi kepada kita. Dengan itu kita akan mengakui hikmah surah ini:
“ Dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung .” (QS. Al-Anfal: 45)
Jenis getaran energy yang kita perolehi daripada zikir adalah bergantung kepada sifat Tuhan yang kita ingati dalam zikir itu. Kalau zikir anda misalnya Ya Aziz Ya Jabbar maka anda akan diselimuti dengan energy kegagahan dan keperkasaan dan ini akan mengubah karakter anda menjadi gagah perkasa dan akan mendatangkan peristiwa-peristiwa di mana karakter gagah perkasa anda itu akan berguna kepada anda. Jika zikir anda misalnya Ya Rahman Ya Rahim, maka energy kasih sayang akan menyelimuti anda. Jiwa anda jadi sangat lembut penuh kasih sayang dan akan membuat makhluk lain pula menyayangi anda selalu di manapun juga anda berada. Begtitulah juga dengan zikir-zikit yang lain masing-masing memiliki karakter energy. Jika anda inginkan semua sifat-sifatNya maka amalkan zikir Ya Allah berterusan maka energy-energy dari semua sifatnya akan menyelimuti anda secara imbang dan harmoni.
Zikir bermakna ingat, samada melalui lisan atau hati. Jadi apa saja yang anda selalu ingat maka itulah objek zikir anda dan anda akan ,mendapat getaran energynya. Jika anda selalu fikir tentang bola, maka hakikatnya anda berzikir dan objek zikir anda adalah bola. Anda akan diliputi dengan energy berkaitan bola sehingga mencapai tahap 'makan bola, tidur bola, mandi bola', seperti iklan coca-cola, yang menggambarkan betapa melekatnya diri anda kepada bola.
Trend baru sekarang ini, zikir banyak orang adalah 'facebook'. Anda mungkin salah seorang darinya. Di fikiran anda facebook, yang terbayang selalu facebook dan energy berkaitan facebook pun menyelubungi anda lalu menarik peristiwa-peristiwa berkaitan facebook kepada anda sehingga banyak masa diluangkan untuk berfacebook. Bangun tidur facebook dulu, sambil kerja tengok facebook, sebelum tidur main facebook, banyak yang lewat tidur sebab memesbuk, dan banyak lagi lah hehe. Ini sebuah realiti mudah yang boleh membuat kita merenung untuk memahami bahawa apa yang kita fikirkan secara fokus dan beterusan akan menjadi rantai peristiwa yang berkesinambungan di dalam kehidupan kita. Kehidupan anda adalah hasil pemikiran anda!
Mungkin ada yang sudah mendapat suatu pencerahan kesedaran, atau mungkin juga ada yang masih bingung-bingung hehe. Tidak apalah, yang penting anda tetap senyum, rileks dan pasrah supaya anda sentiasa kelihatan manis dan memancarkan aura positif.
Anda perlu mendekati tuhan jika ingin hidup anda penuh daya positif atau dengan kata lain, bahagia. Untuk mendekati tuhan pula harus melalui ibadah dalam konteks yang luas. Anda boleh saja memikirkan benda-benda lain namun jangan sampai fikiran dan perasaan anda melekat kepada apa yang anda fikirkan itu sebab jika anda melekat maka anda akan terpejara di situ. Hikmah yang tersebunyi disebalik solat 5 waktu sehari semalam mengandungi pengajaran yang tinggi.
Seharian kita bekerja, memfokuskan seluruh fikiran, perasaan, masa, harta dan tenaga kita untuk berurusan dengan dunia. Aktiviti kita diselangi dengan perintah solat 5 waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Solat ini membebaskan kita daripada penjara fikiran, penjara persepsi yang mengongkong kebebasan jiwa kita kerana setiap kali kita solat maka jiwa kita terputus hubungannya dengan seluruh pemikiran duniawi yang baru saja kita geluti. Dengan solat jiwa kita terbang bebas menuju tuhan yang maha positif dan maha luas tiada had. Jiwa kita ikut bebas dan lepas di alam ketuhanan yang penuh nilai-nilai positif. Selepas solat jiwa kita kembali pada titik tenang, titik harmoni, titik bebas yang penuh tenaga untuk bekerja semula dengan daya tumpuan dan kreativiti yang penuh.
Oleh itu mulai dari sekarang ini, berikan perhatian serius terhadap ibadah. Perintah untuk beribadah itu sesungguhnya memberi manfaat yang besar untuk diri anda. Tujuan ibadah bukanlah sesempit hanya 'ingin syurga dan menjauhi neraka', bahkan lebih luas dan menyeluruh lagi kebaikannya untuk anda. Jika pada ketika ini anda masih saja merasa hidup anda sengsara dan penuh derita, percayalah itu adalah sebab anda jauh dari tuhan, jauh dari sumber kebaikan. Jika anda rajin beribadah namun belum juga bahagia, pasti ada yang kurang dalam ibadah anda sehingga anda masih belum juga dekat dengan Tuhan yang menjadi sumber segala kebaikan. Kejarlah tuhan, dekatilah tuhan, kenalilah tuhan, dan cintailah tuhan maka hidup anda akan dipenuhi dengan kebaikan dan kebahagiaan.
Selamat mendekatkan diri kepada tuhan dan selamat menikmati limpahan kebaikan dan kebahagiaan.
Salam kasih dan sayang :)
Alhamdulillah dan Syukur pada Allah dan terima kasih pada tn paranorms di atas entrinya dalam kita mentaati suruhan Allah, kita bukakan fikiran kita kerarah positif, Solat cukup setiap waktu dan mendalami solat tersebut agar kita merasa dekat denganNya.
ReplyDeleteBila kita berfikiran positif semakin banyak energy positif yang akan dekat dengan kita dan semakin mudah rasanya dan bahagianya.
Cuma pada diri ini perlu lebih aktif dan memperbetulkan lagi mana2 kekurangan yang ada pada diri ini.
Amin Ya Rabbal Alamin
Alhamdulillah... ramai kalangan kita yang melihat ibadah sebagai satu rutin yg membebankan, yg hnya berkaitan dosa pahala,syurga neraka dan tidak melihat kebaikannya secara menyeluruh terhadap kehidupan kita ini. mudah2han dengan apa yg kita share di sini memberikan kita satu peningkatan kefahaman yg baru :)
ReplyDeleteSaya pula merasakan suasana puas dan gembira... Semenjak amalkan memberi energy ke seluruh isi alam... Rasa saya seperti diisi energy baru sentiasa... Subhanallah... Makin kuat keinginan untuk memantapkan ibadah... Masyaallah...
ReplyDeleteOmera : alhamdulillah, semakin mantap :)
ReplyDeleteAllah Hu Akhbar!
ReplyDelete