Pasrah...kalau istilah kita mungkin lebih di kenal dgn kata tawakkal, iaitu berserah. ia adalah satu sikap batin kita, yg berserah kpd sesuatu yg kita yakini keupayaannya melebihi diri kita. dalam hal ini tiada apa yg labih berupaya dan berkuasa selain Allah...sikap pasrah ada dlm diri setiap manusia. namun tahapnya berbeza-beza...seringkali kita menyerahkan urusan-urusan kita kpd orang-orang yang kita percaya dan kita yakin bahawa orang itu mampu menyelesaikannya dengan baik. keyakinan ini membuat kita rasa selesa dan tenang.
Namun jika soal berserah dan pasrah kepada Allah selalunya kita ragu dan bimbang urusan yg kita pasrahkan itu tidak sukses seperti yg diharapkan. kenapa boleh bgtu? sdgkan kita tahu bahawa Allah yg maha kuasa menentukan segalanya. sebiji atom di alam ini pun takkan bergerak tanpa izinNya... rupa-rupanya sekadar TAHU bahawa Allah itu maha kuasa masih tidak mencukupi, yang kita perlukan adalah YAKIN, yskin seyakin-yakinnya bahawa Allah benar-benar Maha Kuasa.
Memahami pasrah dan bersikap pasrah masing-masing org berbeza tahapnya...ada yg kata pasrah tanpa usaha itu satu kejahilan...ini benar, bagi yg meyakini sedemikian, atau bagi yg keyakinnya hanya samapi tahap itu.
namun ada juga sebilangan sangat kecil hamba-hambaNya di alam ini yg pasrah habis...total...tanpa ada kehendak dan keupyaannya sendiri. mereka hanya berkehendak kalau ada kehendak yg dialirkan ke dalam jiwa mereka oleh Allah. mereka hanya bergerak kalau kudratNya mnggerakkan mereka. bagi kita org awam ini susah di terima akal. tapi tengok lah bayi contohnya. mereka tiada keupayaan utk memenuhi semua keperluan-keperluan mereka. untuk makan, mandi, berpakaian, dll. namun ibu bapanya yg tahu semua keperluan anaknya memberikan segala yg terbaik utk anaknya dgn sepenuh kasih syg.
Sikap pasrah si bayi inilah mungkin boleh memberi gambaran bagaimana tahap pasrahnya hamba-hamba pilihanNya. Dia yg Maha Tahu , Maha Kaya, Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Segala tahu seluruh keadaan dan keperluan hamba-hambaNya...jahilnya kita yg selalu salah sangka kpdNya...namun sekali lagi, keyakinan atau iman kitalah jadi pengukur bagaimana tahap kepasrahan kita, dan apa efeknya terhadap diri dan kehidupan kita
No comments:
Post a Comment