Objektif : menyatukan jiwa dengan jasad atau minda dengan tubuh.
Manfaat : Membuat energy tubuh mengalir secara rata ke seluruh tubuh dan lapisan-lapisan tubuh energy, memberi efek ketenangan kepada jaringan-jaringan saraf dan pembuluh darah, menormalkan fungsi seluruh sitem tubuh, dan menguatkan daya mental untuk pelbagai tujuan seterusnya.
penerangan :
dalam kehidupan kita seharian, semenjak fikiran kita mula pandai berfikir dan ego sudah mula muncul, jiwa kita mula terpisah dgn jasad kita. minda kita tidak lagi sinkron dgn tubuh kita. sbb itulah byknya timbul penyakit, dan sebab itulah kekuatan jiwa/minda bwh sedar kita semakin pudar. ya benar, kita sering mengabaikan inner self kita, dan fokus kita terlalu banyak kpd urusan-urusan luar diri kita. kita sdh jarang menjenguk diri kita sendiri. kita tidak lagi 'sedar' dengan byk perkara. sbb itulah semakin banyak penyakit di tubuh dan di jiwa kita skrg ini. kerana jiwa kita tidak peduli lagi rumahnya iaitu tubuh. hanya apabila jiwa pulang ke raganya, barulah jiwa itu blh melihat dan memerhatikan dirinya sendiri. barulah jiwa mula ada 'kesedaran' dan kembali kpd fitrahnya yang kuat dan mulia.
ok kita mulakan.
kaedah latihan :
1. duduk dengan rileks. teggakkan blkg agar aliran darah dan enegy lancar. tegak namun rileks.
2. atur nafas. tarik dalam2 melalui hidung dan dan hembus dgn sgt perlahan melalui mulut. ulang2 sampai anda merasa rileks dan tenang.
3. mula menyatukan jiwa dan raga. rasakan seluruh tubuh anda, mulakan dari kepala, raskan dengan perasaan anda, kemudian ke wajah, telinga, leher, bahu, dada, lengan, tgn, tapak tgn, jari2, kemudian perut, pinggang, punggung, kendurkan semua otot2 anda. lemaskan semua ketegangan di otot2 anda. kemudian kendurkan otot PC anda, iaitu otot tahan kencing. kendurkan betul2, anda akan merasakan rileks yg amat sgt d tubuh anda. kemudian kendurkan pula otot2 paha, betis, kaki, dan jari2 kaki anda.
skrg rasakan semua otot di tubuh anda semakin kendur dan rileks. jiwa anda akan mula mengisi kembali semua ruang tubuh anda. tandanya akan terasa meremang diseluruh permukaan kulit, terasa terisi dgn sesuatu yg nyaman, rasa hangat dan selesa. teruskan rasakan sehingga anda puas. jagalah agar semua otot tubuh anda semakin rileks dan semakin rileks.
ketika proses ini terjadi, maka seluruh sistem energy akan mula teratur sendiri, penyembuhan alami akan mula terjadi di dalam tubuh anda, dan medan aura anda semakin kuat dan terang.
4. sudahi dengan mengucapkan syukur kpd tuhan.
cubalah, dan jgn lupa berikan respon di sini agar sy dpt menilai hasil latihan anda. kemudian baru kita ke next level.
ingat, dlm proses ini usah akses apapa energy. kita hanya akan mnggunakan diri kita sendiri tnpa ada media energy luar. ini pasti sesuatu yg akan sgt berbeza utk anda.
selamat berlatih
terbaik master
ReplyDelete